3 Resepi Tart Nenas (Cair Di Mulut, Rasa Lemak dan Manis)

Tidak lengkap rasanya tiada tart nenas pada hari raya. Jika bukan pada musim raya and teringin nak makan tart nenas, anda boleh mencuba resepi ringkas ini di bawah.

1) Resepi Tart Nenas Legend

Bahan-bahan

  • tepung gandum 3 1/4 cawan
  • tepung jagung 2 sb
  • tepung kastard 2 sb
  • 1 cawan Buttercup
  • 3 sb susu pekat manis
  • 2 sb minyak sapi (jenama gheeBlend sedap)
  • 1 biji kuning telur
  • Inti boleh beli readymade di kedai bakery

Cara-cara Tart Nenas Legend

  1. Adun atau uli bahan-bahan kecuali inti untuk dijadikan doh

Sumber: Noor Shafiqah Muhamad dari Masak Apa Harini

 

2) Resepi Tart Nenas

Bahan-bahan

  • 1kg tepung gandum ikut kelembutan
  • 625g mentega
  • 4 kuning telur
  • 1 putih telur
  • 1/2 sk garam halus
  • 1 sk esen vanila
  • 20g gula

Bahan Hiasan (digaul sebati)

  • kuning telur
  • pewarna kuning

Cara-cara buat Tart Nenas

  1. Pukul mentega, kuning telur, putih telur, garam, esen vanilla sehingga sebati
  2. Masukkan tepung dan uli hingga menjadi doh lembut

Sumber: Jalilah JJ Homemade dari Masak Apa Harini

 

3) Resipi Tat Nanas

Bahan-bahan

  • Buttercup 1 cawan
  • Gula ising setengah cawan
  • Minyak sapi 1 sb
  • Tepung jagung 2 camca
  • Tepung castard 2 camca
  • Tepung gandum (tambah sedikit demi sedikit sehingga doh tidak lekat di tangan)
  • Jem nenas
  • Kuning telur (untuk atas tart)

Cara-cara buat Tat Nanas

  1. Satukan buttercup dan gula ising, pukul hingga sebati
  2. Masukkan minyak sapi
  3. Uli tepung jagung, tepung kastard dan tepung gandum sehingga doh sebati dan tidak melekat di tangan
  4. Tekan ikut acuan

Sumber: Wan Suhairah Wan Dahalan dari Masak Apa Harini

Ringkas dan mudah resepi Tart Nenas ini kan. Selamat mencuba dan nikmatilah doh yang berlemak manis dan cair apabila masuk ke mulut. Jika ingin mencuba resepi Chocojar boleh klik link ini.


Lagi Resepi Simple, Mudah, Ringkas dan Sedap ↓

Leave a Comment