4 Resepi Kuah Kacang (Semuanya Sedap, Nak Buat Pun Mudah)

Kuah kacang merupakan hidangan wajib untuk dimakan bersama nasi impit semasa Raya. Jika bukan musim Raya, kuah kacang juga kebiasaannya dimakan bersama sate. Resepi kuah kacang ini mempunyai beberapa jenis resepi, jadi kami kongsikan untuk anda dan anda boleh pilih mengikut citarasa anda.

1. Resepi Kuah Kacang

Bahan-bahan

  • 500g kacang tanah
  • 10 ulas bawang merah kecil*
  • 4 ulas bawang putih*
  • 1 inci kunyit hidup*
  • 1 inci halia (diketuk)
  • 4 batang serai (diketuk)
  • 2 keping asam keping
  • 3 cawan santan
  • 3 senduk cili kisar
  • Minyak masak
  • 2 inci gula melaka
  • 2 sudu gula pasir
  • 1 cawan air
  • Sedikit garam

Cara buat Kuah Kacang

  1. Goreng kacang tanah tanpa minyak sehingga garing. Bila dah garing, angkat dan buang kulit.
  2. Kisar atau tumbuk sehingga mendapat tekstur yang diingini.
  3. Kisar bahan bertanda *.
  4. Panaskan kuali dan tumis bahan kisar, cili kisar, halia dan serai. Masak sehingga garing dan masukkan air dan asam keping.
  5. Tunggu kuah mendidih, masukkan santan dan diikuti kacang yang sudah dikisar.
  6. Masukkan gula melaka, gula putih dan garam.
  7. Biarkan mendidih dan kacau sekali sekala. Boleh ubah kepekatan mengikut rasa.
  8. Masak sehingga pecah minyak dan sedia untuk dihidang.

Sumber: Marlina Murat dari Masak Apa Hari Ni

 

2. Resepi Kuah Kacang Empat Bahan

Bahan-bahan

  • 3-5 biji bawang besar
  • 15-30 tangkai cili kering (rebus & blend halus)
  • Kacang tanah
  • 1 ketul besar gula melaka (potong kecil)

Cara buat Kuah Kacang Empat Bahan

  1. Mayang bawang besar.
  2. Sangai kacang tanah sehingga masak. /kisar kasar kacang 1 cawan bersama air. Selebihnya kisar seperti biasa.
  3. Panaskan minyak masak (nak sedap lagi guna minyak Mazola)
  4. Masukkan bawang besar dan masak sehingga layu.
  5. Masukkan cili kisar dan tumis sehingga pecah minyak.
  6. Masukkan kacang yang sudah dikisar.
  7. Isikan air ke dalam blender tadi sehingga penuh dan masukkan pula ke dalam periuk.
  8. Biarkan kuah mendidih, dan masukkan gula melaka yang sudah dipotong kecil.
  9. Boleh letak asam keping jika ingin kuah masam sedikit. Perasakan dengan garam.
  10. Adjust kuah mengikut citarasa dan biarkan masak.

Sumber: Nuriza Yusiza dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resepi Kuah Kacang Ayam Berlemak

Bahan-bahan

  • 1kg kacang tanah
  • 4 senduk cili boh
  • 20 biji bawang merah
  • 7 biji bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 1/4 inci lengkuas
  • Asam keping
  • 3 batang serai
  • 4 keping gula melaka
  • Garam

Bahan perapan ayam (ditumbuk)

  • 1sk ketumbar
  • 1sk jintan putih
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 batang serai

Cara buat Kuah Kacang Ayam Berlemak

  1. Tumbuk bahan perapan ayam dan gaul bersama ayam. Masukkan garam sedikit. Perap selama setengah jam.
  2. Goreng ayam separuh masak dengan minyak sedikit sahaja. Angkat dan ketepikan.
  3. Untuk kuah kacang, sangai kacang dan tumbuk mengikut citarasa.
  4. Kisar bawang, jintan, halia dan lengkuas. Tumis semua bahan kisar bersama cili boh.
  5. Masukkan serai dan tumis sehingga pecah minyak.
  6. Masukkan kacang, asam keping, nise dan garam.
  7. Tumis sehingga pecah minyak.
  8. Masukkan ayam yang sudah digoreng tadi dan.
  9. Adjust mengikut citarasa anda dan masak sehingga siap.

Sumber: Che’ Syazwani dari Masak Apa Hari Ni

 

4. Resepi Kuah Kacang Gula Anau

Bahan-bahan

  • 1kg kacang tanah (disangai/dibakar dalam oven)
  • 2 senduk cili kering
  • 4 biji bawang besar*
  • 10 ulas bawang putih*
  • 1 genggam udang kering*
  • 5 batang serai (dititik)
  • 5 batang serai*
  • 2 inci halia*
  • 2 inci lengkuas*
  • 2 ketul gula anau
  • 10 sudu gula pasir
  • 15 biji belimbing buluh (ditumbuk manja)
  • Air asam
  • Garam kasar

Cara buat Kuah Kacang Gula Anau

  1. Kisar bahan bertanda *.
  2. Panaskan minyak dan tumis serai yang sudah dititik.
  3. Masukkan cili kisar dan tumis hingga garing. Masukkan bahan kisar dan tumis lagi sehingga garing.
  4. Masukkan air dalam 2 jag.
  5. Masukkan kacang, diikuti dengan gula, gula anau dan belimbing buluh.
  6. Masak sehingga kuah pekat. Perasakan mengikut citarasa anda. Pastikan kuah selalu dikacau.
  7. Masak sehinggap pecah minyak.

Sumber: Siti Syuhaida Ramli dari Masak Apa Hari Ni

 

Akhir kata

Sekian perkongsian resepi kuah kacang dari kami. Selepas ini, boleh anda cuba sendiri resepi ini!

Jika anda suka makan wajik durian, jom cuba resepi wajik durian yang kami kongsikan.


Lagi Resepi Simple, Mudah, Ringkas dan Sedap ↓

Leave a Comment