4 Resepi Nasi Kerabu (Resepi Dari Kelate dan Golok)

Nasi kerabu merupakan antara juadah popular di pasar malam. Tahukah anda, nasi kerabu merupakan antara menu yang sihat? Lengkap dengan ulamannya beserta ikan atau daging bakar, jadi anda boleh enjoy tanpa rasa bersalah! Resepi nasi kerabu mempunyai pelbagai jenis mengikut citarasa pembuatnya.

Di sini kami kongsikan beberapa resepi nasi kerabu. Jom kita cuba.

1. Resepi Nasi Kerabu Kukus Bunga Telang

Bahan-bahan nasi

  • 3 cawan beras
  • 3 cawan air
  • 1 mangkuk bunga telang (basuh dan tos)

Cara buat Nasi Kerabu Kukus Bunga Telang

  1. Basuh beras dan toskan. Masukkan ke dalam loyang.
  2. Masukkan air dan kukus selama 40 minit.
  3. Bila nasi sudah masak, masukkan bunga telang dan tekan sedikit ke dalam nasi, tidak perlu dikacau.
  4. Biarkan seketika dan tutup api.

Bahan-bahan sambal ikan

  • 3 ekor ikan
  • 3 ulas bawang merah
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 biji kelapa parut

Cara buat sambal ikan

  1. Panggangkan ikan di atas kuali dan sangai kelapa parut sehingga sedikit gelap.
  2. Tumbuk bawang merah sehingga lumat.
  3. Masukkan garam, lada hitam dan isi ikan. Tumbuk bagi sekata.
  4. Keluarkan dan gaulkan bersama kelapa sangai.
  5. Tumbuk sekali lagi sehingga sekata.

Bahan sambal lada

  • 5 sudu besar cili kering
  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 batang serai
  • 3 cawan santan
  • 1 keping asam keping
  • Sedikit garam

Cara buat sambal lada

  1. Tumis bawang merah, bawang putih, cili kering dan serai.
  2. Bila dah garing, masukkan santan, sedikit garam dan asam keping.
  3. Masak hingga likat dan pecah minyak.

Bahan-bahan ikan celup tepung

  • 6 ekor ikan
  • 12 sudu besar tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung beras
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 cawan air
  • Sedikit garam

Cara buat ikan celup tepung

  1. Bancuh semua bahan, kepekatan seperti bancuhan untuk pisang goreng.
  2. Panaskan minyak, celupkan ikan pada bancuhan dan goreng pada api sederhana.

Bahan-bahan ulam

  • Timun
  • Daun kesum
  • Serai
  • Kacang panjang
  • Tauge

Bancuhan budu

  • Cili api (ikut kepedasan masing-masing)
  • Perahan limau nipis
  • Budu

Sumber: Zainoor Aliza Ali dari Masak Apa Hari Ni

 

2. Resepi Nasi Kerabu Asli Kelate

Cara buat nasi kerabu

  1. Perahkan bunga telang ke dalam nasi.
  2. Masak nasi seperti biasa dan letakkan daun limau purut.

Cara buat solok lada

  1. Belah lada dan buang biji.
  2. Asingkan tulang dan isi ikan. Ketepikan.
  3. Parut kelapa dan ambil hanya yang putih sahaja.
  4. Tumbuk lada hitam, halia, bawang merah dan isi ikan. Tambahkan garam dan gula.
  5. Dalam mangkuk lain, masukkan isi bawang dan ikan yang ditumbuk tadi. Masukkan kelapa sedikit demi sedikit.
  6. Pecahkan sebiji telur dan masukkan ke dalam kelapa tadi. Masukkan isi ikan dan kelapa ke dalam perut lada.
  7. Letakkan santan pekat dan masak dengan api kecil.

Cara tumis nasi kerabu

  1. Kisar cili kering, halia, belacan dan serai.
  2. Tumis bahan kisar sehingga garing.
  3. Masukkan santan, serai yang diketuk, 2 sudu budu dan asam keping. Kacau sehingga pecah minyak.

Cara buat kelapa nasi kerabu

  1. Goreng kelapa parut sehingga suku ,asak.
  2. Kisar tanpa air bawang, serai dan halia.
  3. Masukkan bahan kisar dan isi ikan rebus yang sudah diasing tulang ke dalam kelapa.
  4. Perasakan dengan garam dan gula.

Cara buat ayam/daging/kambing bakar

  1. Kisar halia, lengkuas, cili kering, bawang putih, bawang merah, jintan manis, jintan putih, serai, gula dan garam.
  2. Gaul dengan bahan pilihan.
  3. Lebihkan gula untuk memberi daging lebih berkilat.

Cara buat air lada

  1. Kisar cili, bawang putih jeruk,cuka, gula dan garam. Pastikan cukup rasa pedas, masam dan manis.

Cara buat budu

  1. Masukkan budu ke dalam periuk, campur sedikit air, asam keping dan gula melaka.
  2. Masukkan serai dan daun limau nipis. Gaul sehingga sebati.

Sumber: Nur Aida Md Zainuddin dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resepi Nasi Kerabu Ringkas

Resepi ini untuk 12 orang makan.

Bahan-bahan nasi kerabu

  • Beras
  • Bunga telang
  • Daun limau purut

Masak nasi seperti biasa dan tambahkan bunga telang serta daun limau purut.

Bahan-bahan sambal kelapa

  • 1kg ikan selayang
  • 2 biji kelapa
  • 7 ulas bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 2 inci halia*
  • 2 batang serai*
  • 2 sudu besar lada hitam*
  • Garam dan perasa
  • Gula

Cara buat sambal kelapa

  1. Rebuskan ikan. Asingkan tulang dan isi.
  2. Parut kelapa dan sangai hingga keperangan. Kisar halus kelapa, jangan sehingga berminyak.
  3. Kisar bahan bertanda *.
  4. Masukkan bahan kisar bersama isi ikan, gula, garam dan perasa.
  5. Tambah sedikit air di atas api sederhana.
  6. Bila kelihatan air mengering, masukkan kelapa yang sudah dimesin.

Bahan-bahan ulam

  • Daun kesum
  • Kacang pnajang
  • Bunga kantan
  • Tauge

Racik halus semua bahan dan gaul sebati.

Bahan-bahan kuah lada

  • Cuka
  • Cili padi merah
  • Garam
  • Gula

Kisar dan perasakan mengikut citarasa anda.

Bahan-bahan ayam percik Kelantan

  • 1 ekor ayam (potong 18)
  • Halia
  • Mix herb
  • Garam
  • Kunyit
  • 2 batang serai
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih

Kisar semua bahan di atas dan perapkan. Panggang seperti biasa.

Bahan-bahan kuah percik

  • 1kg santan
  • 7 ulas bawang merah*
  • 2 batang serai*
  • Garam
  • Gula

Cara buat kuah percik

  1. Kisar bahan bertanda *.
  2. Masukkan santan dan bahan kisar dan masak hingga mendidih.
  3. Perasakan mengikut citarasa anda.

Sumber: Yasmin Nanie Ismail dari Masak Apa Hari Ni

 

4. Resepi Nasi Kerabu Golok

Bahan-bahan Nasi Kerabu Golok

  • Beras
  • 3 helai daun kunyit
  • 3-5 helai daun limau purut
  • 1 batang serai
  • 1 buku halia
  • 3 helai daun pandan
  • Daun mengkudu (kisar dan ambil air)

Bahan-bahan sambal kelapa

  • 1/2 biji kelapa parut

Goreng dan tumbuk.

Bahan-bahan sambal ikan

  • 6 ekor ikan selayang/sardin
  • 5 biji bawang merah
  • 2 batang serai
  • Lada hitam
  • Garam dan gula

Cara buat sambal ikan

  1. Bakar kosong dan ambil isi ikan sahaja.
  2. Tumbuk bahan lain sehingga hancur.
  3. Masukkan ikan dan tumbuk lagi sehingga sebati.

Bahan-bahan sambal lada

  • 3 biji cili hijau
  • 5 biji cili padi
  • Sedikit belacan bakar
  • 1 sudu besar cuka
  • Garam dan gula

Bahan-bahan budu

  • Budu
  • Air
  • Serai
  • Lengkuas
  • Daun limau purut
  • Asam limau kasturi
  • Cili padi
  • Nise @ gula melaka

Didihkan semua bahan dia tas sehingga beraroma.

Bahan-bahan ulam

  • Daun serai kayu
  • Daun kesum
  • Kacang panjang
  • Tauge
  • Bunga kantan
  • Timun
  • Pucuk ketereh
  • Daun selom
  • Petai belalang
  • Ulam raja
  • Pucuk putat

Sumber: Wan Muhammad Hafiz Satar dari Masak Apa Hari Ni

 

Akhir kata

Sekian perkongsian resepi nasi kerabu dari kami. Selepas ini, anda boleh buat sendiri!

Di sini juga ada resepi ayam percik yang lain, sedap seperti pasar malam untuk anda.


Lagi Resepi Simple, Mudah, Ringkas dan Sedap ↓

Leave a Comment