3 Resepi Popia Nestum (Mudah, Ringkas & Rangup. Buat Biar Nipis)

Siapa yang kreatif pasti terfikir pelbagai idea masakan boleh dibuat dengan kulit popia. Antaranya ialah popia nestum. Popia nestum resepi yang sangat mudah dan kalau dapat sebalang boleh habis dalam satu hari. Kali ini kami ingin kongsikan resepi ringkas popia nestum untuk anda.

1. Resepi Popia Nestum

Bahan-bahan

  • 1 cawan nestum perasa original-kisar
  • 1/2 cawan horlicks
  • 1/2 cawan gula halus

Cara buat popia nestum

  1. Kesemua bahan satukan dan ketepikan.
  2. 1 pek kulit popia. Boleh guna brand everbest sebab mudah nak asingkan.
  3.  Sedikit tepung gandum yangg dibancuh dengan air sebagai gam pada kulit popia.
  4. Kulit popia gulung gunakan straw. Gulung jangan ketat takut nanti popia tak rangup.
  5.  Kulit popia yangg digulung boleh digunting serong 1.5cm, kemudian di goreng.
  6. Bila dah agak sejuk, bolehlah digaul dengan serbuk nestum tadi

Sumber: Fareeza Lieza dari Masak Apa Hari Ni

 

2. Resepi Popia Nestum Crunchy

Bahan-bahan

  • 1 paket kulit popia
  • Minyak masak secukupnya
  •  1 cawan Gula halus /gula biasa (dikisar)
  • 2 cawan Nestum
  • 3 cawan Horlick /susu tepung

Cara buat popia nestum crunchy

  1. Potong kulit popia kepada 2 bahagian, gulung secara melintang. Gamkan hujung kulit popia menggunakan air atau telur.
  2. Potong serong kulit popia yang dah siap gulung. Biarkan dibawah kipas kejap selama 10 minit.
  3.  Goreng dalam minyak yang banyak sampai warna dia tukar kekuningan. Jangan sampai wrna coklat takut jadi hangit.
  4. Angkat dan toskan, biar sampai kulit popia betul-betul  sejuk.
  5. Sementara tu gaul gula, nestum dan horlick dalam satu bekas.
  6. Dah sejuk kulit popia tu, boleh gaul dengan campuran nestum.

Sumber: Darwisyah Norizan dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resepi Popia Nestum

Bahan-bahan

  • Kulit popia 15pcs
  • 1 cwn nestum
  • 1/2 cwn horlicks
  • 1/3 cup gula kastor
  • 2tsb tepung gandum

Cara buat popia nestum

  1. Potong kulit popia 2 bahagian dan gulung guna straw lekatkan dengan gam (guna bancuhan tepung gandum).
  2. Gunting kulit popia yang dah digulung secara menyerong.
  3. Goreng kulit popia hingga kekuningan dan garing (anggaran 30saat).
  4. Kisar nestum, horlicks dan gula kastor, campurkan bahan kisar dengan kulit popia yang dah siap digoreng.
  5. Popia nestum sedia utk dimakan.

Sumber: Cik Shafyra dari Masak Apa Hari Ni

 

Akhir kata

Mudah dan ringkas kan resepi popia nestum ini. Boleh dijadikan sebagai kudapan untuk menonton TV.

Nak cuba resepi berasaskan nestum lagi? Jom cuba biskut nestum.

Selamat mencuba.


Lagi Resepi Simple, Mudah, Ringkas dan Sedap ↓

Leave a Comment