3 Resepi Mee Goreng Mamak (Rasa Seperti Makan Di Kedai Mamak)

Mee goreng mamak mempunyai peminat yang tersendiri. Apa yang membezakan mee goreng mamak dengan mee goreng biasa adalah mee goreng mamak mempunyai lebih banyak sajian sampingan yang terdiri daripada kuih rojak dan telur yang dipecahkan. Jom kami kongsikan beberapa resepi mee goreng mamak untuk anda.

1. Resepi Mee Goreng Mamak

Bahan-bahan

  • Mee goreng (untuk paket 1/2kg)
  • Bahan kisar
  • Cili kering
  • 1 biji bwg bsr
  • 3-4 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar udang kering (pilihan, tak letak pun tidak mengapa)

Bahan A

  • 2 sudu besar  sos tiram
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 3 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar kicap pekat manis
  • Kicap cair manis (letak ikut pada kehitaman mee yang kita nak)
  • Garam
  • 1 sudu besargula (jika pedas boleh letak untuk seimbangkan rasa pedas, jika masak tidak pedas tidak perlu letak)
  • Isi ayam
  • Fish cake

Bahan B

  • 4 – 5 biji telur (jika masak mee 1kg guna 9-10 biji telur, kalau kurang nanti tidak bersalut, kalau guna telur gred A, boleh kurangkan sebiji)
  • Mee
  • Sawi
  • Tauge
  • Hirisan cili merah (guna cili api merah dan belah  tgh)

 

Cara masak mee goreng mamak

  1. Tumis bahan kisar smpi pecah minyak.
  2. Masukkan bahan B satu persatu, masak  sampi bahan sebati dan cukup rasa, baru masukkan telur.
  3. Kocak-kocak sekejap terus masukkan mee.
  4. Gaul sampi bersalut dengan bahan-bahan, dan terakhir baru masukkan sayur.

Sumber: Ziera Xiera dari Masak Apa Hari Ni

 

2. Resepi Mee Goreng Mamak Sedap

Bahan-bahan

  • 1 bungkus mee kuning
  • 1 biji bawang besar (hiris)
  • 4 ulas bawang putih (cincang)
  • 1/2 mangkuk isi ayam
  • 2 sudu besar cili boh
  • 5 tauhu kering
  • 1/2 biji lobak
  • 1/2 mangkuk sayur
  • 5 biji cherry tomato
  • 1 biji telur
  • Garam secukup rasa
  • 3 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tiram

 

Cara buat mee goreng mamak

  1. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga wangi.
  2. Masukkan cili boh dan masak sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan isi ayam, tauhu dan lobak kacau sehingga masak.
  4.  Masukkan semua bahan sos, garam dan sedikit air
  5.  Masukkan mee, sayur dan telur kacau sebati.

Sumber: Hurun’Iin Malik dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resepi Mee Goreng Mamak

Bahan-bahan

  • Mee kuning satu bungkusan
Bahan A
  • Telur 5biji
  • Bawang merah 1 labu dihiris mayang
Bahan B
  • Bahan-bahan kisar
  • Bawang merah sebiji
  • Bawang putih 6ulas
  • Belacan
  • Cili kering
Bahan C
  • Isi ayam
  • Fish cake
  • Cucur mamak
  • Tepung gandum 2 cawan, tepung beras 1 cawan, tepung jagung ¼ cawan, yis ¼, gula 2 sudu besar, garam dan air
  • Perap setengah jam selepas itu  goreng dengan minyak panas
Bahan D
  • Kicap pekat 3 sudu besar
  • Kicap ABC 2 sudu besar
  • Sos tiram 1 sudu besar
  • Sos tomato 1 sudu besae
  • Sos cili 1 sudu besar
  • Pati ayam/perasa atau garam

 

Cara buat mee goreng mamak

  1.  Panaskan minyak pecahkan telur,bila telur dah goreng asingkan.
  2.  Letak minyk 2 sudu besar, masukkan bawang merah. Bila bawang merah dah naik bau,masukkan bahan B.
  3.  Tunggu sampai pecah minyak baru masukkan bahan C.
  4. Apabila bahan C dah masak masukkan pula bahan D.
  5. Tunggu sampai pecah minyak. Bila dah pecah minyak masukan setengah cawan air, biarkan mendidih.
  6. Selepas itu  masukkan mee kuning, masukan telur, cucur mamak, sawi atau kubis.
  7. Terakhir masukkan taugeh dan cili merah.
  8. Siap.

Sumber: Rani Genga dari Masak Apa Hari Ni

 

Akhir kata

Mee goreng mamak memang sedap apabila dimakan panas-panas boleh membuka selera betul.

Untuk resipi mee yang lain-lain, jemput baca resepi mee goreng basah dan juga mee goreng simple.

Selamat mencuba.


Lagi Resepi Simple, Mudah, Ringkas dan Sedap ↓

Leave a Comment