3 Resepi Nasi Minyak (Yang Mudah, Cantik dan Sedap Dimakan)

Rata-rata rakyat Malaysia memang gemarkan nasi minyak, dan menu ini sangat popular di majlis perkahwinan. Kebiasaannya, nasi minyak menggunakan beras Basmathi untuk rasa yang lebih enak, namun jika gunakan beras biasa juga boleh. Di sini kami kongsikan beberapa resepi nasi minyak untuk anda.

1. Resepi Nasi Minyak Cantik

Bahan-bahan nasi minyak

  • 6 pot beras Basmathi
  • 5 ulas bawang kecil
  • 4 ulas bawang putih
  • 4 kuntum bunga lawang
  • 2 batang kayu manis
  • 10 biji buah pelaga
  • 1 senduk oren Sunquick
  • 1/2 tin susu cair
  • 4 sb minyak sapi
  • 1 st garam
  • 2 helai daun pandan
  • Pewarna kuning

Cara buat nasi minyak

  1. Basuh beras dan rendam selama 30 minit.
  2. Hiris nipis bawang kecil dan bawang putih. Campurkan bersama buah pelaga, bunga lawang dan kayu manis.
  3. Panaskan minyak sapi dalam periuk dan tumis bahan tadi. Bila dah kekuningan masukkan beras yang sudah ditos, kemudian masukkan air 7 pot.
  4. Masukkan oren sunquick, susu cair, garam dan daun pandan. Biarkan sehingga masak.
  5. Sesudah nasi masak, titiskan pewarna kuning dan tunggu sehingga 20 minit baru kacau nasi.

Sumber: Marina Seman dari Masak Apa Hari Ni

 

2. Resepi Nasi Minyak Mudah

Bahan-bahan nasi minyak

  • 4 cawan beras Basmathi
  • 5 cawan air
  • 3 sb minyak sapi
  • 1 biji bawang holland
  • Sedikit halia dan bawang putih
  • Daun pandan/ serai
  • 1 tin susu sejat krimer
  • Kismis / kacang / daun ketumbar
  • Bunga lawang, kayu manis, buah pelaga
  • Garam / kiub pati ayam
  • Pewarna kuning

Cara buat nasi minyak

  1. Cairkan minyak sapi, tumis bawang holland dan rempah sekawan. Masukkan daun pandan, serai dan susu.
  2. Masukkan beras yang sudah dibasuh dan tambah air secukupnya. Letakkan garam atau kiub pati ayam.
  3. Bila sudah mendidih, masukkan dalam periuk nasi dan masak seperti biasa.
  4. Bila nasi sudah masak, titiskan pewarna, taburkan daun ketumbar dan kismis. Tutup semula periuk dan tunggu nasi masak.

Sumber: Tengku RosElyza Raja Muhammad dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resepi Nasi Minyak Sedap

Bahan-bahan nasi minyak

  • 1 mangkuk beras
  • 1 mangkuk air
  • 2 biji bawang jepun (dihiris kasar)
  • 5 ulas bawang putih (dihiris kasar)
  • 1 sdb bawang siap kisar (gabungan bawang besar, bawang putih, halia)
  • 3 biji buah pelaga
  • 1/2 batang kayu manis
  • 3 biji bunga cengkih
  • 2 helai daun pandan
  • 2 biji tomato (dihiris)
  • 1 senduk minyak sapi
  • 1/2 sb rempah beriyani
  • Tairu – 2sb tepung dibancuh dengan 1/2 cawan air. Perah 1 hiris lemon dan biarkan

Cara buat nasi minyak

  1. Buat tairu dulu dan biarkan. Panaskan minyak sapi, tumis semua bahan kecuali nasi dan air hingga kekuningan.
  2. Masukkan air dan tairu, biarkan mendidih. Masukkan beras. Siap!

Sumber: Maria Bentalib dari Masak Apa Hari Ni

 

Akhir kata

Gandingan nasi minyak kebiasaannya ialah ayam masak merah.

Jadi, kami kongsi juga resepi ayam masak merah yang simple tapi sedap untuk anda.

Diharapkan agar perkongsian resepi nasi minyak ini akan memudahkan lagi urusan anda di dapur.

Resepi-resepi lain seperti resepi nasi ayam, nasi Arab, nasi tomato dan nasi lemak juga ada.

Selamat mencuba!


Lagi Resepi Simple, Mudah, Ringkas dan Sedap ↓

Leave a Comment