3 Resepi Spaghetti Carbonara (Guna Prego, Simple & Creamy)

Spaghetti carbonara merupakan masakan paling mudah untuk dibuat dan paling disukai kanak-kanak. Rasa yang masam manis pedas ini cukup menambat hati sesiapa sahaja. Resepi yang berasal dari Itali ini telah menjadi makanan dalam majlis sambutan Hari Jadi dan juga perkelahan. Bahan yang mudah menjadikan makanan ini menu wajib untuk dijadikan potluck. Kali ini kami ingin kongsikan beberapa resepi spaghetti carbonara untuk anda.

Izinkan kami berkongsi.

1. Resepi Spaghetti  Carbonara / Carbonara Cheese

Bahan-bahan

  • 1 bungkus spaghetti

Panaskan air masukkan sedikit minyak dan garam, rebus spaghetti hingga lembut. Toskan.

Bahan-bahan carbonara

  • 1 biji bawang besar Holland cincang
  • 4 ulas bwg putih cincang
  • 1bungkus sosej
  • 1 bungkus ayam kisar / 1 mangkuk isi ayam dicincang halus
  • 1 tin cendawan
  • 2 tin sos cendawan carbonara Prego
  • 1/2 liter susu segar
  • 1 Kiub pati ayam
  • Lada hitam
  • Oregano flakes
  • Cili benggala ( Jika suka)

Cara buat Spaghetti Carbonara / Carbonara Cheese

  1.  Tumiskan bawang holland dan bawang putih.
  2.  Masukkan ayam kisar, sosej dan cendawan butang yang telah dihiris.
  3.  Taburkan sedikit oregano flakes dan serbuk lada hitam.
  4. Tuangkan sos cendawan.
  5. Tuangkan susu masukkan kiub pati ayam. Perasakan dengan garam.
  6. Masukkan cili benggala. Kacau hingga mendidih. Siap.

* Untuk yang mengemari cheese guna Prego cheese dan herbs , tambahkan 5 keping cheddar cheese kedalam sos spaghetti tadi, jadilah carbonara cheese.

Sumber: Nur Masri dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

2. Resepi Spaghetti Carbonara Pedas

Bahan-bahan

  • Bawang holland
  • Bawang putih
  • Cili padi
  • Serai
  • Susu cair
  • 1 tin prego carbonara
  • Oregano herbs
  • Lada hitam kisar
  • Kiub ayam
  • Cheese 2 keping
  • 1 tin cendawan butang
  • Capsicum
  • Sosej
  • Lobak
  • Isi ayam

Cara buat Spaghetti Carbonara Pedas

  1. Cairkan butter sikit+minyak masak. Tumis bawang+serai+cili api, masukkan isi ayam tumis sampai ayam masak.
  2. Masukkan sayur+sosej. Masukkan 1 tin carbonara prego+air (ikut kepekatan yang anda suka).Dan masukkan sekali kiub ayam dan susu cair+cheese.
  3. Masukkan serbuk lada hitam+oregano (1sudu kecil).
  4. Perasakan gula, garam dan tambah 1 sudu besar air limau.
  5. Siap.

Sumber: Suri Habibaty dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

3. Resepi Spaghetti Carbonara Creamy

Hidangan ini sesuai untuk 2-3 orang makan.

Bahan-bahan

  •  Spaghetti secukupnya
  • Olive oil secukupnya
  • Bawang putih (potong dadu)
  • Bawang holland (potong dadu)
  • Udang (buang kulit)
  • Cendawan butang dalam tin (buang air dalam tin) / cendawan shiitake ( potong hiris)
  • 1 kotak kecik whipping cream
  • 1/2 kotak kecik susu full cream
  • Mozarella cheese parut
  • Blackpepper Aji-Shio

Bahan-bahan hiasan

  • Chilli Flakes McCormick
  • Parsley leaves / Oregano leaves / Ketumbar (hiris halus. Boleh pilih mana 1 nak pakai)

Cara buat Spaghetti Carbonara Creamy

  1. Rebus spaghetti sampai lembut, toskan. Letak tepi dulu.
  2. Tuang olive oil, panaskan minyak dan tumis bawang putih dan holland sampai naik bau.
  3. Masukkan udang dan cendawan yang dah dihiris.
  4. Apabila udang dah masak, masukkan whipping cream dan susu full cream.
  5. Perasakan garam dan secukup rasa.
  6.  Letak blackpepper.
  7. Masukkan cheese. Bila kuah agak pekat, masukkan spaghetti dan gaul bersama.
  8.  Hidang dalam pinggan, dan hiaskan dgn chilli flakes dan parsley leaves.

Sumber: Eka dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Semoga perkongsian resepi kali ini memberi sedikit idea untuk anda. Kalau tak suka spaghetti, boleh cuba resepi laksa penang pula.

Paling penting, jangan lupa cuba resepi spaghetti carbonara untuk hidangan sekeluarga.

Selamat menjamu selera!


Lagi Resepi Simple, Mudah, Ringkas dan Sedap ↓

Leave a Comment