3 Resepi Pulut Dakap (Yang Cukup Popular Di Kelantan dan Kedah)

Kalau sebut sahaja pulut dakap, mesti ramai yang terbayangkan gelang emas. Tapi tahukah anda nama gelang emas pulut dakap ini diambil daripada sejenis kuih iaitu pulut dakap. Resepi pulut dakap ini cukup popular di Negeri Pantai Timur dan Utara.

Kali ini kami ingin kongsikan kuih pulut dakap khas untuk anda.

1. Resepi Pulut Dakap / Pulut Pisang Raja

Bahan-bahan

  • 1/2kg beras pulut susu
  • 1 biji kelapa dan dapatkan 4 cawan santan
  • Pisang raja di belah dua dan tabur dengan sedikit gula
  • Daun pisang layur dan lap bersih

Cara buat pulut dakap pisang

  1. Panaskan santan tambah garam dan 2 sudu minyak.
  2. Bila mendidih masukkan beras pulut dan kacau sampai kering santan, kecilkan api.
  3. Tutup dengan plastik nasi lemak.
  4. Tunggu sampai masak.
  5. Kukus sampai masak.
  6. Daun pisang bertukar warna dan nampak lembut berminyak.

Sumber: Khadijah Saad Kak Jah dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

2. Resepi Pulut Dakap Kelantan/Ketupat Dakap

Bahan-bahan

  • 1kg beras pulut
  • Setengah kilo gula
  • 400g santan
  • Sedikit garam

Cara buat pulut dakap kelantan

  1. Rendam 1 kg beras pulut empat jam/semalaman.
  2. Kukus selama 45 minit.
  3. Masak setengah kilo gula bersama 400g santan, dan tambah sedikit garam.
  4. Angkat pulut, tuangkan air gula bercampur santan,dan kacau bersama pulut.
  5. Kukus semula selama 20 minit.
  6. Bungkus, boleh masukkan serunding daging kemudian ikat berdua.
  7. Kukus ketupat selama 20 minit.

Sumber: Ila Teratai dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi  Pulut Dakap Pisang  Zaman Dulu

Bahan-bahan

  • Beras pulut 1kg
  • Santan pekat 500gm
  • Air 1 gelas
  • Gula dua cawan
  • Garam halus 3 sudu kecik
  • Daun pisang hijau
  • Pisang tanduk, pisang kebatu, pisang nipah pisang kelat siam atau kelat lega (boleh pilih yang mana suka)
  • Tali rapia atau tali getah

Cara buat pulut dakap pisang

  1. Basuh beras pulut rendam dalam air selama 3 jam kemudiam kukus pulut sampai naik wap.
  2. Kemudian masak santan, gula, dan garam sampai mendidih kemudian tutup api angkat periuk santan letak dibawah. Ambil pulut yang telah di kukus tadi letak semula  dalam periuk santan kacau sampai sebati kemudian panaskan atas api semula kacau sampai nampak keluar minyak sikit-sikit.
  3. Ambil daun pisang letakkan pulut dan pisang, tutupkan dengan pulut balut kemudian ikat dengan tali rapia atau pun tali getah.
  4. Dah siap boleh kukus atau pun rebus.

Sumber: Azura Yusoff dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Semoga dengan perkongsian resepi kali ini dapat memberi sedikit idea untuk anda.

Anda peminat pulut kuning? Jangan lupa baca resepi pulut kuning yang kami sediakan untuk anda ini.

 


Lagi Resepi Simple, Mudah, Ringkas dan Sedap ↓

Leave a Comment