3 Resepi Nasi Ayam (Cara Buat Yang Simple, Mudah & Sedap)

Nasi ayam memang mempunyai pelbagai jenis resepi, jadi kami kongsikan 3 resepi nasi ayam untuk dijadikan panduan. Anda boleh pilih mengikut citarasa anda. Selamat mencuba!

1. Resepi Nasi Ayam bersama Ayam Panggang

Bahan-bahan stok ayam & ayam panggang

  • 2 inci halia
  • 6 ulas bawang putih
  • 5 batang daun bawang (bahagian putih)
  • 1/2 kiub pati ayam
  • 1/2 ekor ayam
  • Sedikit kicap pekat & kicap cair

 

Cara buat stok ayam & ayam panggang

  1. Masukkan halia, bawang putih, daun bawang dan kiub pati ayam ke dalam periuk yang mengandungi ayam & air yang melitupi seluruh ayam.
  2. Didihkan sehingga ayam lembut dalam 30-40 minit.
  3. Keluarkan ayam dari sup dan masukkan segerake dalam air sejuk selama 1-2 minit untuk menghentikan proses ayam masak.
  4. Keluarkan ayam dari air sejuk dan lumurkan dengan sedikit sahaja kicap pekat dan kicap cair. Perap selama 15 minit.
  5. Selepas ayam diperap, masukkan ke dalam air fryer dan goreng suhu 160 selama 10-15 minit. Boleh juga dimasukkan ke dalam oven.

 

Bahan-bahan nasi ayam

  • Lemak ayam yang berlebihan
  • Sebiji bawang holland (dihiris)
  • 7 ulas bawang putih (dihiris)
  • 2 inci halia (dihiris)
  • Beras
  • Minyak bijan
  • Garam

 


Cara buat nasi ayam

  1. Goreng lemak ayam sehingga keluar minyak yang banyak.
  2. Tumis bawang putih, bawang holland dan halia ke dalam minyak ayam.
  3. Setelah garing, masukkan hasil tumisan ke dalam beras yang telah dicuci bersih.
  4. Masukkan stok ayam mengikut sukatan beras. 1 cawan nasi, 1 cawan stok ayam (untuk Pressure Cooker)
  5. Perasakan dengan garam secukup rasa. Titiskan sedikit minyak bijan.
  6. Masak nasi seperti biasa.

 

Bahan-bahan sos

  • 8 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • Sebatang serai
  • 8 biji lada merah
  • Akar daun ketumbar
  • Gula merah
  • Garam
  • 1/2 cawan stok ayam

 

Cara buat sos

Kisar semua bahan, dan siap.

 

Bahan-bahan kicap

  • 1/2 sudu kicap pekat
  • 1 sudu kicap cair
  • 1/2 minyak bijan
  • 2 sudu stok ayam

 


Cara buat kicap

Campurkan semua bahan, dan siap.

 

Bahan-bahan sup

  • Fishball
  • Bawang goreng
  • Daun bawang

 

Cara buat sup

Gunakan stok ayam yang telah disediakan. Hanya tambah fishball, bawang goreng dan daun bawang.

 


2. Resepi Nasi Ayam Roasted

Resepi ini untuk 5-6 orang makan.

Bahan-bahan sup ayam

  • 2 liter air
  • 1 kiub ayam Maggi
  • Serbuk lada sulah
  • Garam
  • 1 keping halia
  • 1 ekor ayam
  • Bebola ikan

 

Cara buat sup ayam

  1. Panaskan air dalan periuk. Masukkan kiub pati ayam.
  2. Perasakan dengan serbuk lada sulah, garam dan halia.
  3. Selepas sup mendidih, masukkan ayam.
  4. Angkat selepas ayam separa masak dalam 10-15 minit. Toskan ayam.
  5. Sambung reneh sup dalam api perlahan.
  6. Masukkan bebola ikan.
  7. Sewaktu dihidangkan, boleh taburkan daun bawang dan bawang goreng.

 

Bahan-bahan nasi ayam

  • 1 senduk marjerin
  • 2 keping halia
  • 2 helai daun pandan (disimpul)
  • 1 barang serai (diketuk)
  • 1 sudu gula
  • Lemak ayam (kalau ada)
  • 3 cawan beras
  • 1 cubit kunyit

 

Cara buat nasi ayam

  1. Panaskan marjerin dalam kuali.
  2. Masukkan halia, daun pandan, serai, gula dan lemak ayam.
  3. Masukkan beras yang sudah dibersihkan.
  4. Goreng seketika sebelum dimasukkan kesemuanya ke dalam periuk nasi.
  5. Tambahkan air sup secukupnya dan masukkan serbuk kunyit.
  6. Masak nasi seperti biasa. Semasa nasi hampir masak, masukkan lagi sedikit marjerin untuk rasanasi yang berlemak dan wangi.

 

Bahan-bahan ayam panggang

  • 1 ekor ayam tadi
  • 2 sb kicap pekat
  • 1 sb kicap cair
  • 2 sb sos blackpepper
  • 2 sb sos tiram
  • 1 sb minyak bijan

 

Cara buat ayam panggang

  1. Campurkan semua bahan tadi dan lumurkan ayam yang sudah ditoskan.
  2. Bakar ayam sehingga masak.
  3. Potong ayam kepada bahagian kecil sebelum dihidangkan.

Tips: Untuk kulit ayam yang rangup, sebelum memasak ayam, jemurkan ayam yang sudah dilumurkan selama setengah jam di bawah cahaya matahari.

 

Bahan sambal cili

  • 5 batang cili merah
  • 2 batang cili padi merah
  • Sekeping halia
  • 1 labu bawang putih jeruk (dibuang kulit dan tangkai)
  • 2 senduk air jeruk bawang putih
  • 2 sb sos cili Thai

 

Cara buat sambal cili

1. Kisar semua bahan-bahan kecuali sos di atas sehingga sedikit halus.
2. Tuang ke dalam periuk kecil.
3. Masukkan sos cili Thai, masak seketika. Siap.

Bahan-bahan sambal kicap

  • 1 senduk kicap cair
  • 1/2 sk minyak bijan
  • 1 sb kicap biasa
  • 1/2 sk sos tiram

 

Cara buat sambal kicap

  1. Campurkan kesemuanya dalam periuk. Panaskan seketika.
  2. Tambahkan dengan sedikit sup tadi.
  3. Kacau rata dan sedia dihidangkan.

Sumber: Afy Al Habibi dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resepi Nasi Ayam Paling Mudah

Resepi ini adalah anggaran untuk 8 orang makan.

Bahan-bahan sup dan ayam panggang

  • 1 ekor ayam dibelah 4
  • 1cm halia
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 ketul kiub pati ayam
  • 1/2 cawan sos tiram
  • 1/3 cawan kicap lemak manis
  • 1 sudu minyak bijan
  • 2 sudu madu

 

Cara buat sup dan ayam

  1. Rebus ayam dalam air panas mendidih selama 7-8 minit.
  2. Masukkan sup bunjut, bawang putih, halia dan kiub pati ayam. Air rebusan jangan dibuang.
  3. Angkat ayam, toskan dan sapu sos tiram, kicap, minyak bijan dan madu.
  4. Toskan ayam sehingga kering supaya masa menggoreng minyak tak meletup dan kulit ayam cantik berkilat.

 

Bahan-bahan untuk nasi

  • 3 pot beras
  • 1 biji bawang besar (mayang halus)
  • 3 ulas bawang putih (mayang halus)
  • 1 inci halia (mayang halus)
  • 1 kiub stok pati ayam
  • 1 sk garam
  • 2 sudu butter
  • Daun pandan (dihiris)

 

Cara buat nasi ayam

  1. Cairkan butter, tumis bahan yang sudah dimayang dengan daun pandan.
  2. Masukkan kiub ayam dan sedikit serbuk kunyit.
  3. Masukkan beras, kacau sedikit dan biarkan sekejap. Kemudian masukkan air rebusan ayam tadi.
  4. Sukatan air macam masak nasi biasa.

 

Bahan-bahan kuah cili

  • 10 tangkai cili merah besar
  • 5 tangkai cili kering
  • 1 biji tomato
  • 2 ulas bawang putih
  • Sedikit halia
  • 1 sk cuka
  • 1 sk garam
  • 1 sk gula
  • 1/2 cawan air

 

Cara buat kuah cili

  1. Kisar cili merah, cili kering, tomato, halia dan bawang putih.
  2. Masak di dalam kuali, masukkan gula dan garam.
  3. Tambah sedikit air, masak dengan api kecil sehingga likat.

Untuk kicap ayam, hanya gunakan perapan ayam tadi. Kalau nak pekatkan, tambah sedikit tepung jagung.

Sumber: Zue Zulin dari Masak Apa Hari Ni

 

Akhir kata

Sekian perkongsian 3 resepi nasi ayam dari kami, selamat mencuba! Resepi lain turut kami sertakan untuk anda.

Lagi Resepi Simple, Mudah, Ringkas dan Sedap ↓

Leave a Comment