3 Resepi Puding Roti (Boleh Guna Air Fryer atau Oven)

Antara menu kegemaran untuk pencuci mulut ialah puding roti. Kebelakangan ini puding roti memang viral. Kami kongsikan 3 resepi puding roti yang sangat mudah untuk anda.

Kami juga ada kongsikan cara untuk membuat kek marble.

Jom cuba.

1. Resepi Puding Roti menggunakan air fryer

Bahan-bahan puding roti

  • 6 keping roti (potong kasar)
  • 1/2 cawan gula (boleh kurangkan jika tak mahu manis)
  • 2 cawan susu uht
  • 2 sb butter (dicairkan)
  • 1/2 tepung gandum
  • 2 biji telur
  • 1/2 esen vanila
  • Cip coklat/kismis

Cara buat puding roti

  1. Masukkan kesemua bahan di dalam bekas dan gaul.
  2. Jika kurang kuah, boleh tambahkan susu. Jika terlebih kuah, tambahkan tepung atau roti.
  3. Minyakkan loyang menggunakan butter dan tabur tepung sekeliling loyang.
  4. Tuang adunan tadi ke dalam loyang dan masukkan ke dalam air fryer yang dipanaskan.
  5. Bakar pada suhu 180°c selama 30 minit, kemudian 140°c pada 20 minit.
  6. Sejukkan dahulu sebelum dipotong. Siap.

Sumber: Azrina Mohd dari Masak Apa Hari Ni

 

2. Resepi Puding Roti dengan Sos Kastard

Bahan-bahan puding roti

  • 7 keping roti (dipotong petak)
  • 1 biji telur*
  • 1 1/2 cawan susu segar*
  • 4 sb gula*
  • 1 penutup esen vanila*
  • Secubit garam*
  • 1 sb marjerin/butter
  • Hiasan – cip coklat/kismis/ceri/hirisan badam

Cara buat puding roti

  1. Sapukan marjerin di sekeliling loyang.
  2. Susunkan roti yang sudah dipotong petak.
  3. Kisar bahan bertanda * dan tuang ke atas roti.
  4. Tekan-tekan roti dan pastikan semua roti menyerap adunan tadi.
  5. Taburkan bahan hiasan.
  6. Bakar pada suhu 160°c selama 35 minit.

Bahan-bahan sos kastard

  • 3sb tepung kastard
  • 1 1/2 cawan susu segar
  • 3 sb gula

Cara buat sos kastard

  1. Campurkan semua bahan, masak sehingga mendidih dan sedikit pekat.
  2. Tuangkan ke atas roti yang siap dibakar.

Sumber: Saiful Nasuha dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resepi Puding Roti Butter

Bahan-bahan puding roti

  • 5 keping roti putih
  • 3 cawan santan cair/ susu cair
  • 1 cawan tepung gandum
  • 3/4 cawan gula
  • 2 biji telur
  • 1 sb marjerin/ butter
  • Esen vanila
  • Secubit garam
  • Kismis

Cara buat puding roti

  1. Carikkan roti dan rendam dengan santan/susu cair. Ketepikan.
  2. Kisar santan dan bahan lain hingga sebati. Masukkan bahan kisar ke dalam roti tadi dan gaul rata.
  3. Gris marjerin pada loyang. Tuang adunan tadi dan taburkan kismis.
  4. Panaskan oven dan bakar pada suhu 170°c  selama 50 minit.
  5. Tunggu sejuk sedikit, boleh potong dan hidang.

Sumber: Siti Zahida Hasan dari Masak Apa Hari Ni

 

Akhir kata

Semoga perkongsian resepi puding roti kami dapat membantu anda untuk mencuba menu ini. Jangan lupa cuba!


Lagi Resepi Simple, Mudah, Ringkas dan Sedap ↓

Leave a Comment