3 Resepi Rotiboy (Guna Breadmaker Atau Mixer)

Sekarang agak susah untuk jumpa rotiboy yang betul-betul sedap, apa kata kita cuba buat sendiri di rumah. Kami kongsikan beberapa resepi rotiboy untuk anda cuba.

1. Resepi Rotiboy

Bahan-bahan

  • 500g tepung roti*
  • 50g gula halus*
  • 10g susu tepung*
  • 10g yis kering*
  • 10g garam halus*
  • 1 biji telur gred A
  • 250g air sejuk
  • 40g shortening

Cara buat Rotiboy

  1. Campur semua bahan bertanda * ke dalam mixer.
  2. Putar pada kelajuan perlahan.
  3. Masukkan telur, kemudian air perlahan-lahan sehingga menjadi doh. (putar selama 10 minit)
  4. Masukkan shortening dan putar pada kelajuan tinggi selama 5-10 minit.
  5. Uji kekenyalan doh. Ambil doh sedikit dan tarik sedikit demi sedikit dalam 1 lapisan tidak koyak.
  6. Bahagikan doh 50-60g setiap satu, dan bulatkan (boleh letak butter yang didadu sebagai inti)
  7. Susun atas dulang yang disapu shortengin, rehatkan sehingga kembang.

Bahan-bahan saduran

  • 100g butter
  • 100g gula halus
  • 100g tepung gandum
  • 2 biji telur gred A
  • 1 sudu besar coffee emulco/ nescafe o

Cara buat saduran

  1. Putar butter dan gula sampai kembang. Masukkan telur dan putar lagi.
  2. Masukkan tepung dan coffee emulco, putar hingga sebati.
  3. Guna piping bag (tak perlu nozzle), potong bahagian hujung sedikit.
  4. Bila doh dah kembang, pipingkan saduran ke atas doh.
  5. Bakar pada suhu 180 selama 25-30 minit mengikut oven masing-masing.

Nota: Saduran jangan letak terlalu banyak kerana akan meleleh.

Sumber: Adri Oppa dari Masak Apa Hari Ni

 

2. Resepi Rotiboy Kopi

Bahan-bahan

  • 250g tepung gandum
  • 50g gula
  • 150g susu segar
  • 1 sudu mauripan
  • 30 mentega
  • Mentega yang dipotong kiub

Cara buat Rotiboy

  1. Masukkan semua bahan di atas ke dalam breadmaker dan mula uli.
  2. Setelah siap diuli, bulatkan doh.
  3. Masukkan mentega yang dah dipotong kiub sebagai inti. Bulatkan semula.
  4. Selepas selesai semua, tunggu hingga doh kembang dan boleh letak topping.

Bahan-bahan topping

  • 60g mentega
  • 30g gula
  • 2 sudu nescafe + 2 sudu air suam (kacau dalam gelas dan ketepikan)
  • 1 biji telur
  • 70g tepung gandum

Cara buat topping

  1. Pukul mentega dan gula sehingga berkrim.
  2. Masukkan telur dan pukul lagi.
  3. Masukkan air bancuhan nescafe dan pukul lagi.
  4. Masukkan tepung dan pukul sebati.
  5. Setelah sebati, masukkan adunan ke dalam piping beg. Paipkan topping ke atas roti.
  6. Bakar pada suhu 170 selama 20 minit guna api atas dan bawah.

Sumber: Khatijah Mamat dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resepi Rotiboy Homemade

Bahan-bahan

  • 500g tepung gandum atau tepung roti (kalau guna tepung gandum tambah 1 tsp baking powder)
  • 75g gula kastor
  • 1 tsp garam
  • 1 1/2 tbsp yis
  • 60g butter
  • 1 biji telur
  • 270g susu segar/ air sejuk (jika guna air sejuk tambah 20g susu tepung)

Cara buat Rotiboy

  1. Masukkan semua bahan ke dalam bread maker dan uli sehingga siap.
  2. Timbang doh yang sudah siap diuli dengan berat 50g dan bulat-bulatkan. Rehatkan dalam 10 minit dan isi dengan inti yang sudah dibekukan.
  3. Susun dalam loyang pembakar yang telah disapu dengan butter. Jarakkan doh. Rehatkan dalam 1 jam lagi dan boleh dipaipkan dengan topping.
  4. Bakar pada sudu 180 selama 30 minit.

Bahan-bahan topping

  • 100g butter
  • 80g gula kastor
  • 100g tepung naik sendiri
  • 2 biji telur gred A
  • 2 tbsp coffee emulco/ nescafe (bancuh dengan 2 tbsp air suam)

Cara buat topping

  1. Putar butter dan gula dalam 5 minit.
  2. Masukkan telur sebiji demi sebiji.
  3. Masukkan bancuhan nescafe dan tepung, putar hingga sebati.
  4. Selepas siap boleh masukkan ke dalam plastik/ piping bag dan sejukkan ke dalam peti ais.

Bahan-bahan filling

  • 35g gula perang
  • 100g butter
  • 1sk esen vanila

Cara buat filling

  1. Pukul butter dalam 3 minit dan masukkan gula dan esen vanila. Pukul hingga sebati.
  2. Masukkan dalam mangkuk dan bekukan di dalam peti sejuk. Potong dalam 3cm untuk dibuat inti.

Sumber: Noorfarahliza Abd Jalil dari Masak Apa Hari Ni

 

Akhir kata

Sekarang anda dah tahu resepi Rotiboy, boleh cuba di rumah nanti.

Boleh juga cuba resepi puding roti yang sangat mudah ini.


Lagi Resepi Simple, Mudah, Ringkas dan Sedap ↓

Leave a Comment