3 Resepi Sambal Nasi Lemak (Simple, Mudah & Boleh Buat Berniaga)

Seperti yang kita tahu, nasi lemak yang sedap dan dapat memikat hati sesiapa sahaja adalah terletak pada sambal tersebut. Sambal nasi lemak merupakan tunjang utama bagi sesebuah nasi lemak, tidak kira lah nasi lemak bungkus ataupun tidak. Jom kami ingin kongsikan beberapa resepi sambal nasi lemak yang cukup sedap ini.

1. Resepi Sambal Nasi Lemak

Bahan-bahan

  • Basuh cili  dan rebus, gunting dan tapiskan biji cili
  • Kisar cili dengan sedikit air, minyak dan bawang besar
  • Belacan dan udang geragau
  • Daun pandan
  • Minyak untuk menumis secukupnya
  • Bawang besar dan bawang putih

Cara buat sambal nasi lemak

  1. Potong bawang besar dan bawang putih.
  2. Tumis sampai layu, masukkan belacan, udang geragau, daun pandan. Tumis lagi sampai wangi barulah masukkan cili.
  3. Masak dgn api perlahan (kacau selalu).
  4. Tunggu sehingga pecah minyak, barulah masukkan, gula,  garam, air asam jawa dan ajinomoto. Masak sehingga sambal jadi merah kehitaman, sebatikan rasa dan tutup api.
  5. Masak 3 jam untuk kuantiti sambal yang banyak, bagi untuk makan sendiri tunggu sampai sambal pecah minyak.

Sumber: Laelatul Amaroh dari Masak Apa Hari Ni

 

2. Resepi Sambal Tumis Nasi Lemak

Bahan-bahan

  • Cili kering rebus dahulu
  • Bawang besar
  • Belacan
  • Ikan bilis
  • Kisar semua bersama minyak sedikit dan ikan bilis

Cara buat sambal tumis nasi lemak

  1. Tumis bawang merah bersama bahan kisar. Campurkan asam keping, gula,  garam, perasa, kicap, dan sos cili.
  2. Masak sehingga pecah minyak.
  3. Campur sedikit gula merah atau gula kabung.

Sumber: Siti Zaleha dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

3. Resepi Sambal Nasi Lemak Pedas

Bahan-bahan

  • Bawang merah*
  • Bawang putih*
  • Cili kering*
  • Asam jawa
  • Serbuk perasa
  • Gula melaka
  • Ikan bilis

Cara buat sambal nasi lemak pedas

  1. Kisar semua bahan bertanda * .Tumis mcm biasa.
  2. Letak asam jawa, garam, gula, perasa, dan gula melaka.
  3. Bila tumis sampai pecah minyak, baru letak bilis. Kacau sampai kering, baru nampak warna gelap.

Sumber: Sharina Cekna dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

Akhir kata

Bila dah tahu resepi sambal nasi lemak, jom baca resepi nasi lemak pula. Semoga perkongsian kali ini dapat memberi manfaat untuk anda.

Selamat mencuba.


Lagi Resepi Simple, Mudah, Ringkas dan Sedap ↓

Leave a Comment