3 Resepi Nasi Goreng Kampung (Simple Tapi Cukup Menyelerakan)

Selalunya bila ada lebihan nasi, terus terfikirkan nasi goreng. Masakan yang cukup mudah dan sesuai untuk dimakan bersama keluarga. Antara nasi goreng yang selalu dibuat ialah nasi goreng kampung. Kali ini kami akan kongsikan beberapa resepi nasi goreng kampung untuk anda.

1. Resepi Nasi Goreng Kampung

Bahan-bahan

  • Bawang besar (2 biji)
  • Bawang putih (5 ulas)
  • Belacan
  • Sedikit ikan bilis
  • Cili api 10 tangkai ( lagi pedas lagi sedap)

Bahan-bahan untuk nasi

  • 6 cawan Nasi
  • 5 biji telur
  • 1 ikat kangkung
  • Ikan bilis (digoreng)
  • Minyak untuk menumis

Cara buat nasi goreng kampung

  1. Tumbukkan kesemua bahan. Bawang merah, bawang putih, cili api, ikan bilis dan belacan.
  2. Panaskan minyak tumis masukkan bahan tumbuk masak sehingga baik bau.
  3. Apabila bahan tumbuk dah naik bau, pecahkan telur bila telur dah agak nak garing gaul sebati. Tambahkan sedikit garam.
  4. Masukkan nasi dan gaul sebati.
  5. Masukkan kangkung (tips nak nasi goreng sedap goreng nasi dengan api yg kuat).
  6. Basuh ikan bilis bersih dan toskan airnya kemudian goreng sehingga garing.

Tips:  nak ikan bilis garing, waktu nak goreng pastikan minyak panas. Kemudian perlahan kan api dan sentiasa kacau supaya ikan bilis masak sebati. Kalau nak tahu ikan bilis  dah masak atau belum tunggu sampai minyak dah habis berdesir maknanya ikan bilis dah garing.

Sumber: Hawa Aziz dari Masak Apa Hari Ni

 

2. Resepi Nasi Goreng Kampung  Versi Atuk Nenek

Bahan-bahan

  • Bawang merah  dan bawang putih – 4 biji dimayang
  • Cili kering 6-7 tangkai  (gunting separuh buang biji dan rendam air panas selama 10 minit
  • Telur 2 biji – digoreng “scramble” terlebih dulu
  • Ikan bilis – goreng garing
  • Mentega / planta untuk menggoreng
  • Garam
  • Nasi sejuk

Cara buat nasi goreng kampung

  1. Larutkan mentega atau planta.
  2. Tumiskan bawang merah  dan bawang putih hingga naik wangi.
  3. Masukkan cili kering dan tumis sehingga cili naik bau dan agak garing.
  4. Masukkan garam.
  5. Masukkan telur dan ikan bilis yang digoreng awal, gaulkan mesra bersama bahan tumisan.
  6. Masukkan nasi sejuk dan gaulkan rata. Goreng biar agak lama sedikit untuk naikkan bau.
  7. Siap.

Sumber: Ash Kynn dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resipi Nasi Goreng Kampung Pedas

Bahan-bahan

  • Ikan bilis
  • Cili padi
  • Bawang merah dan bawang putih
  • Telur
  • Nasi
  • Perasa
  • Kicap sotong (boleh ganti dengan garam)

Cara masak nasi goreng kampung pedas

  1. Ikan bilis goreng dan asingkan.
  2. Tumbuk cili padi, bawang merah,bawang putih dan sedikit belacan. Jangan terlalu lumat.
  3. Panaskan minyak. Tumis bahan tumbuk sampai garing. Pecahkan telur dan biarkan sekejap jangan kacau.
  4. Agak-agak telur dah garing, kecilkan api.
  5. Masukkan nasi pastikan nasi tidak lembik.
  6. Masukkan ajinamoto atau serbuk perasa. Kicap sotong (boleh gantikan dengan garam), kemudian bukak api paling besar.
  7. Matikan api. dan tabur ikan bilis goreng tadi.

Sumber: Apple Green dari Masak Apa Hari Ni

 

Akhir kata

Cukup mudahkan resepi nasi goreng kampung ini. Jika dah tak ada idea boleh mencuba resepi ini. Jangan lupa mencuba.

Kalau tekak terasa mahu yang berlemak dan pedas, boleh cuba resepi nasi lemak pula.

Selamat menjamu selera.


Lagi Resepi Simple, Mudah, Ringkas dan Sedap ↓

Leave a Comment