3 Resepi Pulut Kuning (Sangat Cantik dan Lazat Dimakan)

Lumrahnya pulut kuning terhidang apabila ada sesuatu untuk kita raikan sebagai contoh meraikan hari lahir, menyambut ahli baru dan pelbagai lagi. Kali ini kami kongsikan beberapa resepi pulut kuning yang cantik dan lazat untuk anda.

1. Resepi Pulut Kuning

Bahan-bahan

  •  1 kg beras pulut
  •  1 1/2 cawan santan pekat
  •  1 sudu besar garam kasar
  •  2 sudu besar gula
  •  Bahan-bahan untuk rendam pulut,  pewarna kuning, serbuk kunyit 1 sudu kecil dan  asam keping 3 keping.

Cara masak pulut kuning

  1. Basuh sampai bersih pulut dan rendam semalaman bersama serbuk kunyit, pewarna dan asam keping.
  2. Kukus pulut selama 30 minit. Boleh buka dan kacau untuk balikkan supaya pulut masak sekata. Letak daun pandan untuk aroma yang wangi.
  3. Masukkan gula dan garam dalam santan sampai larut (boleh rasa dahulu santan ikut selera masing-masing) dan masukkan dalam pulut yang baru diangkat. Kacau/arung pulut guna senduk kayu sampai rata dan biarkan seketika. Biar pulut dan santan sekata dahulu sekejap baru kukus balik.
  4. Masukkan balik pulut dalam kukusan dan kukus dalam 15 minit lagi.
  5. Dah masak taburkan sedikit gula pasir diatas pulut supaya bagi nampk lebih pulut berkilat.
  6. Kalau nak buat bentuk pulut, waktu panas-panas masukkan dalam acuan dan tekan biar padat.

Sumber:  Nor Khomariah Norrohman  dari Makan Apa Hari Ni

 

2. Resepi Pulut Kuning Kelantan

Bahan-bahan

  •  Beras pulut  1kg
  •  Santan pekat 1 1/2 cawan
  •  Garam kasar 1 sudu besar
  •  Gula 2 sudu besar
  •  Bahan sampingan, pewarna kuning telur,  serbuk kunyit 1 sudu kecil dan asam keping atau gelugur 2 keping.

Cara masak pulut kuning Kelantan

  1. Basuh sampai bersih pulut dan rendam semalaman bersama kunyit, pewarna dan asam keping.
  2. Kukus pulut selama 30 minit. Boleh buka dan kacau balikkan supaya pulut masak sekata. Letak daun pandan untuk aroma yang wangi.
  3. Kacau garam dan gula bersama santan sampai larut (boleh rasa dahulu santan ikut selera masing-masing) dan masukkan dalam pulut yg baru diangkat. Kacau/Arung pulut guna sudip sampai rata.
  4. Masukkan balik pulut dalam kukusan dan kukus dalam 15 minit lagi.
  5. Boleh masuk dalam loyang atau acuan ikut gaya masing-masing, Siap. Pulut masih lembut walaupun dah sejuk.

Sumber: Ismi Aishah dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resepi Pulut Kuning Berhias

Bahan-bahan

  • Beras pulut 2kg
  • Serbuk kunyit dan pewarna kuning
  • Santan kara 2 kotak
  • Serunding daging 250g

Bahan-bahan hiasan

  • Telor puyuh
  • Telur ayam
  • Carrot
  • Lada
  • Bunga cengkih
  • Tomato ceri
  • Daun parsley
  • Lidi buah
  • Mee sanggul

Cara masak pulut kuning berhias

  1. Basuh beras pulut dan rendamkan semalaman didalam air bersama 1 sudu serbuk kunyit dan sedikit pewarna kuning.
  2. Kukus pulut keesokkan harinya dalam 8-10mnit.
  3. Letakkan 2 kotak santan didalam mangkuk, selepas itu masukkan gula dan garam secukupnya, terlebih masin tidak mengapa nanti boleh melemakkn pulut kuning tersebut.
  4. Selepas siap kukus untuk kali pertama, angkat dan letak dalam besen dan gaul bersama dengan separuh mangkuk santan tadi.
  5. Dah nampak  meresap cantik, kukus untuk kali kedua (8-10mnit) angkat dan gaul dengan semua lebihan santan tadi dan kukus untuk kali terakhir sampai masak, jangan terlampau masak, nanti pulut tak cantik.

Cara menghias pulut kuning

  1. Lapisan pertama,semasa pulut panas,terus letak pulut didalam loyang dan tekan sedikit supaya mampat disetiap ruang loyang.
  2. Setelah itu letak serunding dalam 250g.
  3. Lapisan kedua sama seperti lapisan pertama, ulang kembali cara tersebut.
  4. Apabila pulut dah sejuk, terbalikkan dan letak diatas papan kek.
  5. Hiasan yang ada  ialah letak mee sanggul jadikan sebagai sarang burung, selitkan daun parsley di pulut kuning, cucuk tomato ceri dan bahan hiasan sampingan lain.

Sumber:  Ummu Qaisara dari Masak Apa Hari Ni

 

Akhir kata

Sekian perkongsian resepi pulut kuning pada kali ini. Pulut kuning sedap dimakan sekali bersama rendang daging, jangan lupa untuk anda cuba resepi ini dirumah.

Selamat menjamu selera!


Lagi Resepi Simple, Mudah, Ringkas dan Sedap ↓

Leave a Comment