3 Resepi Mee Hailam Simple (Masakan Cina, Sesuai Tekak Melayu)

Kepada peminat-peminat mi, kami bawakan resepi mee hailam untuk anda. Walaupun ini masakan orang Cina, resipi ini sesuai dengan tekak orang Melayu.

1. Resepi Mee Hailam Simple

Bahan-bahan

  • Mee kuning
  • Udang
  • Ayam
  • Daging
  • Seulas bawang Putih
  • Sos tiram
  • Kicap Manis
  • Serbuk lada hitam
  • Serbuk brown sauce/stok ayam Maggi
  • Sayur kailan
  • Tomato
  • Garam
  • Fishball/Fishcake

 

Cara buat mee hailam simple

  1. Cincang halus bawang putih dan tumiskan. Lalu masukkan sedikit air.
  2. Kemudian, masukkan udang atau ayam atau daging, mengikut citarasa dan gaul.
  3. Selepas itu, masukkan sos tiram, kicap manis, serbuk lada hitam, serbuk “brown sauce” atau stok ayam maggi dan kacau sebati.
  4. Lalu, masukkan sayur kailan, tomato, fishball atau fishcake dan garam secukup rasa.
  5. Akhir sekali, masukkan mee kuning dan gaul sebati sehingga masak.
  6. Lebih sedap dijamu bersama limau nipis dan lada potong.

Sumber: Elly Mahmud dari Masak Apa Hari NI

 

2. Resepi Mee Hailam Ayam & Seafood

Bahan-bahan

  • 300gm udang sederhana besar
  • 300gm daging ayam
  • 3 ekor sotong saiz besar
  • 1  paket fish ball
  • 1 paket mee
  • 3-4 cawan air
  • 1-2 sudu besar cili kisar
  • 3-4 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar kicap cair
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu kecil minyak bijan
  • 1 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos nampla
  • 2 biji telur
  • Sedikit sayur sawi
  • Sedikit bunga kobis
  • 1 batang carrot
  • 2 biji tomato masak ranum
  • Sedikit tepung jagung dan air (dibancuh)
  • Garam secukup rasa
  • Daun sup dan cili merah secukupnya

 

Cara buat mee hailam ayam

  1. Cili kering direbus sampai lembut dan kemudian dikisar bersama bawang merah dan bawang putih secukupnya .
  2. Bersihkan udang dan sotong kemudian tos dan ketepikan kemudian potong isi ayam menjadi ketulan kecil.
  3. Potong fish ball kemudian bersihkan semua sayur dan potong ketepikan semua bahan-bahan ni.
  4. Panaskan sedikit minyak dan tumis cili kisar sampai pecah minyak dan cili masak kemudian masukkan ketulan isi ayam tadi dan kacau sehingga isi ayam masak dan kemudian boleh masukkan air.
  5. Masukkan carrot dan bunga kobis tadi sampai kuah hampir mendidih.
  6. Masukkan semua sos cili, sos tiram , minyak bijan , kicap manis dan cair , sos nampla dan kacau semua bahan ni.
  7. Masukkan semua udang serta sotong dan kacau semua bahan kemudian rasa sama ada cukup semua perisa atau tidak, kalau tak cukup tambah ikut selera masing-masing.
  8. Masukkan telur sebiji demi sebiji biar sekejap sampai telur masak dan masukkan sayur sawi , buah tomato dan kacau.
  9. Masukkan bancuhan tepung jagung dengan sedikit air untuk bagi kuah pekat . Kacau semua bahan dan kalau kurang masin baru la ditambah garam.
  10. Akhir sekali, masukkan mee dan kacau semua bahan dan biar kuah mendidih dan boleh tutup api dapur .
  11. Apabila hendak dihidang boleh tabur daun sup , cili merah dan juga bawang goreng.

Sumber: Nor Azliza Mohamed dari Masak Apa Hari NI

 

3. Resipi Mee Hailam Cina

Bahan-bahan

  • 6 ulas bawang merah kecil
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 sudu sederhana cili kisar
  • 1/2 sudu teh lada sulah
  • 2 sudu sederhana sos cili
  • 2 sudu sederhana sos tomato
  • 2 sudu sederhana sos tiram
  • Sedikit kicap pekat
  • 2 sudu sederhana tepung jagung (dibancuh dgn sedikit air untuk pekatkan kuah)
  • Kicap manis
  • 500 gm mee kuning
  • Daging (hiris nipis)
  • Fish ball/fish cake
  • Udang/sotong (optional)
  • 1 ikat sayur kailan
  • 1 paket kecil putik jagung
  • 1 batang lobak merah
  • Sedikit kubis bunga
  • Garam secukup rasa
  • Minyak bijan

 

Cara masak mee hailam Cina

  1. Masukkan minyak ke dalam kuali dan tumiskan bawang merah kecil dan bawang putih yang telah ditumbuk sehingga naik bau.
  2. Masukkan cili dan tumis lagi.
  3. Kemudian, masukkan daging dan bahan-bahan sos kemudian tambahkan sedikit air dan masak sehingga daging agak empuk.
  4. Masukkan fish ball/fish cake, ataupun udang / sotong jika ada.
  5. Masukkan l liter air. JIka mahu kuah yang banyak boleh tambah. Kemudian masukkan lada sulah dan renehkan kuah sehinnga daging  empuk.
  6. Selepas itu, masukkan sayuran yang keras dulu dan enehkan lagi.
  7. Akhir sekali, masukkan mee dan sayur kailan dan juga garam (jika perlu).
  8. Masukkan juga tepung jagung yang sudah dibancuh. Renjiskan sedikit minyak bijan untuk aroma yang wangi.
  9. Pastikan untuk masak sebentar sahaja agar mee tidak kembang.

Sumber: NorSilah Abdullah dari Masak Apa Hari NI

 

Akhir kata

Diharapkan agar perkongsian resepi mi hailam ini akan memberikan lebih variasi dalam masakan anda.

Boleh dapatkan resipi mi yang lain seperti resepi mee kari.


Lagi Resepi Simple, Mudah, Ringkas dan Sedap ↓

Leave a Comment