3 Resepi Pajeri Terung (Rasa Pedas, Manis dan Sesuai Seisi Keluarga)

Pajeri terung memang enak dimakan bersama dengan nasi panas.  Cukup membangkitkan selera, sehingga tak sedar boleh bertambah lagi nasi hingga beberapa pinggan. Di tambah pula dengan sambal belacan, memang boleh kenyang sampai bersandar. Kami ingin kongsikan beberapa resepi pajeri terung.

1. Resepi Pajeri Terung Mak Mertua

Bahan-bahan

  • Terung
  • Bwg merah*
  • Bwg putih*
  • Halia*
  • Udang kering di rendam
  • Kulit kayu manis
  • Bunga lawang
  • Cengkih
  • Buah pelaga
  • Rempah kari ayam dan ikan
  • Santan
  • Kerisik
  • Gula dan garam
  • Minyak masak

Cara buat pajeri terung

  1. Potong hiris (mayang) bahan bertanda *
  2. Panaskan minyak dan masukkan rempah dan 5 sekawan apabila naik bau, masukakn bahan-bahan yang telah di mayang tadi. Naik bau, masukkan udang kering dan kacau hingga naik bau.
  3. Masukkan rempah tadi dan tambah air. Tumis rempah sampai pecah minyak. Masukkan terung dan santan.
  4. Dah empuk masukkan kerisik, gula dan garam.

Sumber: Asnida Rashid dari Masak Apa Hari Ni

 

2. Resepi Pajeri Terung

Bahan-bahan

  • 9-10pcs terung mini, buang kulit luar selang dan belah tengah jangan sampai putus
  • 1 biji kelapa parut (ambil santan sahaja)
  • 3 senduk minyak masak

Bahan tumis

  • 1 1/2 biji bawang besar (hiris nipis)
  • 5 ulas bawang putih (hiris nipis)
  • 1 inci halia (hiris nipis)

Bahan paste

  • 2 paket kecil rempah kari ikan brand Baba’s
  • 1 paket kecik kerisik
  • 3-4 sudu besar udang geragau (nak guna ikan bilis tapi perlu ditumbuk)
  • 1 1/2 sdb gula pasir
  • 1/2 sdb garam
  • 1 pcs asam keping
  • 1 tangkai daun kari (optional)
  • Sedikit bahan perasa
  • 1 cawan air
    (satukan semua bahan paste dan kacau hingga sebati)

Cara buat pajeri terung

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang dan halia hingga naik bau.
  2. Masukkan bahan paste, api perlu sederhana. Kacau hingga naik minyak dan apabila dah naik minyak masukkan santan, biar mendidih seketika.
  3. Masukkan terung, bila kuah dah mula pekat dan terbit minyak bolehlah tutup api.

Sumber: Mariana Zainal dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resipi Pajeri Terung

Bahan-bahan

  • 5 @ 6 biji Terung ~ goreng sehingga warna kecoklatan dan lembut
  • *10 tangkai cili kering
  • *4-5 biji bawang merah (size sedang)
  • *3-4 ulas bawang putih
  • *Udang kering
    Kisar bahan bertanda *
  • Rempah kari daging atau rempah pajeri
  • 1 @ 2 keping asam keping
  • 1 @ 2 btg serai (ketuk)
  • 4 sekawan
  • Santan pekat
  • 1 keping Gula nisan/kerek
  • Sedikit gula pasir
  • Garam secukup rasa

Cara buat pajeri terung

  1. Tumis 4 sekawan, serai dan bahan kisar smpai garing.
  2. Masukkn rempah kari, masukkan sedikit air untuk elakkan rempah hangit  (tumis smpai garing dan pecah minyak).
  3. Masukkan gula pasir, gula kerek/nisan, asam keping dan kerisik.
  4. Kemudian masukkan santan. Dah mendidih masukkan terung.
  5. Biarkan atas dapur, sesekali kacau dan masak sampai kuah agak pekat.
  6. Perasakan dengan garam dan cukup rasa.
  7. Siap.

Sumber: Fyda Arif dari Masak Apa Hari Ni

 

Akhir kata

Semoga perkongsian resepi kali ini dapat memberi manfaat untuk anda. Jangan lupa untuk mencuba resepi lain yang mudah untuk dibuat.


Lagi Resepi Simple, Mudah, Ringkas dan Sedap ↓

Leave a Comment