3 Resepi Lontong (Sedap & Mudah Dibuat, Sesuai Makan Sarapan Pagi)

Di pagi raya, lontong biasanya sinonim dalam kalangan kaum Melayu sebagai juadah istimewa. Ada juga restoran-restoran menjadikan lontong sebagai sarapan di hari biasa untuk penggemar lontong. Kami sediakan tiga resepi lontong yang boleh anda cuba nanti.

1. Resepi Lontong Sedap

Bahan-bahan lontong

Bahan A

  • Bawang merah 7 ulas
  • Serai 2 batang
  • Lengkuas 2 hiris nipis
  • Halia 2 hiris nipis
  • Udang kering 2 sb
  • Ikan bilis segenggam
  • Buah keras 1 biji
  • Kunyit hidup sebesar ibu jari
    (Blend semua bahan diatas)

Bahan B

  • udang segar
  • kobis
  • kacang panjang
  • lobak merah
  • kentang
  • suhun & fucuk
  • bahan perasa
  • santan kotak

Bahan lain

  • Nasi impit
  • Telor rebus

Cara buat lontong 

  1. Blend hancur bahan A. Satukan dalam periuk bersama santan & air
  2. Didihkan dan masuk sayuran yang keras dahulu seperti kentang & lobak merah
  3. Perasakan dan masukkan baki sayuran yg lain & udang (agak lembut sayur boleh tutup api)

 

Sambal bilis

Bahan-bahan sambal bilis

  • bawang besar 3 biji
  • bawang besar 1 biji (dimayang)
  • cili kering siap blend 3 senduk nasi
  • daun pandan
  • ikan bilis 2 genggam
  • air asam jawa sedikit
  • garam gula

Cara-cara buat sambal bilis

  1. Panaskan minyak, tumis bawang yang dah siap blend dan mayang bersama daun pandan
  2. Selepas warna agak kekuningan masuk cili blend, gula dan air asam
  3. Tumis sampai bertukar warna. Masukkan ikan bilis dan perasakan garam gula dan siap!

Sumber: Naa O Man dari Masak Apa Hari Ni

 

2. Resepi Kuah Lontong

Bahan-bahan lontong

  • 1/4 biji kubis
  • 1 batang lobak merah – potong panjang
  • 9 batang kacang panjang
  • 1 ikat soo hoon
  • 1 keping fucuk – potong panjang
  • 1 keping tempe – potong dadu dan goreng dahulu
  • 2 batang serai – ketuk
  • 1 cawan udang hidup
  • 1/2 biji kelapa parut
  • Garam gula secukup rasa
  • Serbuk kunyit

Bahan kisar

  • 8 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 inci halia
  • 2 sudu besar udang kering

Cara-cara buat lontong 

  1. Masukkan bahan kisar dan serai bersama separuh periuk air sehingga mendidih supaya bahan kisar masak sepenuhnya
  2. Masukkan udang dan sayur-sayur yang keras
  3. Masukkan santan separuh periuk. Kacau sampai mendidih
  4. Masukkan kunyit sampai warna nampk cantik, semua sayur, soo hoon dan tempe yg digoreng. Kacau menggunakan api perlahan
  5. Masukkan gula dan garam secukup rasa

Sumber: Arani Zawawi dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resepi Lontong

Bahan-bahan lontong

  • halia
  • kunyit
  • lengkuas
  • bawang besar
  • serai
  • udang kering
  • buah keras
    (diblender semua)
  • sayur keras: sengkuang, lobak merah, jagung, tempe
  • sayur lembut: kacang panjang, cili besar, kobis, terung, tauhu
  • fuchuk dan suhun direndam

Cara buat lontong

  1. Panaskn air higga mendidih baru masukkan bahan diblender
  2. Masak lagi hingga mendidih, masuk sayur keras supaya jadi lembut sikit
  3. Masuk sayur lembut, fucuk dan suuhun
  4. Masak seketika agak-agak sudah lembut sayur, perasakan masin
  5. Masukkan sekeping 2 asam keping dan santan
  6. Masukkan perasa dan tutup api

Tips:

  • untuk elak kuah lambat basi, guna santan kotak

Sumber: Nor Hazwani dari Masak Apa Hari Ni

 

Akhir kata

Mudah sahaja kan resepi lontong ni. Paling ngam kalau makan bersama sambal tumis dan nasi impit. Mmm memang lemak-lemak padu! Tak perlu tunggu raya, masak sendiri pun boleh. Selamat mencuba!

Nak tambah lauk udang goreng kunyit? Boleh rujuk resepi udang goreng kunyit pula.


Lagi Resepi Simple, Mudah, Ringkas dan Sedap ↓

Leave a Comment