4 Resepi Rempeyek (Pelbagai Resepi Rempeyek Rangup)

Rempeyek yang sedap mestilah nipis dan rangup. Selain dari kerepek dan keropok, rempeyek juga merupakan antara hidangan yang popular ketika minum petang, atau sekadar snek semasa menonton tv. Di sini kami kongsikan resepi rempeyek untuk anda.

1. Resepi Rempeyek Untuk Kanak-kanak

Bahan-bahan

  • 2 cawan tepung beras
  • 1 biji telur gred A (suhu bilik)
  • 1 sudu makan penuh air kapur
  • 1/2 kotak kecik santan suhu bilik
  • 1 sudu makan jintan manis
  • 2 sudu makan ketumbar
  • 3 ulas bawang putih
  • Ikan bilis (basuh dan toskan)
  • Kacang tanah
  • Air suhu bilik secukupnya
  • Garam & serbuk perasa

Cara buat rempeyek

  1. Kisar kasar kering ikan bilis, ketumbar, jintan manis dan bawang putih.
  2. Campurkan bahan kisar ke dalam tepung beras dan gaulkan.
  3. Masukkan santan dan gaul lagi.
  4. Masukkan garam dan serbuk perasa.
  5. Pecahkan telur dan masukkan air kapur. Gaul hingga semua sebati.
  6. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga bancuhan cair sahaja supaya rempeyek nipis dan senang dikunyah untuk kanak-kanak.
  7. Panaskan minyak yang banyak dengan api sederhana.
  8. Curahkan adunan ke dalam sudip, letakkan kacang tanah dan ikan bilis. Goreng sehingga masak.

Sumber: Ieynaaddy Maira Amz dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan

 

2. Resepi Rempeyek Kacang Rangup

Bahan-bahan

  • 1 1/2 paket tepung beras
  • 3 biji telur
  • 1 kotak kecil santan
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 genggam ikan bilis
  • Ketumban / jintan manis
  • 6 cawan air
  • Garam dan perasa
  • 1 ketul kiub pati ayam
  • 2 sudu kecil air kapur
  • Kacang tanah / kacang hijau / kacang dhal

Cara buat rempeyek

  1. Kisar bawang putih dan ikan bilis.
  2. Tumbuk ketumbar / jintan manis.
  3. Campurkan semua bahan kecuali kacang dan gaul hingga sebati.
  4. Panaskan minyak, sendukkan bancuhan dan letakkan kacang. Masak seperti biasa.

Sumber: Norizah Othman dari Berkongsi Imu Kuih Muih & Masakan

 

3. Resepi Rempeyek ala Indonesia

Bahan-bahan

  • Kacang tanah
  • Udang kering
  • Ikan bilis
  • 1 bungkus tepung beras
  • 1/2 bungkus tepung ubi kayu
  • Air kapur
  • 1 biji telur
  • Daun kimau
  • Buah keras
  • Bawang putih
  • Ketumbar
  • Garam
  • Serbuk kunyit

Cara buat rempeyek

  1. Tumbuk buah keras, bawang putih, ketumbar.
  2. Gaulkan kesemua bahan. Tambahkan air dan pastikan adunan tidak terlalu cair atau pekat.
  3. Panaskan minyak pada api kecil. Tuangkan bancuhan di tepi kuali supaya adunan jatuh ke dalam minyak, goreng seperti biasa.

Sumber: Nur Lisha dari Masak Apa Hari Ni

 

4. Resepi Rempeyek Kacang Dhal

Bahan-bahan

  • 1/2 kg tepung beras
  • Jintan manis, jintan putih, ketumbar
  • 1 sudu air kapur
  • 1 biji telur
  • Daun limau purut
  • Garam dan perasa
  • Air
  • Kacang dhal

Cara buat rempeyek

  1. Rendam kacang dhal semalaman supaya tidak keras apabila digoreng.
  2. Kisar hancur daun limau purut.
  3. Campurkan semua bahan kecuali kacang dhal. Gaul sebati.
  4. Panaskan minyak, sudipkan bancuhan dan letakkan kacang dhal. Goreng sehingga rempeyek masak.

Sumber: Ridzuwan Syahh Ahmad dari Masak Apa Hari Ni

 

Akhir kata

Sekian perkongsian resepi rempeyek dari kami. Anda boleh cuba dan hidangkan semasa menonton tv atau berehat bersama keluarga tersayang.

Di sini juga kami kongsikan resepi cempedak goreng yang sangat enak untuk dicuba.


Lagi Resepi Simple, Mudah, Ringkas dan Sedap ↓

Leave a Comment