3 Resepi Serawa Durian (Dapat Kuah Yang Pekat, Nak Buat Pun Senang)

Serawa durian atau pengat durian? Nama tak penting, yang penting rasanya yang memang sedap. Boleh dimakan bersama roti, kuih apam ataupun roti jala. Jom cuba resepi serawa durian yang sangat mudah ini.

1. Resepi Serawa Durian Wangi

Bahan-bahan

  • Durian
  • Santan
  • Gula melaka
  • Daun pandan
  • Garam

Cara buat serawa durian

  1. Masukkan air dan buka api. Letakkan gula melaka dan daun pandan. Masak sehingga gula melaka cair.
  2. Masukkan santan dan kacau sebati.
  3. Perlahankan api dan dan masukkan durian. Kerapkan kacau supaya tak berketul.
  4. Perasakan dengan garam dan boleh adjust mengikut citarasa anda. Siap.

Sumber: Ruqayyah Farhani dari Masak Apa Hari Ni

 

2. Resepi Serawa Durian Pekat Likat

Bahan-bahan

  • 2 biji durian
  • 1/2 biji kelapa parut
  • Secubit garam
  • 1 1/2 sudu gula
  • 2 helai daun pandan

Cara buat serawa durian

  1. Masukkan sedikit air dalam kelapa dan perah. Tapis santan yang sudah diperah. Agak-agak dapat dalam dua cawan.
  2. Masukkan durian, santan dan daun pandan ke dalam periuk. Buka api sederhana dan kacau. Masukkan garam dan gula.
  3. Kacau sehingga masak dan isi durian akan lerai dengan sendiri. Siap.

Nota: Kalau buat malam, esoknya lagi sedap sebab durian sudah kembang.

Sumber: Awatif Osman dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resepi Serawa Durian Mudah

Bahan-bahan

  • 10-15 ulas durian
  • 2 cawan santan cair
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1 helai daun pandan (carik dan simpul)
  • 2 cawan santan pekat
  • 1 1/2 sk garam
  • 1 cawan air (jika perlu)

Cara buat serawa durian

  1. Masukkan durian, santan cair dan daun pandan ke dalam periuk.
  2. Masak sehingga isi durian hancur dan menjadi kuah pekat.
  3. Tuangkan santan pekat, perasakan dengan gula dan garam.
  4. Perlahankan api dan tunggu sehingga kuah mendidih, sambil kacau hingga sebati. Tambah air jika kuah terlalu pekat.

Sumber: Khairul Nizam dari Masak Apa Hari Ni

 

Akhir kata

Mudah sangat untuk buat serawa durian ini. Anda jangan lupa untuk mencuba resepi serawa durian ini.

Ada banyak lagi lebihan durian boleh cuba resepi durian crepe ini pula!


Lagi Resepi Simple, Mudah, Ringkas dan Sedap ↓

Leave a Comment