3 Resepi Onde Onde (Mudah & Sedap, Guna Sukatan Cawan)

Kuih onde onde atau lebih popular dikenali sebagai kuih buah melaka ini sangat digemari ketika bulan puasa. Tahukah anda kuih ini juga sebenarnya mempunyai pelbagai versi yang boleh dicuba dirumah. Jom kami kongsikan beberapa resepi onde onde untuk anda.

1. Resepi Onde Onde / Kuih Buah Melaka

Bahan-bahan

  • 2 cawan tepung pulut *
  • 2 sudu besar tepung gandum *
  • 1 sudu kecil garam *
  • 1 ketul gula melaka
  • 1 cawan air pandan (kisar daun pandan)
  • Kelapa parut 1/2 biji (putih sahaja)
  • Daun pandan untuk merebus

Cara buat onde-onde

  1. Gaulkan semua bahan bertanda * dengan air pandan. Air pandan masuk secara sikit-sikit.
  2. Gaul sebati sampai tepung menjadi doh dan tak melekat di tangan. Bulat-bulatkan dan masukkan gula melaka yang dah dipotong secara kecil.
  3. Rebus sampai timbul dan tos kan seketika.
  4. Kemudian gaulkan dengan kelapa parut yg dah di garamkan.

Sumber: Nurl Dya Shamsuddin dari Masak Apa Hari Ni

 

2. Resepi Onde-Onde Labu

Bahan-bahan

  •  Cawan labu direbus hingga lembut dan lenyekkan.
  • Cawan tepung pulut
  • Gula kabung dipotong dadu kecil
  • Kelapa parut digaul bersama garam. Kukus sebentar untuk elak kelapa cepat basi.

Cara buat onde-onde labu

  1. Campurkan labu yang dah dilenyek bersama tepung pulut. Gaul hingga menjadi doh. Tak perlu tambah air, (agak agak tak terlalu lembik).
  2. Gentel doh dan letakkan gula kabung di tengah.
  3.  Didihkan air di dalam periuk, masukkan onde onde labu.
  4.  Angkat onde onde jika sudah terapung. Tapiskan dan satukan dengan kelapa parut.
  5.  Siap.

* tak perlu letak pewarna kuning. Warna labu memang dah kuning dan cantik.

Sumber: Rusilawati Cikgu dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resepi Onde-Onde

Bahan-bahan

  • 2 cawan tepung pulut
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 1 cawan atau lebih air daun pandan dan sedikit pewarna hijau
  • seketul gula melaka (di potong dadu)
  • sedikit garam
  • 1/2 biji kelapa parut di tambah sedikit garam

Cara buat onde-onde

  1. Satukan tepung pulut, tepung gandum & garam didalam satu bekas.
  2. Tuang air pandan tadi sedikit demi sedikit sambil menguli adunan tadi.
  3. Uli hingga adunan sebati dan tidak melekat di tangan dan boleh dibulat- bulatkan.
  4. Ambil doh sebesar ibu jari dan leperkan. Letakkan gula melaka di bahagian tengah dan bulat-bulatkan.
  5. Bulatkan adunan tadi hingga habis dan susun didalam dulang yang ditabur sedikit tepung gandum.
  6. Didihkan air di dalam periuk. Masukkan kuih ke dalam air yang sedang mendidih.
  7. Biarkan sehingga kuih tadi timbul di permukaan air seketika kemudian bolehlah di angkat dan ditoskan airnya.
  8. selepas itu golekkan kuih tadi di atas kelapa parut

*Tips: Kelapa dikukus seketika untuk bagi tahan lama supaya kuih tidak cepat basi

Sumber: Ayza Nur dari Masak Apa Hari Ni

 

Akhir kata

Mudahkan buat onde-onde ini. Bahan-bahan pun senang nak cari. Jangan lupa resepi onde-onde ini di rumah.

Kalau anda minat kuih yang manis-manis, kami sarankan anda cuba cuba resepi seri muka, puteri mandi dan badak berendam.

Selamat mencuba.


Lagi Resepi Simple, Mudah, Ringkas dan Sedap ↓

Leave a Comment