3 Resepi Mee Goreng (Simple, Main Campak-Campak Pun Sedap)

Selain bihun goreng, antara makanan yang tidak terlalu berat ialah mi goreng. Kami kongsikan beberapa resepi mee goreng yang boleh dimasak untuk seisi keluarga.

1. Resepi Mee Goreng Mamak

Bahan-bahan

  • Mee kuning 450g
  • Lada kering
  • Bawang Merah
  • Bawang putih (blend)
  • Sayur Sawi/Taugeh
  • Fish cake/Fish ball
  • Sotong/Udang
  • Dua biji telur
  • Kicap
  • Seafood sos adabi
  • Sos Cili
  • Perencah Maggi Kari
  • Garam

Cara masak Mee Goreng Mamak

  1. Kisarkan lada kering, bawang merah dan bawang putih.
  2. Tumis bahan kisaran tersebut hingga garing
  3. Masukkan seafood sos adabi,sos cili,kicap,perencah maggi kari dan sedikit air.
  4. Masukkan sotong ataupun udang dan fishcake atau fishball, megikut citarasa anda.
  5. Masukkan sayur dan telur lalu kacau sebati dan perasakan dengan garam.
  6. Akhir sekali, masukkan mee kuning yang sudah dibasuh dan gaul sebati sehingga masak.

Sumber: Norhamidah Abdul Hamid dari Masak Apa Hari Ni

 

2. Resepi Mee Goreng Campak-Campak

Bahan-bahan

  • Satu bungkus Mee kuning
  • Satu mangkuk kecil cili kisar (1/2 cwn)
  • Dua biji telur
  • Cili sos Cap Mudim
  • Sos karamel
  • Kicap manis
  • Sos tiram
  • Bawang putih dan merah
  • Cili padi yang telah diketuk
  • Sedikit garam
  • Tauhu goreng
  • Ayam
  • udang (atau apa sahaja jenis seafood mengikut kesukaan anda)
  • Tomato
  • Sayur kubis
  • Taugeh
  • Sayur sawi

Cara buat Mee Goreng Campak-Campak

  1. Celurkan mee kuning dalam air panas.
  2. Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih yang telah ditumbuk sehingga kekuningan.
  3. Seterusnya, masukkan cili kisar dan tumis sampai pecah minyak.
  4. Setelah itu, masukkan ayam dan udang lalu tuangkan kicap, sos cili, sos tiram, sos karamel dan kacau secukupnya.
  5. Seterusnya, tambahlan sedikit air dan masukkan secubit garam.
  6. Masukkan mee kuning dan tambah semua sayur yang telah disediakan.
  7. Pecahkan 2 biji telur dan gaul semuanya sehingga masak.

Tips: Boleh tambahkan kicap untuk perasa

Sumber: Norhamidah Abdul Hamid dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resepi Mee Lidi Goreng

Bahan-bahan

  • Satu paket mee lidi
  • Bwang besar yang dihiris
  • bawang putih yang telah diketuk
  • Ayam/udang/sotong/isi ikan
  • Sayur mayur
  • cili kering yang telah dikisar
  • kicap pekat
  • sos tiram
  • sos cili
  • garam
  • gula

Cara buat Mee Lidi Goreng

  1. Rebuskan mee lidi tersebut sehingga lembut tetapi tidak terlalu lembik.
  2. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.
  3. Masukkan cili kisar dan tumis sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan udang kering sebagai penyedap bagi resipi ini.
  5. Masukkan ayam dan kacau sehingga setengah masak.
  6. Kemudian. masukkan sos tiram,sos cili,kicap pekat dan kacau sebati
  7. Masukkan perasa dengan garam dan gula.
  8. Setelah itu, masukkan mi lidi dan kacau sehingga sebati.
  9. Selepas itu, masukkan sayur dan kacau sehingga masak.

Sumber: Norhamidah Abdul Hamid dari Masak Apa Hari Ni

 

Akhir kata

Diharapkan agar perkongsian resepi mee goreng ini menepati citarasa anda.

Selamat mencuba.


Lagi Resepi Simple, Mudah, Ringkas dan Sedap ↓

Leave a Comment