3 Resepi Roti Jala (Confirm Lembut, Sedap dan Tahan Lama)

Roti jala sangat sedap dimakan untuk minum petang dan sarapan. Jika anda tengok resepi roti jala ini, sebenarnya mudah sahaja untuk membuatnya. Jika dah pandai, anda boleh membuatnya bila-bila masa jika anda inginkannya.

Kami kongsikan beberapa resepi roti jala untuk anda hidangkan kepada keluarga.

1. Resepi Roti Jala Warna Warni

Cara buat roti jala

Bahan-bahan roti jala

  • 1kg tepung gandum
  • 4 biji telur
  • 1/2 tin susu cair
  • 4 tin air (sukat guna tin susu)
  • 4 sudu makan minyak
  • 2 sudu makan gula
  • 1 sudu teh garam
  • Pewarna

 

Cara buat roti jala

  1. Gaul sebati atau blend semua bahan hingga halus.
  2. Tapis dan perap sekejap.
  3. Panaskan kuali, sapukan sedikit minyak.
  4. Tuang adunan dalam acuan roti jala, dan boleh masak seperti biasa.

Sumber: Raja Amanina dari Masak Apa Hari Ni

 

2. Resepi Roti Jala Sedap

Resepi roti jala cantik

Bahan-bahan

  • 3 cawan tepung gandum
  • 3 cawan air
  • 1 biji telur
  • 2 sudu minyak masak
  • 1 sk garam
  • 1 sk pewarna

 

Cara-cara

  1. Satukan semua bahan dan kacau menggunakan whisk hingga sebati.
  2. Panaskan kuali, sapukan sedikit minyak.
  3. Tuang adunan dalam acuan roti jala, dan boleh masak seperti biasa.

Sumber: Syafiqah Nasuha dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resipi Roti Jala Lembut, Tak Mudah Putus

Resepi roti jala simple

Bahan-bahan

  • 1kg tepung gandum
  • 1 sdb tepung ubi
  • 2 biji telur
  • 1/2 tin susu cair
  • 2 sdb minyak masak
  • 1 sdb garam
  • Pewarna kuning
  • Air secukupnya

Cara-cara

  1. Satukan semua bahan dalam bekas.
  2. Kacau dengan whisk sampai sebati. Kemudian kisar.
  3. Tuang dalam acuan roti jala.
  4. Biarkan dalam 10 minit, kemudian boleh masak seperti biasa.

Sumber: Nora Syikin Azmi dari Masak Apa Hari Ni

 

Akhir kata

Roti jala sangat enak jika dicicah bersama kari ayam. Ada juga yang suka jika digandingkan dengan kuah pandan, serawa durian, coklat dan bermacam lagi. Apa-apa pun, terserah kepada selera anda.

Semoga perkongsian kami memberi manfaat kepada anda.  Ada juga resepi lain yang kami kongsikan.

Selamat mencuba!


Lagi Resepi Simple, Mudah, Ringkas dan Sedap ↓

Leave a Comment