3 Resepi Sup Tulang (Pelbagai Stail, Tanpa Rempah Bunjut)

Sup tulang begitu popular apabila tiba musim raya Haji atau sebagai menu pelengkap hidangan. Alangkah nikmatnya dapat hirup sup panas-panas, makan bersama nasi, mee hoon atau kuey tiow. Jom kami kongsikan resepi Sup Tulang ini untuk hidangan seisi keluarga.

1) Resepi Sup Tulang tanpa Rempah Bunjut

Bahan-bahan

  • 2 kg tulang lembu
  • 9 biji bawang kecil atau bawang besar (300g)
  • 25 biji bawang putih (300g)
  • Ubi kentang 300g
  • Lobak merah 600g
  • 2 sb biji lada hitam
  • 1 sb biji lada putih


Bahan menumis (dihiris halus)

  • 3 biji bawang putih
  • 3 biji bawang merah
  • 3 cm halia


Bahan rempah

  • 20 biji bunga cengkih
  • 15 biji buah pelaga
  • 4 batang kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 1 helai daun salam untuk bangkitkan aroma

Cara-cara buat Sup Tulang tanpa Rempah Bunjut

  1. Panaskan minyak masak secukupnya untuk menumis bahan
  2. Tumis bawang merah, bawang putih yang telah dihiris
  3. Kacau sehingga agak kekuningan
  4. Tumis bahan rempah
  5. Masukkan bahan kisar
  6. Kacau dan masakkan sehingga masak
  7. Apabila bahan ini tidak cukup masak, kesannya akan dirasai ketara pada kuahnya nanti
  8. Setelah masak dan garing, masukkan tulang yang telah dicuci tadi
  9. Gaul rata sehingga separuh masak
  10. Suhu api dapur sedikit perlahan supaya elak hangit
  11. Tambahkan air anggaran [email protected] Biarkan mendidih
  12. Setelah didih, tambah lagi air sehingga tenggelam tulang. Besarkan api
  13. Kaup buangkan keluar keladak apabila timbul di permukaan kuah. Keladak inilah yang menjejaskan rasa sup
  14. Tambah 1 daun salam dan reneh selama 1 jam di atas dapur biasa
  15. Masukkan lobak merah dan ubi kentang
  16. Masukkan juga perasa, gula atau garam secukupnya
  17. Tumbuk halus biji lada hitam dan biji lada putih
  18. Jika masih tidak empuk, tambah sedikit air lagi
  19. Teruskan reneh selama 30 minit
  20. Sebelum beberapa minit tutup api dapur, masukkan tomato, daun sup, bawang goreng dan perahkan limau nipis
  21. Hidangkan bersama sambal kicap

Tips:

  • Jangan letak tomato letak sebiji- sebiji. Perlu di belah 3 atau 4 bahagian


Sumber: Hajar Mohd dari Masak Apa Harini

2) Resepi Sup Tulang Ala Mamak

Bahan-bahan

  • 1 1/2kg tulang kambing + daging
  • 2 labu bawang besar
  • 3 inci halia diketuk
  • 2 batang serai diketuk
  • 2-3 tangkai cili padi (optional)
  • ½ sk serbuk pati ayam
  • Garam
  • 2 keping asam keping
  • 4-5 liter air

Bahan tumis

  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 biji bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • 10 biji bawang merah dimayang
  • sedikit minyak

Bahan rempah (satukan dengan air menjadi pes)

  • 1 sb rempah kurma
  • 2 sb rempah sup
  • ½ sb lada hitam di tumbuk
  • sedikit air

Bahan tumbuk

  • 5 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 inci halia

Bahan tabur

  • bawang goreng
  • daun bawang
  • daun sup dihiris


Cara-cara buat Sup Tulang Ala Mamak

  1. Panaskan minyak, tumis bahan tumis hingga bawang merah keperangan
  2. Masukkan bahan kisar, masak sebentar
  3. Masukkan pes rempah. Kacau sesekali dan biarkan rempah masak hingga pecah minyak
  4. Masukkan tulang dan isi kambing. Gaulkan dengan rempah
  5. Masukkan air dan serai
  6. Renehkan hingga daging tulang empuk. Tambah air jika perlu
  7. Bila tulang sudah empuk, masukkan serbuk pati ayam, asam keping, garam, bawang besar, cili padi
  8. Biarkan kuah menggelegak dan tutup api
  9. Tabur dengan bahan tabur ketika menghidang

Tips:

  • Boleh tambah kentang, carrot dan celery di no 3


Sumber: Are Peace dari Masak Apa Harini

 

 

3) Sup Tulang Ala Thai

Bahan-bahan

  • tulang
  • halia
  • lengkuas
  • 2 biji bawang besar dibelah 4
  • bunga lawang
  • kulit kayu manis
  • buah pelaga
  • bawang putih 6,7 ulas (ditumbuk lumat)
  • daun limau purut
  • cabai melaka 3,4 biji
  • serai 2,3 batang (diketuk)
  • tomato sebiji belah 4
  • asam limau( limau nipis) sebiji
  • sos ikan 2,3 sudu
  • garam dgn Ajinomoto
  • batang saderi


Cara-cara buat Sup Tulang 

  1. Rebus tulang bersama halia, lengkuas, sebiji bawang besar, bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga hingga empuk
  2. Tumis bawang putih sampai kuning, masukkan bahan-bahan lain
  3. Masak sehingga daun limau purut layu
  4. Letak bahan tumisan dalam sup yang di rebus tadi (tunggu daging empuk dahulu baru masukkan)
  5. Masukkan tomato
  6. Masukkan perahan air limau
  7. Masukkan sos ikan
  8. Perasakan dengan garam dan Ajinomoto
  9. Letak batang saderi
  10. Tutup api


Sumber: Noorlela Hasri dari Masak Apa Harini

Di harap anda semua dapat mencuba resepi Sup Tulang mudah ini lebih-lebih lagi ketika ada pemberian daging korban di musim raya Aidiladha. Bahan-bahannya juga mudah didapati dan senang di masak. Jika ada daging pula, boleh cuba resepi daging harimau menangis di sini. 


Lagi Resepi Simple, Mudah, Ringkas dan Sedap ↓

Leave a Comment