3 Resepi Mee Rebus (Pelbagai Versi, Puas Hati Masak Sendiri)

Pergi ke mana-mana sahaja negeri serata Malaysia, pasti akan berjumpa pelbagai versi Mee Rebus. Kami ingin berkongsi dengan anda beberapa resepi Mee Rebus yang boleh anda cuba sendiri di rumah.

1. Resepi Mee Rebus Mak

Ini rahsia turun-temurun dari mak sendiri.

Bahan-bahan

Bahan A (di blend semua)

  • 1 genggam cili kering direbus
  • 5 biji bawang merah besar
  • 3 ulas bawang putih
  • sedikit halia
  • 3 biji tomato

Bahan B

  • air asam jawa 1 cawan
  • gula 10 sb
  • garam
  • sup bunjut
  • 3 biji keledek merah di rebus dan blend halus

Bahan C

  • 500g udang hidup sederhana besar
  • Kulit dikopek dan rebus kulitnya
  • Blend dan tapis airnya. Simpan sedikit air rebusan untuk bancuh cucur udang
  • Isi udang. Separuh dimasuk dalam kuah, separuh untuk buat cucur udang


Bahan lain

  • Mee
  • telur rebus
  • sawi (dipotong dan celur)
  • cili hijau dan merah di hiris
  • daun sup
  • daun bawang
  • bawang goreng
  • tauhu
  • limau kasturi
  • Udang kering. Disangai dan diblend kering (tabur atas mee)


Cara buat Mee Rebus Mak

Cara buat kuah

  1. Tumis bahan A sampai naik minyak
  2. Masukkan air asam jawa
  3. Masukkan keledek dan tumis lagi
  4. Masukkan bahan C stok air udang dengan udangnya sekali
  5. Masukkan sup bunjut
  6. Masukkan air secukupnya
  7. Perasakan dengan garam gula

Tips:

  • Kuah harus di masak lama dengan api kecil supaya bahan sebati mesra

Cara buat cucur udang

  1. Ambil sedikit air rebusan udang
  2. Udang di cincang halus berserta kucai
  3. Bancuh dengan tepung, kunyit, garam
  4. Biarkan bancuhan cair sedikit supaya garing
  5. Goreng nipis-nipis dan garing

 

Sumber: Junainah Alimuslim dari Masak Apa Harini

 

2. Resepi Mee Kuah Kelantan

Bahan-bahan

  • 1 paket mee kuning (bihun/kuetiow)
  • 3 ulas bawang putih ditumbuk
  • 1 biji bawang besar di mayang
  • Sedikit lada hitam ditumbuk
  • 2/3 biji telur ayam
  • Ayam/Daging/Tulang/Udang/Sotong
  • 1 paket fishball
  • 2 ketul kiub ayam
  • Bawang goreng
  • Daun sup
  • Sawi
  • Tomato
  • Cili besar merah atau hijau

Cara buat Mee Kuah Kelantan

  1. Campurkan bawang putih, bawang besar, lada hitam dan tumis sampai kekuningan
  2. Masukkan ayam dan kaup balik seketika
  3. Masukan air terpulang pada banyak kuah yang mahu
  4. Selepas kuah mendidih masukkan kiub ayam
  5. Setelah ayam masak, masukkan fishball dan sayur-sayur
  6. Biar mendidih seketika. Masukan telur dan jangan dikacau
  7. Biarkan telor masak seketika
  8. Tutup api dan masukan mee
  9. Taburkan daun sup dan bawang goreng
  10. Sedia untuk dihidang

Tips:

  • Sediakan sambal kicap atau cili jeruk untuk lebih menyelerakan

 

Sumber: Azura haron dari Masak Apa Harini

 


3. Resepi Mee Rebus Terengganu

Bahan-bahan

  • Mee kuning 1 bungkus
  • Ayam potong kecil/seafood
  • Telor
  • Lada hitam 2 sk
  • Bawang merah 3 biji
  • Bawang putih 3 ulas (ditumbuk)
  • Air secukupnya
  • Bahan perasa
  • Air asam jawa sedikit
  • Sayur-sayuran
  • Kobis
  • Sawi madu
  • Tomato
  • Carrot
  • Cili besar


Cara buat Mee Rebus Terengganu

  1. Panaskan minyak, tumis lada hitam, bawang merah dan bawang putih
  2. Sesudah naik bau, masuk ayam atau seafood
  3. Setelah sebati masukkan air
  4. Masukkan sayur, air asam jawa
  5. Perasakan dengan garam dan gula
  6. Pecahkan telor sebji-biji. Tidak perlu kacau. Biarkan ia masak
  7. Masukkan mee dan siap

Tips:

  • Mee di makan panas-panas. Jangan di biar lama nanti kembang
  • Jika hendak makan kemudian, asingkan mee dengan kuah. Mee dicelur seketika
  • Tuang sedikit sos cili atau makan dengan cili jeruk, perah asam limau sedikit
  • Makan dengan sambal kicap

 

Sumber: Norashikin Ismail dari Masak Apa Harini

 

Akhir kata

Semoga perkongsian ini membawa manfaat kepada penggemar mee rebus. Tidak kira apa-apa pun versinya, masakan sendiri pastinya terdapat sentuhan isitimewa dan kasih sayang. Jangan lupa untuk cuba resepi ini dan nikmati bersama keluarga.

Kebetulan mencari resepi mee, kami sarankan anda cuba buat mee hailam juga.

Selamat menjamu selera.


Lagi Resepi Simple, Mudah, Ringkas dan Sedap ↓

Leave a Comment