3 Resepi Nasi Lemak (Cara Buat Yang Pelbagai, Semua Mudah & Sedap!)

Nasi lemak, nama yang memang tak asing lagi dalam kalangan rakyat Malaysia. Samada sarapan pagi, makan tengah hari atau makan malam, nasi lemak sangat popular. Di sini kami kongsikan beberapa resepi nasi lemak untuk anda cuba.

1. Resepi Nasi Lemak Sambal Johor

Resepi nasi lemak

Bahan-bahan nasi lemak

  • 4 cawan beras
  • Santan pekat RM2
  • Air sukat macam masak nasi biasa
  • Halba
  • Garam
  • 2 helai simpul daun pandan
  • Bawang & halia hiris (optional)

Cara buat nasi lemak

  1. Basuh beras terlebih dahulu.
  2. Masukkan semua bahan di atas dan masak seperti biasa.

 

Bahan-bahan sambal

  • Lada kering
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Belacan
  • Kunyit serbuk
  • Air asam jawa
  • Garam
  • Gula pasir
  • Ikan bilis goreng
  • Bawang besar

Cara buat sambal

  1. Kisar lada kering, bawang merah dan bawang putih sehingga halus. Hiris bawang besar.
  2. Bakar belacan terlebih dahulu.
  3. Tumis bahan kisar dan belacan sehingga garing. Masukkan kunyit dan garam. Kacau sentiasa.
  4. Masukkan air asam jawa dan gula. Biar sekejap.
  5. Masukkan bawang besar dan boleh tutup api.

Sumber: Enn Abdullah dari Masak Apa Hari Ni

 

2. Resepi Nasi Lemak Pandan Ayam Merah

Resepi nasi lemak pandan

Sukatan ini untuk 20 orang makan. Sila adjust mengikut bilangan yang diingini.

Bahan-bahan nasi lemak

  • 8 pot beras Basmathi
  • 9 1/2 pot air + pati santan / santan kotak
  • 3 inci halia
  • 2 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 batang serai (diketuk, ambil bahagian putih sahaja)
  • Garam
  • Gula
  • 5 sudu minyak
  • Daun pandan
  • 1 st halba
  • Pewarna hijau

Cara buat nasi lemak

  • Masak nasi seperti biasa menggunakan pressure cooker.
  • Jika guna rice cooker biasa, nasi akan jadi lembik.

 

Bahan-bahan ayam masak merah

  • 1 ekor ayam
  • Segenggam cili kering kerinting + 10-15 biji cili kering gemuk pendek*
  • 2 labu bawang besar*
  • 5 ulas bawang putih*
  • 1/2 cm halia*
  • Gula melaka / nisan
  • Asam keping
  • Gula putih
  • 1 sudu sos tomato
  • 1 sudu sos cili
  • Bawang besar

Cara buat ayam masak merah

  1. Lumur kunyit dan garam pada ayam, goreng separuh masak.
  2. Kisar bahan bertanda *.
  3. Tumiskan bahan kisar sekali dengan daun pandan yang telah disimpul.
  4. Tumis sehingga pecah minyak. Bila kering, masukkan air sehingga pecah minyak lagi. Ulang sehingga 5 kali untuk mendapatkan sambal yang sangat sedap.
  5. Masukkan gula melaka, asam keping, gula putih dan ayam.
  6. Masukkan sos tomato dan sos cili, gaul sebati dan perasakan.
  7. Biarkan masak dan masukkan bawang besar yang telah dipotong bulat.

Sumber: Puan Eha dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resepi Nasi Lemak Kukus

Resepi nasi lemak kukus

Bahan-bahan nasi lemak

  • Beras
  • Santan
  • Halia
  • Bawang
  • Daun pandan

Cara buat nasi lemak

  1. Masukkan beras yang dah dicuci ke dalam kuali.
  2. Hiriskan halia dan bawang dan masukkan ke dalam kuali.
  3. Perahkan santan. Jika guna santan kotak, tambahkan air. Masukkan santan sehingga beras tenggelam.
  4. Letakkan garam dan daun pandan.
  5. Pasangkan api perlahan dan masak sehingga beras kering. Sentiasa kacau. Sambil itu, panaskan pengukus.
  6. Pindahkan beras yang dimasak tadi ke dalam pengukus. Buat bulatan di bahagian tengah pengukus supaya wap masuk.
  7. 15 minit pertama, buka tutup pengukus dan gaulkan nasi bagi sekata. Tutup balik penutup dan sambung kukus lagi 15 minit atau sehingga masak.

Sumber: Siti Hawa Ahmad Shukri dari Masak Apa Hari Ni

 

Akhir kata

Sekian perkongsian resepi nasi lemak dari kami. Mudah sahaja buat nasi lemak ini.

Kami juga ada kongsikan resepi nasi arab yang sangat mudah untuk anda cuba.


Lagi Resepi Simple, Mudah, Ringkas dan Sedap ↓

Leave a Comment