3 Resepi Spaghetti Goreng (Cukup Simple, Nak Pedas Tambah Cili)

Sebut sahaja spaghetti ramai yang terbayang akan resepi spaghetti carbonara, aglio olio atau bolognesse. Tahukah anda, spaghetti sebenarnya boleh diolah menjadi spaghetti goreng, ala-ala mee goreng. Memang sesuai dengan tekak melayu kita ini.

Jom kami ingin kongsikan beberapa resepi spaghetti goreng untuk anda.

1. Resepi Spaghetti Goreng Daging

Bahan-bahan

  • 4 biji bawang merah
  •  5 ulas bawang putih
    (Bawang dikisar)
  • 2 sudu besar cili boh (ikut kepedasan)
  • 1 sudu besar sos tiram
  •  1 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 pek daging cincang
  • Capsicum (potong dadu)
  • Lobak merah (potong dadu)
  • Cendawan butang
  •  Pakchoy / sawi (optional)

Cara buat spaghetti goreng daging

  1. Rebus spaghetti dengan air mendidih lebih kurang 10 minit. Jangan lupa masukkan garam sikit dan minyak masak 1/2 sudu (untuk elakkan spaghetti melekat bila dah tos).
  2. Goreng daging cincang (Saya suka goreng hampir garing). Toskan minyak dan ketepikan dulu.
  3. Tumis bahan kisar dan cili boh.
  4. Masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato. Tumis sampai terbit minyak tapi jangan terlalu garing.
  5. Masukkan serbuk perasa dan garam.
  6. Masukkan capsicum, lobak merah dan cendawan butang.
  7. Masukkan daging cincang dan spaghetti. Gaul sebati. Masukkan pakchoy.

Sumber: Aien Mohamad dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Spaghetti Goreng Tomyam

Bahan-bahan

  • Bawang putih diketuk.
  • Bawang besar/ bawang holland (dihiris)
  • Cili padi (ketuk)
  • Sayur (carrot, kobis bunga, putik jagung-optional)
  • Daun limau purut
  • Seafood
  • 2sb Cili paste
  • 3pcs kiub tomyam knorr
  • Daun ketumbar
  • Sedikit garam
  • Sebungkus spaghetti direbus

Cara buat spaghetti goreng tomyam

  1. Tumis bawang sampai naik bau.
  2. Masuk sayur.
  3. Masuk cili paste dan kiub.
  4. Masuk daun limau purut.
  5. Masuk seafood.
  6. Masuk spaghetti.
  7. Dah siap sebati masuk daun ketumbar.
  8. Hidangkan.

Sumber: Fatimah Az Zahra dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

2. Resepi Spaghetti Goreng Pedas

Bahan-bahan

  • Sebungkus spaghetti
  • Dada ayam (dipotong kecil)
  •  8 ekor udang ( buang kulit belah belakang)
  • 7 ulas bawang putih ( cincang)
  • Tomato ( potong dadu)
  • 3 sudu besar serbuk cili/chili flakes
  • 1 sudu besar cili giling
  • 5 sudu besar olive oil
  • 1 sudu besar oregano
  • 2 kiub pati ayam
  • Sedikit pepper dan gula

Cara buat spaghetti goreng pedas

  1. Rebus air bersama sedikit minyak dan sedikit garam.
  2. Bila dah mendidih, masukkan spaghetti.
  3. Kacau-kacau supaya mudah masak.
  4. Sementara tunggu spaghetti lembut, panaskan olive oil dan tumiskan bawang putih.
  5. Kemudian, tambahkan chili flakes, oregano dan 1 sudu besar cili giling.
  6. Masukkan udang dan ayam, biarkan sekejap supaya ayam masak.
  7. Tambahkan 2 kiub pati ayam, sedikit gula untuk seimbangkan rasa pedas.
  8. Sekarang boleh masukkan spaghetti yang dah direbus tadi.
  9. Last sekali masukkan tomato dan sedikit pepper.
  10. Kacau-kacau supaya semua sebati.

Sumber: Nora Azni dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Mudah kan resepi spaghetti goreng ini. Pelbagai versi yang ada kami kongsikan untuk anda cuba dirumah.

Semoga berjaya!


Lagi Resepi Simple, Mudah, Ringkas dan Sedap ↓

Leave a Comment