3 Resepi Overnight Oat (Sangat Simple, Sesuai Untuk Diet)

Untuk sesiapa yang sedang berdiet atau ingin kurangkan berat badan, sangat digalakkan untuk mencuba resepi overnight oat ini. Oat dikatakan sangat baik untuk kesihatan. Selain mengurangkan berat badan, ia juga boleh membantu mengurangkan kolestrol dalam badan anda.

Overnight oat ini sesuai dimakan semasa sarapan atau untuk bersahur.

Jom tengok resepi overnight oat yang kami kongsikan. Resepi yang lain-lain juga ada.

1. Resepi Overnight Oat Rangup

Bahan-bahan

  • Oat
  • Yogurt (sebaiknya guna Greek Yogurt)
  • Susu segar
  • Anggur & nenas (boleh guna buah lain juga)
  • Madu/syrup
  • Gajus (kekacang lain juga boleh)
  • Chia seed

Cara buat Overnight Oat Rangup

  1. Letakkan oat 1/3 ke dalam bekas.
  2. Tuangkan susu sehingga oat tenggelam.
  3. Letakkan yogurt, buah, madu dan kekacang.
  4. Simpan di dalam chiller semalaman. Boleh dimakan keesokan harinya.

Sumber: Fieza Amir dari Masak Apa Hari Ni

 

2. Resepi Overnight Oat Masam Manis

Bahan-bahan

  • Instant oat
  • Yogurt
  • Susu segar
  • 1 sb chia seed
  • Epal / strawberry / blueberry / anggur

Cara buat Overnight Oat Masam Manis

  1. Masukkan oat, diikuti dengan yogurt.
  2. Tuangkan susu dan kacau rata.
  3. Letakkan buah yang sudah dipotong.
  4. Letakkan di dalam peti sejuk selama satu malam. Sedia untuk dimakan.

Sumber: Siti Syakirah dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resepi Overnight Oat Simple

Bahan-bahan

  • 1 cawan rolled oat
  • 1 cawan susu penuh krim
  • 1 cawan yogurt
  • Kismis hitam & buahan segar
  • 1/2 sudu chia seed

Cara buat Overnight Oat Simple

  1. Ambil botol kaca atau bekas yang sesuai.
  2. Masukkan rolled oat kemudian tuangkan susu.
  3. Masukkan chia seed dan yogurt.
  4. Taburkan kismis dan sejukkan semalaman.
  5. Bila nak makan baru potong buah dan campurkan ke dalam oat.

Tips:

  1. Bila nak makan baru kacaukan bahan-bahan.
  2. Gunakan rolled oat untuk oat yang tidak lembik walaupun berhari-hari di dalam peti.

Sumber: Azura Aziz dari Masak Apa Hari Ni

 

Akhir kata

Sekian perkongsian resepi overnight oat dari kami. Mari kita menjaga kesihatan dengan mengamalkan overnight oat.


Lagi Resepi Simple, Mudah, Ringkas dan Sedap ↓

Leave a Comment