3 Resepi Kuey Teow Hong Kong (Kuah Pekat, Mudah Nak Buat)

Kuey teow hong kong atau juga dikenali sebagai kuey teow kungfu ini berbeza dengan kuew teow goreng. Ini kerana mee kue tiaw tersebut akan digoreng bersama telur dan akan menjadi lebih rangup ketika makan. Kali ini kami ingin kongsikan resepi kuey teow hong kong untuk anda.

Jom baca sampai habis!

1. Resepi Kuey Teow Kungfu

Bahan-bahan

Bahan kuah 
  • Minyak untuk menumis
  • 7 ulas bawang putih
  • 3 sudu sos tiram
  • 1 kiub ayam (optional)
  • 5 cawan air
  • 2 sudu besar tepung jagung dan sedikit air
  • Udang/ayam/daging/sotong
  • Kobi, sawi, lobak
Bahan kuey tiaw
  • 1 paket kuey tiaw ( bahagi 6)
  • 6 biji telur

 

Cara buat kuey teow kungfu

  1. Bawang putih ditumbuk hancur.
  2. Tumis bawang putih hingga sedikit perang
  3. Masukkan sos tiram.
  4. Masukkan kiub ayam (optional).
  5. Masukkan air. Dah sedikit mendidih, masukkan kobis dan lobak.
  6. Bile dah menggelegak. Masukkan bancuhan air tepung.
  7. Masukkan udang, sawi dan cili masak.
  8. Masukkan sedikit garam.
  9. Kuey tiaw yg dah di bahagi ke 6 bahagian. 1 bahagian, 1 telur. Gaulkan sebati.
  10. Siap.

Sumber: Noratiqah Nordin dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Kuey Teow Hong Kong Simple

Bahan-bahan

  • Sos tiram
  • Lada sulah
  • Tepung jagung
  • Fish ball
  • Sawi
  • Limau
  • Ayam
  • Brokoli
  • Bawang putih
  • Lobak merah
  • Cili
  • Baby corn

Bahan untuk kuey teow

  • 1 bungkus Kue tiaw
  • 4 biji telor
  • Sedikit tepung jagung
  • Secubit garam

 

Cara buat kuey teow hong kong simple

Cara masak kuey teow

  1. Basuh kue tiaw dan toskan.
  2. Dalam bekas lain pecahkan telur+ tepung jagung+garam (gaul sebati).
  3. Dalam mangkuk kecik, ambil  sedikit kue tiaw dan masukkan satu senduk kecik bancuhan telur.
  4. Sapu minyak dalam kuali kemudian goreng sehingga garing.

Cara penyediaan kuah

  1. Panaskan minyak kemudian tumis bawang putih dan cili padi yang di ketuk.
  2. Bahan tumis dah layu boleh masukkan ayam atau udang atau sotong.
  3. Kemudian masukkan air (kalau nak kuah yang banyak, boleh lebihkan air).
  4. Masukkan fishball goreng.
  5. Perasakan dengan garam, serbuk lada sulah, serbuk lada hitam, kiub ayam dan sos tiram.
  6. Pecahkan telur dan masukkan sayuran.
  7.  Bancuhkan tepung jagung dengan air dan masukkan ke dalam kuah yang mendidih hingga pekat. Kemudian perah sedikit asam limau.
  8. Siap.

Sumber: Rohayu Dollah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Kuey Teow Hong Kong

Bahan-bahan

  • 1 bungkus kuey teow
  • 4 biji telur
  • 1 sudu  tepung jagung
  • Udang dan sotong
  • Sayur (carrot, bunga kobis, sawi)
  • Fishball (optional)
  • 1 Kiub pati ayam
  • 3-4 ulas bawang putih
  • Sos tiram
  • Sos golden mountain
  • Sos ikan
  • 2 biji telur
  • Serbuk lada sulah
  • Ajinomoto
  • Tepung jagung
  • Minyak bijan (optional)

 

Cara masak kuey teow hong kong

Cara buat mee kuey teow

  1. Pukul telur bersama tepung jagung dan gaulkan bersama kuey teow.
  2. Gorengkan mcm kita goreng telur dadar. Kalau nak rangup rasa dia, minyak letak banyak sikit selepas itu toskan atas penapis.

Cara buat kuah kuey teow

  1. Ketuk bawang putih dan tumis hingga keperangan.
  2. Masukkan udang dan sotong.
  3. Masukkan air secukupnya. Setelah mendidih masukkan kiub pati ayam, sos tiram, sos golden mountain, sos ikan, serbuk lada sulah dan ajinomoto.
  4. Kemudian masukkan sayuran.
  5. Pecahkan telur dan terus kacau untuk dptkan tekstur yang cantik.
  6. Selepas kacau, masukkan tepung jagung yangg dah dibancuh dengan sedikit air, teruskan kacausehingga kuah bertambah pekat.
  7. Akhir sekali renjiskan sedikit minyak bijan.

Sumber: Norazura Basir dari Masak Apa Tak Jadi Hari Ni (MATJHN)

 

Akhir kata

Cukup mudah kan resepi kuey tewo hong kong ini, dah baca jangan lupa cuba dirumah ya.

Jom baca pula resepi char kuey teow yang cukup simple ini.

Selamat mencuba!


Lagi Resepi Simple, Mudah, Ringkas dan Sedap ↓

Leave a Comment