3 Resepi Sup Daging (Versi Thai / Siam, Yang Sedap & Simple)

Siapa disini peminat sup daging? Sup daging sebenarnya datang dengan pelbagai versi. Bertambah sedap bila dimakan dengan nasi panas. Boleh bertambah pinggan nanti. Jom baca beberapa resepi sup daging untuk anda cuba nanti.

1. Resepi Sup Daging ala Thai

Bahan-bahan

  • Daging ikut suka banyak mana.
  • Bawang putih*
  • Bawang merah*
  • Halia*
  • Lengkuas dan serai

 

Cara-cara buat sup daging ala thai

  1. Tumbuk bahan yang bertanda *
  2. Lengkuas hiris kasar, dan serai titikkan.
  3. Rebus daging sampai empuk. Kemudian masukkan bahan yang bertanda*, serai, dan lengkuas campak sekali.
  4. Masak semua bahan sampai mendidih. Apabila mendidih masukkan bahan-bahan dibawah.

Sampingan

  • Kentang
  • Lobak
  • Batang saderi
  • Bawang Holland

 

Sumber: Azliana Ahmad dari Masak Apa Hari Ni

 

2. Resepi Sup Daging Merah ala Siam

Bahan-bahan

  • Daging direbus sehingga lembut
  • Bawang besar 2biji*
  • Bawang putih 3ulas*
  • Halia*
  • Akar daun ketumbar*
  • Bunga lawang
  • Kulit kayu manis
  • Cili kisar 2sudu makan
  • Tomato puree 3sudu makan
  • Sos cili sos tomato sos tiram
  • Setengah paket sup siam
  • Kiub daging 2 ketul
  • Ubi kentang
  • Lobak
  • Tomato
  • Air
  • Garam perasa secukup rasa

Cara-cara buat sup daging merah ala siam

  1. Kisarkan bahan yang bertanda *
  2. Panaskan minyak kemudian tumis bahan kisar, kemudian masukkan kulit kayu manis dan bunga lawang.
  3. Apabila  bertukar warna,  masukkan cili kisar, tomato puree dan perencah sup siam. Biarkan sehingga pecah minyak.
  4. Dah pecah minyak masukkan daging bersama air daging dan  kesemua bahan-bahan kecuali tomato. Tunggu sehingga semua masak.
  5. Bila rasa semua sudah okay  masukkan tomato dan  hias dengan daun sup/ketumbar dan daun bawang.

 

Sumber: Arieza Rieza dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resepi Sup Daging Kambing

Bahan-bahan

  • 2 biji  bawang besar
  • 4 biji bawang putih
  • Halia
  • 1 sudu besar lada hitam
  • 1 sudu besar  serbuk kunyit
  • 3 akar daun ketumbar
  • 1 paket rempah sup
  • 2 sudu besar rempah kurma

Cara-cara buat sup daging kambing

  1. Kisar semua bahan di atas
  2. Tumis sampai pecah minyak, masukkan ayam/daging/kambing. Masak sekejap dengan rempah.
  3. Dah sebati masukkan air. Setelah itu letakkan sayuran yang anda suka,  daun ketumbar, garam, dan gula.
  4. Didihkan supaya nampak pekat sedikit.

 

Sumber: Siti Nailah AlFarafisha Roslan dari Masak Apa Hari Ni

 

Akhir kata

Semoga resepi yang kami kongsi pada kali ini dapat memberi sedikit idea dan manfaat kepada anda.

Kalau tak minat daging, boleh cuba sup ayam juga.

Selamat mencuba.


Lagi Resepi Simple, Mudah, Ringkas dan Sedap ↓

Leave a Comment