3 Resepi Puding Jagung (Manis Rasanya, Confirm Puas Hati)

Puding jagung memang menjadi pencuci mulut kegemaran ramai terutama sekali kanak-kanak. Rasa yang manis dan berlemak tentu sekali menjadi kegemaran mereka. Buat hari ini, hari ini juga habis. Jom kami kongsikan beberapa resepi puding jagung yang mudah untuk anda buat.

1. Resepi Puding Jagung 4 Bahan

Bahan-Bahan

  • 1 cawan tepung kastard
  • 3/4 cawan gula
  • 1 kotak kecil santan kotak
  • 1 1/2 cawan air
  • 1 cawan krim jagung tin

Cara Buat Puding Jagung 4 Bahan

  1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk.
  2. Kacau sebati. Baru bukak api.
  3. Secubit garam.
  4. Kacau api sederhana sehingga likat. Apabila dah likat gunakan api perlahan. Kacau lagi sampai permuakan menjadi berkilat dan kental.
  5. Tuang ke dalam  loyang atau bekas.
  6. Loyang disapu margerin supaya mudah keluarkan nanti.
  7. Potong ketika sejuk nanti.

 

Sumber: Puspa Mimi dari Masak Apa Hari Ni

 

2. Resepi Puding Jagung Simple

Bahan-bahan

  •  Jagung dalam krim – 1 tin besar
  •  Susu Cair – 1 cawan setengah
  •  Brown sugar – hampir 3/4 cawan, tapi bukan setengah.
  •  Air – 3 cawan
  • Tepung kastard – 1 cawan

Cara Buat Puding Jagung Simple

  1. Satukan semua bahan dalam periuk ikut urutan nombor.
  2. Gaul mesra, selepas itu baru letak atas dapur dengan api sederhana kecil.
  3. Tunggu depan periuk sentiasa kacau supaya tak berketul.
  4. Makin lama makin berat, nanti tekstur dah jadi kental  dah boleh masuk dalam bekas.Boleh guna loyang.
  5. Biarkan sejuk didalam peti ais semalaman.

 

Sumber: Airin Ain dari Masak Apa Hari Ni

 

3.  Resepi Puding Jagung Kastard

Bahan-bahan

  • 1 tin jagung*
  • 1 paket tepung Bird kastad  300 gram *
  • 3 1/2(gunakan tin jagung sebagai sukatan ) santan*
  • Gula secukup rasa*
  • 2 helai daun pandan*

Cara Buat Puding Jagung Kastard

  1. Campurkan semua bahan-bahan yang bertanda *
  2. Gaul sebati
  3. Letak atas dapur kacau smpi berkilat.
  4. Apabila dah masak, letak dalam acuan.
  5. Sejukkan dan boleh dimakan.

Sumber:  Rohanah Tahirin dari Masak Apa Hari Ni

 

Akhir kata

Jangan lupa cuba resepi yang cukup mudah tapi sedap untuk dinikmati bersama keluarga tercinta. Semoga resepi puding jagung  yang dikongsi kali ini dapat memberi manfaat kepada anda.

Jika anda memang peminat puding, kami cadangkan anda cuba resepi puding roti juga.


Lagi Resepi Simple, Mudah, Ringkas dan Sedap ↓

Leave a Comment