3 Resepi Seri Muka (Perasa Durian & Pandan)

Kuih seri muka atau dikenali juga sebagai kuih talam cukup popular di kalangan kaum Melayu. Ada pelbagai versi kuih seri muka yang popular seperti durian, pandan, gula merah, kayu manis, ubi kayu dan lain-lain lagi. Semuanya mengikut citarasa masing-masing berdasarkan resepi kuih seri muka yang dipilih.

Izinkan kami berkongsi.

1. Resepi Seri Muka Pandan

Bahan-bahan

Lapisan bawah

  • 2 cawan pulut
  • 2 cawan santan sederhana pekat ( sukat ikut paras pulut )
  • Sedikit garam
  • Loyang 8×8 atau 9×9 inci oles minyak dan alas dengan plastik jernih

Lapisan atas

  • 2 cawan santan pekat
  • 1 cawan air pandan
  • 3/4 cawan gula pasir
  • 3/4 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan tepung kastad
  • 1 biji telur
  • 1 sudu kecil garam
  • Sedikit pewarna hijau epal dan beberapa titik pewarna kuning lemon

Cara buat Seri Muka Pandan

  1. Basuh bersih beras pulut dan rendam lebih kurang 4 jam,toskan.
  2. Masukkan semua bahan dalam loyang dan kukus selama 30 minit api besar.
  3. Tekan pulut yang telah masak tadi supaya rata dan padat, cakarkan permukaan atas pulut tersebut dengan garpu dan ketepikan.
  4. Dalam satu bekas,campurkan semua bahan-bahan, kacau rata dengan whisk sampai adunan sebati dan pastikan tiada tepung yang berketul kemudian tapis.
  5. Masak adunan di atas api perlahan sehingga naik wap sahaja untuk
  6. Tuang adunan atas lapisan pulut yang telah masak tadi,kukus selama 30 minit api sederhana besar.
  7. Jika selepas masak, nterdapat air wap bertakung atas permukaan, angkat letak ke tepi periuk, sendengkan supaya air wap dalam loyang jatuh ke dalam periuk, atau kukus tanpa penutup selama 5-8 minit sampai air kering, boleh juga guna tisu dapur untuk serap air.
  8. Nak dapatkan permukaan kuih yang cantik dan licin kenalah rajin lap bawah penutup kukusan.
  9. Pastikan air kukusan betul2 mendidih.
  10. Balut penutup periuk dengan tuala bersih.
  11. Siap.

Sumber: Nawar Azhar dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Kuih Seri Muka Kayu Manis

Bahan-bahan

  • 500gm beras pulut (direndam sekurang2nya 2 jam)
  • 600ml santan pekat
  • 2 sudu kecil kecil garam halus
  • Sehelai dua daun pandan

Bahan bahagian atas

  • 200gm gula
  • 80gm tepung gandum
  • 20gm tepung kastard
  • 800ml santan kelapa
  • 16 helai daun pandan (boleh kurang kan) – dikisar halus bersama santan
  • 1/4 sudu kecil serbuk kayu manis
  • 1/4 sudu kecil serbuk jintan manis(optional)
  • 4 biji telur grade A
  • 1 1/2 sudu kecil garam
  • Sedikit pewarna hijau (optional)

Cara buat Seri Muka Kayu Manis

  1. Kukus pulut bersama santan selama 25 minit dan sedia untuk ditekan dan padatkan. Guna loyang 10×10.
  2. Campurkan semua bahan diatas, guna whisk kacau sebati, tapis ke dalam periuk, masak dengan api perlahan hingga naik wap.
  3. Tapis sekali lagi, kemudian baru cedok ke dalam adunan pulut.
  4. Ikat tudung kukusan dengan kain atau tutup loyang dengan aluminum foil, kukus lagi 25 minit atau sehingga masak.

Sumber: Nor Washidah Abdul Rahim dari

 

3. Resepi Seri Muka Durian

Resepi ini adalah mengikut sukatan cawan.

Bahan-bahan

  • 3 cawan pulut-rendam dulu 4-5 jam
  • 2 cawan santan
  • 2 sk gula
  • 1sk garam

Bahan kisar

  • 1 cawan durian
  • 2 biji telur
  • 1 cawan gula
  • 3 cawan santan
  • 1/2 sk garam
  • 1/2 cwn tepung kastard
  • 1/2 cwn tepung gandum
  • Perisa durianpewarna kuning

Cara buat Seri Muka Durian

  1. Kukus pulut sampai masak dalam anggaran 25min.
  2. Tekan padat-padat.
  3. Masak sampai naik wap.
  4. Tuang atas pulut tadi.
  5. Kukus sampai masak anggaran 20min.
  6. Siap.
  7. Sejukkan 2/3 jam baru potong.

Sumber: Yannie Kitchen dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Kuih seri muka ini sesuai dihidangkan pada waktu petang. Lagi best kalau dapat secawan kopi yang dihirup panas-panas yang digandingkan dengan ubi kayu semasa hujan lebat.

Jangan lupa cuba resepi seri muka ini.

Selamat mencuba!


Lagi Resepi Simple, Mudah, Ringkas dan Sedap ↓

Leave a Comment