3 Resepi Mee Kari (Rasa Seperti di Kedai, Mudah dan Sedap)

Mee kari, antara resepi yang digemari ramai. Boleh buat untuk sarapan, makan tengah hari, minum petang, dan juga makan malam. Di sini kami kongsikan 3 Resepi Mee Kari, selamat mencuba!

1. Resepi mee kari mudah

Bahan-bahan

  • 2 tangkai daun kari
  • 2 batang serai (dititik)
  • 3 sekawan
  • 4 biji bawang besar*
  • 3 batang serai bahagian putih sahaja*
  • 1 inci halia*
  • 5 ulas bawang putih
  • Cili kering
  • Udang kering
  • Rempah kari ikan
  • 1 kotak santan 200ml
  • 2 kiub daging
  • 3 keping asam keping
  • 5 sudu gula melaka
  • Udang, sotong, isi kerang, daging, fishball dan fishcake

 

Bahan-bahan lain

  • Mee (dicelur)
  • Bahan sampingan (cili merah, cili hijau, sawi dicelur, telur rebus, dan limau kasturi)

 

Cara buat kuah mee kari

  1. Kisar bahan bertanda * dan asingkan. Kisar pula cili kering dan udang kering.
  2. Panaskan minyak, dan tumis daun kari, 3 sekawan dan serai. Tumis sehingga naik bau.
  3. Masukkan bahan kisar, dan tumis lagi sehingga garing. Masukkan udang dan cili kering yang telah dikisar tadi.
  4. Campurkan air pada rempah kari ikan, dan masukkan ke dalam kuali.
  5. Masak sehingga pecah minyak dan garing.
  6. Masukkan gula melaka, kiub daging dan asam keping. Gaul sebati.
  7. Masukkan santan dan air secukupnya. Masukkan udang, sotong, isi kerang, daging, fishball dan fishcake, masak sehingga kuah mendidih dan bahan mentah masak secukupnya.
  8. Perasakan dengan garam. Boleh tutup api.
  9. Sedia dihidang bersama bahan sampingan.

Tips:


Untuk bagi kuah pekat, rebus kentang dan lenyekkan, masukkan ke dalam kuah.

Sumber: Nur Kasih Fiezaimi Fiza dari Masak Apa Hari Ni

 

2. Resepi mee kari sedap

Bahan-bahan kuah mee kari

  • 2 biji bawang besar
  • 3-4 ulas bawang putih
  • Sedikit halia
  • 4 sb rempah kari daging*
  • 1 senduk cili blend*
  • 1 sb rempah kari ikan*
  • 1/2 sb garam*
  • Sedikit perasa*
  • 3 tangkai daun kari*
  • 1 1/2 cawan air*
  • 1 biji kelapa (diperah bersama 4 cawan air untuk dijadikan santan)
  • Isi kerang, daging, ayam, bebola ikan, tauhu kering, kek ikan

Cara buat kuah mee kari

  1. Kisar bawang putih, bawang merah dan halia. Campurkan semua bahan bertanda * dan jadikan pes.
  2. Panaskan minyak, tumis bahan kisar sehingga agak garing. Masukkan pes dan tumis sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan santan dan ayam. Tambah sedikit air jika kuah terlalu pekat. Masak sehingga kuah mendidih.
  4. Masukkan isi kerang dan bahan mentah lain, perasakan dan boleh tunggu sehingga masak.

 

Bahan-bahan lain

  • Mi kuning (dicelur)
  • Sawi (dicelur)
  • Taugeh (dicelur)
  • Cili besar dan cili padi (dipotong)
  • Bawang goreng
  • Telur rebus
Nota: Kalau guna daging, boleh masukkan daging dahulu setelah tumis rempah supaya daging empuk, kemudian baru masukkan santan.

 


3. Resepi mee kari berhantu

Resepi ini adalah untuk 10 hidangan. Anda boleh adjust mengikut citarasa anda.

Bahan-bahan kuah mee kari

  • 1/2 kg udang
  • 1/2 kg kerang
  • 1/2 ekor ayam (dipotong kecil)
  • 3sb serbuk lada kering
  • 2 sb serbuk kari ikan
  • 2 sb serbuk kari daging
  • 1 batang kayu manis
  • 2 ketul bunga lawang
  • 2 biji bawang besar
  • 1 biji bawang merah
  • 8 ulas bawang putih
  • 2 hiris halia
  • 3 tangkai daun kari
  • 1 ketul kiub pati ayam
  • 1/2 kg santan
  • 1 kg fishball
  • 2 paket fishcake

Cara buat kuah mee kari

  1. Ambil 1/3 kerang dan udang kemudian gorengkan separuh garing. Kemudian kisar dan ketepikan.
  2. Kisar juga bawang besar, bawang merah, bawang putih, halia dan daun kari.
  3. Panaskan minyak, tumis kayu manis dan bunga lawang. Masukkan bawang yang sudah dikisar.
  4. Tumis sehingga garing.
  5. Masukkan serbuh lada kering, tumis lagi sehingga pecah minyak, masukkan serbuk kari ikan dan daging. Tumis lagi sehingga masak.
  6. Kemudian, masukkan kerang dan udang yang sudah dikisar. Masukkan air dalam 6 liter dan santan.
  7. Masukkan ayam, udang dan kerang.
  8. Perasakan dengan garam, gula dan kiub pati ayam. Masukkan fishball dan fishcake. Tunggu sehingga masak.

Bahan-bahan lain

  • 1 kg taugeh (dicelur)
  • 1kg lobak (dipotong dan dicelur)
  • 1 biji kobis dipotong dan dicelur
  • 1/2 kg daun bawang dan daun sup (dipotong halus untuk hiasan)
  • Telur rebus
  • Lada besar merah (dipotong nipis)
  • Bawang goreng
  • Tauhu goreng dan dipotong dadu
Setelah kuah dimasak, boleh hidangkan mi dan bahan-bahan lain. Potong limau kasturi untuk diperah dan menambah rasa.

Sumber: Yatie Farid dari Masak Apa Hari Ni

 

Akhir kata

Jom cuba resepi mee kari ini, semoga dapat membantu anda menyediakan hidangan yang lazat untuk keluarga tercinta.


Jika anda ingin mencuba resepi lain, kami ada kongsikan untuk anda.


Lagi Resepi Simple, Mudah, Ringkas dan Sedap ↓

Leave a Comment