3 Resepi Puding Karamel (Tanpa Telur, Tak Payah Kukus)

Sebut saja pudding caramel, mesti kita dapat membayangkan kenikmatan rasa manisnya dan kelembutan pudding bila makan sejuk-sejuk kan. Kami kongsikan resepi puding karamel confirm jadi walau kali pertama and buat!

Izinkan kami berkongsi.

1) Resepi Puding Karamel Tanpa Telur

Bahan-bahan

  • 1 paket serbuk agar-agar jernih (10gm)
  • 4 cawan air
  • 1 tin susu cair
  • 1 cawan susu pekat
  • 3 sudu tepung kastard
  • Sedikit esen vanila
  • 3 sudu gula pasir
  • 2 sudu air

Cara buat Puding Karamel Tanpa Telur

  1. Masukkan gula pasir ke dalam kuali dengan api yang kecil
  2. Biarkan cair sehingga menjadi perang kemudian tutup api dan masukkan air
  3. Kemudian masukkan ke dalam loyang
  4. Satukan semua bahan ke dalam periuk dan kacau sebati
  5. Panaskan di atas api yang besar. Masak puding sehingga mendidih dan pekat
  6. Biarkan puding suam sebentar kemudian masukkan ke dalam loyang yang berisi karamel tadi
  7. Masukkan dalam peti sejuk sehingga 2-3 jam
  8. Terbalikkan loyang tadi di atas pinggan kemudian potong

Tips:

  • Pastikan puding dimasak sehingga betul-betul mendidih dan kelihatan pekat

Sumber: Nordiana Ab Kadil dari Masak Apa Hari Ni

 


2) Resepi Eggless Creme Caramel

Resipi ini sesuai untuk yang tak suka bau hanyir telur.

Bahan-bahan

Bahan untuk gula karamel

  • 5 sudu besar gula

Bahan untuk puding

  • 1 paket agar-agar (10g)
  • 1 tin susu cair
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 4 mug air
  • 2-3 titis stevia atau 3/4 cawan gula
  • 3 sb tepung kastard
  • 1 sk esen vanila


Cara buat Eggless Creme Caramel

  1. Panaskan gula dalam loyang atas api perlahan hingga gula jadi keperangan
  2. Goyangkan loyang supaya gula caramel tadi sekata di sekeliling loyang
  3. Ketepikan (loyang saiz 8 inci)

Cara buat pudding

  1. Satukan semua bahan untuk puding dalam periuk
  2. Kacau bahan-bahan tadi atas api sederhana guna whisk atau senduk. Jangan bagi adunan berketul
  3. Kacau hingga adunan mendidih dan sedikit pekat
  4. Tapis dan tuang ke dalam loyang berisi karamel tadi
  5. Sejukkan sekejap dan masukkan ke dalam peti ais 3-4 jam sebelum di makan

Tips:

  • Semasa masak bahan puding, guna periuk yang tebal dan kacau selalu atas api perlahan supaya adunan tidak mudah hangus di bahagian bawah dan tidak berketul
  • Jika tidak mahu letak gula langsung untuk bancuhan puding pun boleh sebab karamel sudah cukup manis

Sumber: Marina Ismail dari Masak Apa Hari Ni

 


3) Resepi Puding Karamel @ Puding Gula Hangus

Bahan-bahan

Bahan karamel

  • ½ cawan gula pasir

Bahan pudding

  • 5 biji telur gred A
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan susu pekat (boleh kurangkan jika mahu)
  • 1 cawan air
  • sedikit esen vanilla


Cara-cara buat Puding Gula Hangus

  1. Masukkan 1/2 cawan gula dalam kuali
  2. Masak sehingga bertukar keperangan. Jangan sampai hangus
  3. Masukkan ke dalam loyang 7 inci
  4. Dalam bekas lain, masukkan 5 biji telur, esen vanilla, air
  5. Masukkan susu cair, susu pekat
  6. Kacau sebati. Jangan pukul terlalu lama (Puding jadi berongga)
  7. Tapiskan bila masuk dalam loyang
  8. Kukus 25-30 minit atau sehingga masak
  9. Sejukkan baru terbalikkan atas pinggan


Sumber: Khairun Nisa dari Masak Apa Hari Ni

 

Akhir kata

Di harap anda semua dapat mencuba resepi ini walaupun pertama kali buat, mesti jadi! Sangat sesuai untuk sajian minum petang.

Kalau anda ingin mencuba resepi puding yang lain, boleh cuba puding roti dan puding jagung.

Selamat menjamu selera!


Lagi Resepi Simple, Mudah, Ringkas dan Sedap ↓

Leave a Comment