3 Resepi Oden (Mudah Di Buat, Rasa ala Family Mart)

Sebut sahaja Oden, siapa sahaja yang tidak kenal dengan menu viral ‘street food’ dari Jepun ini. Selain boleh diperolehi di kedai serbaneka popular, anda juga boleh melakukannya sendiri dengan mengikuti resepi Oden mudah yang kami kongsikan ini.

1) Resepi Oden ala Family Mart

Bahan-bahan Oden

  • Paste tomyam 1 paket
  • Paste asam pedas 1 paket
  • Kiub ayam 1 ketul
  • Lemon ½ biji
  • Mi Udon (direbus dan ditapis)
  • Garam

Cara-cara buat Oden

  1. Didihkan 5 cawan air bersama paste tomyam dan paste asam pedas
  2. Masukkan garam dan kiub ayam
  3. Setelah mendidih perahkan lemon
  4. Siap kuah oden
  5. Apabila hendak makan, masukkan apa-apa bebola yang disukai
  6. Biarkan mendidih lagi sekali
  7. Hidangkan bersama Mi Udon

Sumber: Senz Ahmad dari Masak Apa Harini

 

2) Resepi Kuah Oden

Bahan-bahan kuah oden

  • 2 paket perencah tomyam Adabi
  • 2 paket perencah sup siam Adabi
  • 1 paket perencah asam pedas Adabi
  • 2 pcs kiub pati ayam
  • Air 1.5 liter
  • Gula 1 sudu
  • Bahan-bahan steamboat (sosej, crabstick, mee dan lain-lain)

Cara-cara buat kuah oden

  1. Masuk semua perencah. Biarkan mendidih
  2. Masukkan semua bahan-bahan steamboat
  3. Siap

Tips:

  • Boleh letak sayur seperti sawi cina, cendawan enoki, cendawan tiram dan lain-lain

Sumber: Cik Puan Emma dari Masak Apa Harini

 

3) Resepi Oden Style Family Mart

Bahan-bahan Oden

  • Perencah Asam Pedas Adabi
  • Perencah Tomyam Adabi
  • Perasa Knorr
  • Air
  • Bahan Oden (Fish tofu, seafood tofu dan sebagainya)

Cara-cara buat Oden

  1. Masukkan satu paket perencah asam pedas
  2. Masak semua bahan

Tips:

  • Rasa kuah mengikut citarasa masing-masing
  • Bahan oden pelbagai pilihan boleh dicari di Aeon Mall
  • Tidak perlu letak garam sebab perencah sudah cukup rasa
  • Kalau mahu, letak perasa sikit sahaja. Sebelum letak, rasa-rasa dahulu

Sumber: Ain Aziz dari Masak Apa Harini

 

Akhir kata

Semudah ABC sahaja kan resepi Oden ni. Buat sendiri lagi puas hati dapat makan banyak-banyak bersama keluarga. Rasa masam pedasnya pastinya membangkitkan selera, apatah lagi dimakan panas-panas di kala cuaca sejuk.

Kalau tekak terasa nak makan laksa, boleh cuba resepi laksa utara pula.


Lagi Resepi Simple, Mudah, Ringkas dan Sedap ↓

Leave a Comment