3 Resepi Sup Ikan Merah (Menyelerakan, Confirm Bertambah Nasi)

Asyik masak menu yang berat sahaja, sesekali apa salahnya kalau kita masak menu yang berasakan sup  kan?  Hirup sewaktu sup panas cukup membangkitkan selera makan, ditambah pula dengan juadah sampingan seperti sambal kicap pasti menyelerakan. Anda dah terliur kan? Jom kami kongsikan menu yang cukup mudah ini resepi sup ikan merah.

1. Resepi Sup Ikan Merah Simple

Bahan-bahan

Bahan A

  • 2sdb minyak masak
  • 3biji bawang besar
  • 4biji bawang putih
  • 2inci halia
  • 2sdk lada hitam
  • 1 liter air
  • Sedikit garam

Bahan B

  • Seekor ikan merah dipotong
  • Tomato
  • Batang saderi
  • Daun sup

Cara buat sup ikan merah

  1. Tumiskan bahan A dan tuangkan air. Biarkan mendidih.
  2. Masukan ikan dan bahan B. Biarkan masak 10 minit.
  3. Siap dihidang.

Sumber: Fauziah Yahya dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

2. Resepi Sup Ikan Merah (Tak Hanyir)

Bahan-bahan

  • Ikan merah basuh dengan limau untuk hilangkan hanyir ikan
  • Bawang merah, bwg putih,  halia (dikisar)
  • Penumis garam dan sup bunjut
  • Kentang, carrot, fish ball, daun bawang dan daun sup

Cara buat sup ikan merah

  1. Tumis bawang merah dan putih bersama halia sampai naik bau.
  2. Masukkan penumis + ikan + sup bunjut. Kacau rata.
  3. Masukkan 3 cawan air.
  4. Masukkan kentang dan biar sampai mendidih.
  5. Masukkan carrot dan tunggu hingga empuk.
  6. Tutup api dan tabur daun sup bersama daun bawang.

Sumber: Zura Dzn dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resipi Sup Ikan Merah Kakak Ipar

Bahan tumbuk

  • Bawang merah,
  • Bawang kecik,
  • Bawang putih
  • Halia

Bahan hiris

  • Bawang besar
  • Bawang putih,
  • Halia (hiris kasar)

Cara buat sup ikan merah

  1. Panaskan minyak, tumis bahan hiris bersama  kayu manis, bunga lawang dan  dua biji pelaga hingga naik bau.
  2. Kemudian masukkan bahan tumbuk. Bila bawang dah kekuningan, masukkan kentang dan carrot. Gaul seketika kemudian masukkan air.
  3. Bila kentang dan carrot separuh masak, masukkan ikan dan daun sup.
  4. Biarkan sup mendidih seketika. Bila ikan dah masak, masukkan tomato, garam dan perisa.

Sumber: Aida A Ibrahim dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Cukup mudah kan resepi sup ikan merah ini? Jangan lupa cuba menu ini dirumah.

Untuk ikan siakap pula, boleh cuba resepi ikan siakap stim dan siakap 3 rasa.

Selamat mencuba.


Lagi Resepi Simple, Mudah, Ringkas dan Sedap ↓

Leave a Comment