3 Resepi Rendang Ayam (Pelbagai Jenis, Yang Pasti Memang Sedap!)

Selain rendang daging, rendang ayam juga merupakan juadah pilihan ketika Hari Raya. Enak dimakan bersama ketupat, lemang dan nasi impit. Di sini kami kongsikan beberapa resepi rendang ayam untuk anda cuba. Tak semestinya semasa Hari Raya Aidilfitri atau Aidiladha sahaja boleh makan rendang, bila-bila masa pun boleh!

1. Resepi Rendang Ayam Mudah dan Ringkas

Bahan-bahan rendang ayam

  • 1 ekor ayam
  • 2 cawan santan
  • 2 sudu kerisik
  • 2 asam keping
  • 1 helai daun kunyit (diracik halus)
  • 3 helai daun limau purut (dihiris kasar)
  • Minyak untuk menumis
  • Garam dan gula secukup rasa

Bahan kisar

  • 20 biji cili kering
  • 2 biji bawang besar
  • 4 biji bawang merah
  • 9 ulas bawang putih
  • 4 batang serai
  • 3 inci kunyit hidup
  • 3 inci halia
  • 3 inci lengkuas

Cara buat rendang ayam

  1. Tumis bahan kisar hingga naik bau dan pecah minyak.
  2. Masukkan santan dan ayam. Gaul rata.
  3. Masukkan kerisik dan kacau rata. Masukkan garam dan gula.
  4. Bila kuah dah pekat, masukkan daun kunyit dan daun limau purut.
  5. Gaul rata dan siap.

Sumber: Zaky Mat Ali dari Masak Apa Hari Ni

 

2. Resepi Rendang Ayam Hancur Lembut

Bahan-bahan rendang ayam

  • 1 ekor ayam
  • 3-4 labu bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 tangkai cili hidup merah + hijau
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup
  • 2 batang serai
  • 2 biji buah keras
  • Rempah 3 beradik
  • 2 senduk cili kisar
  • Serbuk kari ayam
  • 300g kerisik
  • 1 cawan santan segar
  • Gula kabung / nisan
  • Garam, serbuk hilal
  • Daun kunyit (diracik halus)
  • Daun pandan

Cara buat rendang ayam

  1. Kisar bawang besar, bawang putih, cili, lengkuas, halia, kunyit hidup, serai dan buah keras.
  2. Tumis rempah 3 beradik, daun pandan dan bahan kisar. Tumis sehingga bau wangi dan garing.
  3. Masukkan cili kisar dan rempah kari yang telah dicampur air. Tumis dalam api sederhana sehingga pecah minyak betul-betul. Perlahankan api.
  4. Masukkan kerisik, ayam dan santan. Masak sehingga kuah pekat. Api kena perlahan.
  5. Masukkan garam, gula kabung dan serbuk perasa.
  6. Bila kuah sudah pekat, padam kan api dan tabur daun kunyit.

Nota: Jika tidak suka ayam hancur, boleh goreng ayam terlebih dahulu separa masak.

Sumber: Fatyn Zamry dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resepi Rendang Ayam Berkuah

Bahan-bahan rendang ayam

  • 1 ekor ayam
  • 8 batang serai*
  • 5 biji bawang besar*
  • 3 biji bawang putih*
  • 1 inci halia*
  • 1 inci lengkuas*
  • 4 sudu cili kisar
  • 2 asam keping
  • 5 sudu kerisik
  • 500g santan
  • 2 sudu rempah kari ayam
  • 1 sudu serbuk jintan manis
  • 1/2 sudu serbuk kunyit
  • 4 helai daun kunyit
  • 2 tangkai daun limau
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • Garam, gula dan serbuk perasa

Cara buat rendang ayam

  1. Kisar halus bahan bertanda *.
  2. Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis, bunga lawang, bahan kisar dan cili kisar. Biarkan seketika, masak dengan api perlahan.
  3. Masukkan serbuk kari, serbuk jintan manis, serbuk kunyit dan perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa.
  4. Tambahkan secawan air. Tumis hingga pecah minyak dan sedikit kering.
  5. Masukkan daun limau dan kerisik.
  6. Masukkan ayam dan asam keping. Biarkan dalam 5 minit dan terus masukkan santan.
  7. Setelah masak, taburkan daun kunyit yang telah dihiris halus. Kaup balik dengan perlahan dan biarkan dalam 3 minit. Siap.

Sumber: Senz Ahmad dari Masak Apa Hari Ni

 

Akhir kata

Sekian perkongsian resepi rendang ayam dari kami. Untuk lauk-lauk ayam yang lain, jemput tengok resepi ayam masak merah yang sesuai digandingkan dengan nasi tomato.

Kalau tekak mahu rasa makanan Thailand, bolehlah cuba resepi paprik ayam.

Semoga anda mendapat manfaat dari perkongsian kami ini.

Selamat mencuba!


Lagi Resepi Simple, Mudah, Ringkas dan Sedap ↓

Leave a Comment