3 Resepi Laksa Utara (Dengan Cara Buat Kuah Pekat dan Lazat)

Anda geng laksa utara atau laksa Johor? Kedua-dua laksa ini mempunyai rasa dan resepi yang berbeza namun yang pasti dua-dua sedap! Di sini kami kongsikan beberapa resepi laksa utara untuk anda.

Jom kita tengok.

1. Resepi Laksa Utara

Bahan-bahan

  • 2kg ikan sardin segar (rebus dan diambil isi)
  • 2 biji bawang besar
  • 2 ibu jari belacan
  • 1 senduk cili kering kisar
  • 8 biji cili padi (kalau nak pedas boleh tambah lagi, kalau taknak pedas tak perlu letak)
  • Asam keping (ikut citarasa)
  • 2 bunga kantan (dibelah 4)
  • 1 ikat daun kesum
  • Garam
  • Gula

Cara buat laksa

  1. Kisar isi ikan dengan air rebusan. Masukkan ke dalam periuk.
  2. Kisar pula tulang ikan dan tapis masuk ke dalam periuk.
  3. Kisar cili kering, bawang besar, cili padi dan belacan. Masukkan ke dalam periuk dan masak dengan api perlahan.
  4. Biarkan mereneh, masukkan garam dan gula. Adjust ikut citarasa anda.

Sumber: Mida Asmida dari Masak Apa Hari Ni

 

2. Resepi Laksa Utara Dua Jenis Ikan

Bahan-bahan

  • 6-7 ekor ikan kembung
  • 3-4 ekor ikan sardin
  • Bunga kantan
  • 5-6 asam keping
  • Daun kesom
  • 15 biji cili kering
  • 3 biji bawang besar

Bahan sampingan

  • Timun
  • Telur rebus
  • Bawang
  • Salad
  • Cili potong

Cara buat laksa

  1. Kisar cili kering dengan bawang besar.
  2. Masak bahan kisar sehingga cili masak.
  3. Di dalam periuk lain, rebuskan ikan dan letakkan 2 sudu kecil garam bersama asam keping. Rebus sehingga masak.
  4. Tapis ikan tadi. Ambil air rebusan ikan dan masukkan ke dalam periuk cili kisar tadi.
  5. Asingkan isi ikan dan tulang. Ramas isi ikan dan masukkan ke dalam periuk.
  6. Kisar tulang ikan dan tapis, masukkan ke dalam periuk.
  7. Tambah garam, serbuk perasa, daun kesum dan bunga kantan.

Sumber: Maziah A Wahab dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resepi Laksa Utara Bujang

Bahan-bahan

  • Ikan pelaling / termenung
  • Cili kering
  • Bawang besar
  • Belacan
  • Bunga kantan
  • Daun kesum
  • Asam keping
  • Garam dan gula

Cara buat laksa

  1. Rebus ikan, asingkan isi ikan dan tulang yang sudah direbus. Kisar tulang bersama air rebusan dan tapis.
  2. Kisar cili kering, bawang besar dan belacan.
  3. Satukan semua bahan ke dalam periuk. Renehkan bersama bunga kantan, daun kesum dan asam keping.
  4. Reneh dalam 20-30 minit dan perasakan dengan garam dan gula.
  5. Hiris halus daun selom, timun dan bawang sebagai ulam.
  6. Boleh hidangkan laksa bersama perahan limau, telur dan cili api.

Nota: kuah akan lagi sedap jika masak lagi lama.

Sumber: Muhammad Azhari dari Masak Apa Hari Ni

 

Akhir kata

Sekian perkongsian resepi laksa utara dari kami. Tak kisah laksa utara atau laksa Johor, yang penting enak dimakan.

Jom lihat resepi lain juga yang sangat mudah dan senang dicuba.


Lagi Resepi Simple, Mudah, Ringkas dan Sedap ↓

Leave a Comment