4 Resepi Puteri Mandi (Kuih Dari Kelantan & Terengganu)

Kuih Puteri Mandi merupakan kuih yang berasal dari Kelantan dan Terengganu. Namun terdapat juga kuih puteri mandi dari Jawa yang seakan sama rasanya. Kuih ini juga merupakan kuih yang agak popular di bazar Ramadan di serata Malaysia. Resepi Puteri Mandi ini agak mudah dibuat dan caranya lebih kurang dengan buah melaka.

Kami kongsikan resepi puteri mandi untuk anda.

1. Resepi Puteri Mandi

Bahan-bahan

  • 3 cawan tepung pulut
  • 2 sudu mkaan tepung gandum
  • 1 cawan air (1 sudu kecil kapur, rendam dengan air. Ambil air jernih sahaja)
  • 2 keping gula nisan/kerek
  • 2 cawan kelapa parut muda
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 cawan air
  • 2 helai daun pandan
  • 5-6 kuntum bunga cengkih (tidak wajib)

Cara buat puteri mandi

  1. Masukkan tepung pulut, tepung gandum dan air ke dalam bekas.
  2. Uli sehingga menjadi doh.
  3. Bahagikan kepada beberapa bahagian dan warnakan mengikut warna yang disukai.
  4. Bentukkan doh menjadi bulat-bulat kecil dan tekan di bahagian tengah doh tadi.
  5. Masukkan ke dalam air yang mendidih, boleh angkat sekiranya doh sudah timbul.
  6. Angkatkan doh dan letakkan ke dalam air biasa. Toskan.
  7. Untuk membuat kuah, masukkan air, gula nisan, daun pandan dan garam. Masak semua sehingga larut.
  8. Selepas kuah larut, masukkan kelapa parut dan biar seketika.
  9. Tuangkan kuah ke dalam kuih tadi dan kacau sebati. Siap.

Sumber: Zurilawati Azmiy dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan

 

2. Resepi Puteri Mandi Cucuk

Bahan-bahan A

  • 1 paket tepung pulut
  • Santan
  • Garam
  • Pewarna hijau, kuning, pink
  • Perisa pandan

Bahan-bahan B

  • Kelapa parut
  • Garam
  • Gula

Bahan-bahan C

  • Lidi / buluh pencungkil gigi
  • Cupcake paper

Cara buat puteri mandi

  1. Masukkan tepung pulut ke dalam bekas dan masukkan garam secukupnya.
  2. Masukkan santan sedikit demi sedikit dan perisa pandan.
  3. Bulatkan doh kecil-kecil.
  4. Bahagikan kepada tiga bahagian dan warnakan. Ketepikan.
  5. Untuk bahan B, gaul kelapa parut dengan gula dan garam secukupnya.
  6. Dalam bekas atau dulang, tekan-tekan bagi kemas.
  7. Masak air dalam periuk hingga mendidih dan masukkan adunan ke dalam air.
  8. Biarkan doh sehingga timbul, angkat dan tapiskan. Letakkan ke dalam kelapa tadi dan golekkan sehingga melekat pada kuih.
  9. Cucukkan 3 biji kuih pada pencucuk dan susun ke dalam cupcake paper.

Sumber: Norzalina N Abd Manaf dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan

 

3. Resepi Puteri Mandi Jawa

Bahan-bahan

  • 1 cawan tepung pulut
  • 1/2 cawan air
  • 1 cawan gula merah
  • 2 1/2 cawan air
  • 2 cawan santan
  • 1/4 sudu kecil garam
  • 2 helai daun pandan
  • Durian/nangka (tidak wajib)

Cara buat puteri mandi

  1. Campurkan tepung bersama air sedikit demi sedikit, uli sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di tangan.
  2. Ambil secubit doh, gentel dan bulatkan di tengah-tengah sedikit. Buat sehingga habis.
  3. Dalam periuk, masak gula merah bersama air sehingga cair sepenuhnya. Tapis jika ada serdak.
  4. Perlahankan api, masukkan santan dan daun pandan yang disimpul. Masak sehingga mendidih kecil.
  5. Masukkan doh dan masak sehingga doh timbul. Tambahkan garam dan durian/nangka. Masak lagi sehingga mendidih. Siap.

Sumber: Norfazida Gda dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan

 

4. Resepi Puteri Mandi Simple

Bahan-bahan

  • 2 1/2 cawan tepung pulut
  • 1/2 cawan tepung beras
  • Air + pewarna hijau secukupnya
  • 1 cawan air untuk kuah
  • 2 keping gula melaka
  • 2 helai daun pandan
  • 1 cawan parutan kelapa muda

Cara buat puteri mandi

  1. Campurkan tepung pulut, tepung beras dan air pewarna. Uli sehingga doh tidak melekat di tangan.
  2. Bulatkan dalam saiz ibu jari, dan tekan di bahagian tengah. Ulang sehingga doh habis.
  3. Masukkan doh yang sudah dibentuk ke dalam air yang mendidih.
  4. Masak sehingga doh timbul. Angkat dan toskan.
  5. Untuk hasilkan kuah kelapa, masukkan secawan air dan didihkan. Masukkan gula melaka dan masak sehingga sebati. Tambahkan daun pandan.
  6. Setelah gula melaka cair, masukkan kelapa parut dan kacau sebati.
  7. Masukkan kuih dan campurkan dengan kuah. Siap.

Sumber: Aliyaisma Ariffin dari Masak Apa Hari Ni

 

Akhir kata

Sekian perkongsian resepi puteri mandi yang anda boleh cuba.

Di sini juga kami kongsikan resepi lain yang anda boleh lihat, semuanya mudah dan senang.


Lagi Resepi Simple, Mudah, Ringkas dan Sedap ↓

Leave a Comment