3 Resepi Pancake (Sedap, Simple & Cara Buat Yang Mudah)

Anda tercari-cari idea minum petang atau sarapan pagi yang ringkas? Jom kita ‘bertea-time’ ala Mat Salleh atau dengan gaya ala McD dengan membuat pancake yang mudah dan disukai anak-anak. Kami kongsikan resepi pancake seperti di bawah.

1. Resepi Pancake Gebu Gebas

Bahan-bahan

  • telur 4 biji
  • tepung gandum (ikut kepekatan bancuhan). 5/6 sudu besar sudah memadai
  • fresh milk (ikut sukatan tepung, tapi jangan terlalu cair)
  • baking powder 1 sk
  • sedikit essen vanilla
  • garam
  • gula
  • olive oil/butter yang dicairkan dalam 3 sudu

Cara buat pancake

  1.  Asingkan putih telur dengan kuning telur. Pukul putih telur sehingga kembang
  2. Dalam bekas lain campurkan bahan-bahan yang lain dan kacau sekata
  3. Bila semua bahan sebati, masukkan putih telur yg dipukul tadi dan kacau menggunakan sudu sampai adunan nampak cantik
  4. Masak guna api sederhana tanpa minyak . Siap!

Sumber: Siti Safuraa Hamzah dari Masak Apa Hari Ni

 

2. Resepi Japanese Fluffy Pancake

Bahan-bahan

Bahan A

  • 2 biji kuning telur
  • 40 gm superfine flour
  • 1/2 sk baking powder
  • 1/2 sk esen vanilla
  • 25 gram fresh milk full cream

Bahan B

  • 2 biji putih telur
  • 25 gram gula kastor
  • 1 sk jus lemon/cuka

Cara buat pancake

  1. Adunkan semua bahan A
  2. Whisk (putar) bahan B sampai kental
  3. Kemudian satukan dua adunan tersebut
  4. Letak butter atas non stick pan dan masak

Tips:

  • Boleh hidang bersama strawbery atau raspbery compote atau jem, ice cream dan hiaskan dengan whipped cream

Sumber: Ruzita Mohamed dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resepi Pancake Segera

Bahan-bahan

  • 1 pek pancake coklat (boleh didapati di kedai Eco)
  • 1/2 sb unsalt butter
  • 1 biji telur ayam
  • 140 ml susu cair
  • 1 sb gula (kurangkan 1/2 jika nak makan dengan sirap coklat/madu)

Cara buat pancake

  1. Cairkan dulu unsalt butter
  2. Tambahkan susu cair dan gula. Kacau sebati dan suamkan
  3. Masukkan ke dalam adunan telur dan tepung. Whisk hingga sebati. Biarkan 5 minit
  4. Sapu butter pada kuali rata dengan api kecil sahaja
  5. Tuang satu senduk adunan pancake. Biarkan 1 minit 30 saat dan terus balikkan dan tunggu lagi 1 minit 30 saat dan angkat

Tips:

  • Setiap kali nak bakar, oles butter sikit untuk dapat permukaan cantik. Guna api kecil untuk elak hangit serta timing tepat mainkan peranan di step ini

Sumber: Ben Safwan dari Masak Apa Hari Ni

 

Akhir kata

Simple sahaja kan resepinya. Buat untuk bekalan anak ke sekolah pun sesuai. Jika ingin mencuba resepi yang lain, boleh cuba resepi Rotiboy pula.


Lagi Resepi Simple, Mudah, Ringkas dan Sedap ↓

Leave a Comment