3 Resepi Nasi Arab (Yang Mudah, Rasa Seperti di Restoran)

Nasi Arab ini boleh dikatakan antara menu yang agak mahal terutamanya jika makan di restoran Arab. Jadi, kami akan kongsikan beberapa resepi nasi arab yang sangat enak untuk anda cuba sendiri di rumah. Boleh buat untuk portion yang agak banyak dan lebih puas hati!

Jom tengok antara resepi nasi arab yang kami kongsikan.

1. Resepi Nasi Arab Kabsah

Bahan-bahan nasi arab

  • 1 cawan beras Basmathi
  • 1 1/2 cawan air
  • 1/2 bawang besar*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1 inci halia*
  • 1 sb rempah arab Kabsah
  • Rempah tumis 3 sekawan
  • 2 sb minyak sapi/mentega
  • 1 kiub ayam
  • Sedikit garam

Cara buat nasi arab

  1. Cuci beras dan rendam selama 30 minit.
  2. Panaskan minyak sapi, tumis rempah 3 sekawan dan rempah arab kabsah.
  3. Masukkan bahan bertanda * yang dihiris halus dan tumis hingga wangi.
  4. Masukkan air, kiub ayam dan garam. Biarkan mendidih dan masukkan beras yang ditoskan.
  5. Setelah hampir masak, titikkan pewarna oren. Tanak nasi sehingga nasi masak.

 

Bahan-bahan ayam panggang

  • 1 ekor ayam dipotong 4
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 1 sb serbuk cili
  • 1 sb rempah arab Kabsah
  • 2 st garam
  • 250ml yogurt
  • 3sb madu
  • 2 sb minyak

Cara buat ayam panggang

  1. Perapkan ayam dengan semua bahan.
  2. Biarkan selama 1/2 jam supaya rempah sebati dalam ayam.
  3. Panggang ayam dalam oven selama 30 minit pada suhu 180.

 

Bahan sos nasi arab

  • 2 biji tomato
  • 3 biji cili merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 sb jus lemon
  • 4-5 helai daun pudina
  • 5 biji cili padi
  • Sedikit garam dan gula

Cara buat sos nasi arab

  • Kisar semua bahan dan gaul rata hingga sebati.

 

Bahan-bahan salatoh (salad)

  • 2 biji tomato
  • 1 batang timun
  • 1 labu bawang besar
  • Daun pudina (dicincang kasar)
  • Garam dan gula
  • Perahan lemon / 1 sb cuka

Cara buat salatoh

  1. Potong dadu bawang besar, tomato dan timun.
  2. Campurkan kesemua bahan ke dalam mangkuk dan taburkan daun pudina.
  3. Tambahkan gula, sedikit garam, lemon atau cuka. Gaul rata dan siap.

Sumber: Rosmaliza Omar dari Masak Apa Hari Ni

 

2. Resepi Nasi Arab Simple

Bahan-bahan untuk ayam

  • 1/2 ekor ayam dipotong dua
  • 1 kiub pati ayam
  • 1 biji tomato (belah 4)
  • 1 biji cili hijau (belah 4)
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1/2 sudu jintan manis biji
  • 1/2 sudu biji ketumbar
  • 1/2 sudu lada hitam biji

Cara buat ayam

  1. Rebus semua dalam air tenggelam ayam selama 30 minit, tambahkan sekali garam sesudu.
  2. Angkat ayam, lumur dengan serbuk kunyit, madu dan sedikit garam.

 

Bahan-bahan nasi arab

  • Minyak sapi / butter / minyak masak
  • 2 1/2 pot beras Basmathi (rendam 30 minit)
  • 1/2 sudu biji ketumbar
  • 1/2 sudu jintan manis
  • 1/2 sudu lada hitam

Cara buat nasi arab

  1. Tumis semua bahan hingga naik bau.
  2. Masukkan beras dan kacau lebih kurang satu minit.
  3. Masukkan air rebusan dan ayam di atas sekali. Sukatan air rebusan macam masak nasi biasa.
  4. Alihkan ke periuk nasi. Taburkan daun ketumbar dan masak seperti biasa.

 

Bahan-bahan salatoh

  • Timun
  • Tomato
  • Bawang besar
  • Garam
  • Perahan lemon

Cara buat salatoh

  1. Buang biji tengah timun, potong dadu tomato.
  2. Racik halus bawang besar.
  3. Gaulkan kesemua bahan.

 

Bahan-bahan sambal

  • 3 batang cili besar merah
  • 3 biji cili padi merah
  • Tomato
  • Daun ketumbar

Cara buat sambal

  • Kisar semua bahan, perasakan dengan garam dan gula / perahan lemon.

Sumber: Dila Noordin dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resepi Nasi Arab 1 Dulang

Bahan-bahan ayam

  • 1 ekor ayam (belah 4)
  • 1 sd lada hitam
  • 1 sd ketumbar
  • 1 sd jintan manis
  • 1 sd jintan putih
  • 1 ruas halia
  • 1 lembar daun salam
  • Garam
  • Gula
  • Serbuk perasa

Cara buat ayam

  1. Rebus ayam dengan semua bahan di atas. Leta
  2. Setelah ayam masak, masukkan ke dalam oven untuk bagi garing.

 

Bahan-bahan nasi arab

  • 1 kg beras Basmathi (rendam sekejap)
  • 1 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 tangkai kayu manis
  • 1/2 sk cengkih
  • 5 biji buah pelaga
  • 3 biji bunga lawang
  • 2 sd marjerin
  • Minyak masak

Cara buat nasi arab

  1. Tumis semua bahan di dalam periuk sehingga naik bau.
  2. Masukkan air rebusan ayam, masukkan beras. Bubuh garam dan perasa sedikit.
  3. Masak nasi seperti biasa.
  4. Setelah masak, bakar seketul arang sehingga membara, balut dengan aluminium foil dan masukkan ke dalam nasi yang sudah dimasak.
  5. Tutup periuk nasi. Titikkan sedikit pewarna kuning dan gaul.

 

Bahan-bahan sambal

  • 10 tangkai cili padi
  • 1 biji tomato
  • 1 biji bawang holland/biasa
  • 6 tangkai daun ketumbar
  • 1 ulas bawang putih

Cara buat sambal

  • Kisar semua bahan, masukkan garam, gula dan perasa.

 

Bahan-bahan acar

  • Timun
  • Tomato
  • Daun ketumbar
  • Bawang
  • Perahan lemon/ limau nipis
  • Garam dan gula

Cara buat acar

    1. Potong dadu tomato, timun dan bawang.
    2. Perahkan dengan lemon / limau nipis.
    3. Perasakan dengan garam dan gula.

Sumber: Bunda Nadiah dari Masak Apa Hari Ni

 

Akhir kata

Sekian perkongsian resepi nasi Arab dari kami.

Diharapkan agar perkongsian resepi nasi arab dengan ayam masak merah ini akan memudahkan lagi urusan anda di dapur.

Resepi-resepi lain seperti resepi nasi ayam, nasi tomato dan nasi lemak juga ada.

Selamat mencuba!


Lagi Resepi Simple, Mudah, Ringkas dan Sedap ↓

Leave a Comment