3 Resepi Paprik Ayam (Mudah Dibuat, Rasa Seperti Makan di Thailand)

Menu paprik ayam memang sangat enak dimakan bersama nasi panas dan telur dadar. Menu ini popular terutama di kedai makan Siam. Kami kongsikan beberapa resepi paprik ayam untuk anda cuba di rumah.

Selamat mencuba!

1. Resepi Paprik Ayam Thai Terangkat

Bahan-bahan paprik ayam

  • 4 ketul ayam isi + tulang (dipotong dadu)
  • 3 sb cili giling
  • 3 sb sos cili thai
  • 3 sb sos cili
  • 2 sb sos tiram
  • 1 sb kicap manis
  • 4 batang kacang panjang (dipotong)
  • 1 batang lobak kecil (dihiris nipis)
  • 2 biji bawang merah (dihiris)
  • 4 ulas bawang putih (diketuk)
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 3-5 biji cili api
  • 2 biji tomato (dipotong 6)
  • Sedikit bunga kobis (dipotong kecil)
  • 6 batang baby corn (dipotong menyerong)
  • 6 helai daun limau purut
  • 1/2 cawan air
  • Sedikit minyak untuk menumis

Cara buat paprik ayam

  1. Masukkan minyak untuk menumis. Masukkan bawang merah, bawang putih dan serai, tumis sekejap.
  2. Masukkan cili giling, tumis sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan sos cili, sos cili thai, sos tiram dan kicap. Kacau sebati.
  4. Masukkan ayam dan masak sehingga ayam bertukar warna putih. Masukkan daun limau purut dan air, masak sehingga mendidih.
  5. Masukkan lobak, bunga kobis dan kacang panjang. Kacau hingga sebati.
  6. Bila dah mendidih, masukkan cili api dan masak sehingga kuah pekat.
  7. Masukkan tomato, kacau sekejap dan tutup api.

Nota: Tak perlu tambahkan gula dan garam. Sos tiram sudah masin dan sos cili thai sudah manis.

Sumber: Ariana Sofia Ahmad dari Masak Apa Hari Ni

 

2. Resepi Paprik Ayam

Bahan-bahan paprik ayam

  • 6 ketul ayam dipotong kecil

Bahan A

  • 1 biji bawang merah besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 6 tangkai cili kering (rendam dengan air panas)

Bahan B

  • 2 sb sos cili
  • 2 sb sos tiram
  • 1 sb sos tomato
  • 2 sb kicap manis

Bahan C

  • 1 batang lobak merah
  • Bunga kobis
  • 2 batang baby corn
  • 2 batang serai (dititik)
  • 4 helai daun limau purut
  • 2 tangkai cili padi merah(diketuk)
  • 2 tangkai cili padi hijau (diketuk)
  • 1 biji bawang holland (dipotong bulat)

Cara buat paprik ayam

  1. Kisar bahan A dengan sedikit air. Tumis sehingga pecah minyak.
  2. Masukkan semua bahan B, tambah sedikit air dan masukkan ayam. Biarkan sehingga mendidih.
  3. Tambahkan garam atau cukup rasa. Bila ayam dah separuh masak, masukkan semua bahan C. Biarkan lagi.
  4. Masukkan bawang holland dan cili padi. Biarkan sehingga semuanya masak.

Sumber: Wirawati Negara dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resepi Paprik Ayam Berkuah Ala Thai

Bahan-bahan paprik ayam

  • Ayam (dipotong kecil)
  • Bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • Serai (diketuk)
  • Daun limau purut
  • 3 biji cili merah
  • Lobak
  • Bunga kobis
  • Kacang panjang
  • Timun
  • Baby jagung
  • 1 sb cili kering kisar
  • Sos cili thai
  • Sos tiram
  • Pes tomyam
  • Gula dan garam
  • 1 sb tepung jagung

Cara buat paprik ayam

  1. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih, halia dan cili yang diketuk bersama hirisan bawang besar. Tumis sehingga garing.
  2. Masukkan cili kering dan sedikit pes tomyam, daun limau purut dan serai yang diketuk, tumis sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan sos cili thai dan sos tiram, kemudian masukkan ayam. Tambahkan air untuk kuah.
  4. Biarkan ayam betul-betul masak. Masukkan bancuhan tepung jagung dengan air untuk memekatkan kuah.
  5. Masukkan semua sayur-sayuran dan boleh perasakan dengan garam dan gula mengikut citarasa.

Sumber: HasnieZa Nor dari Masak Apa Hari Ni

 

Akhir kata

Sekian perkongsian resepi paprik ayam yang anda boleh cuba.

Untuk menu berkaitan ayam yang lain, boleh cuba ayam masak merah dan ayam masak kicap pula.


Lagi Resepi Simple, Mudah, Ringkas dan Sedap ↓

Leave a Comment