4 Resepi Kerabu Mangga (Sangat Senang Dibuat, Ratah Pun Sedap)

Kerabu mangga, antara juadah terkenal dari negara Thailand. Kalau nak dapat kerabu mangga yang sedap, boleh ke negeri Kelantan juga kerana rasanya seakan sama. Tetapi kalau tidak boleh ke sana, jom kita buat sendiri. Kami kongsikan resepi kerabu mangga untuk anda cuba sendiri.

Senang sahaja resepi ini.

1. Resepi Kerabu Mangga Pedas

Bahan-bahan

  • 1 biji mangga muda* (disagat @ dihiris nipis)
  • 1 batang serai*
  • Bunga kantan*
  • 1 biji bawang besar*
  • 5 biji cili padi*
  • Ikan bilis (digoreng dan ditumbuk kasar)
  • Kacang tanah (digoreng dan ditumbuk kasar)
  • Garam & gula
  • Sos ikan
  • Air perahan limau/oren sunquick (jika mangga sudah masam tidak perlu letak)

Cara buat Kerabu Mangga Pedas

  1. Hiris nipis bahan bertanda *.
  2. Masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk.
  3. Perasakan dengan garam dan gula. Masukkan sos ikan dan air perahan limau.
  4. Gaul hingga sebati.

Sumber: Ana Mariana Ismail dari Masak Apa Hari Ni

 

2. Resepi Kerabu Mangga Dengan Rebung

Bahan-bahan

  • Rebung
  • Mangga muda
  • Santan pekat
  • Daun kesum*
  • Cili*
  • Bawang*
  • Kerisik
  • Ikan panggang tawar
  • Sedikit garam
  • 1 botol budu
  • Asam limau

Cara buat Kerabu Mangga Dengan Rebung

  1. Cincang halus rebung. Celur dan toskan.
  2. Cincang halus mangga, rendam di dalam air garam dan toskan.
  3. Potong halus bahan bertanda *.
  4. Masukkan kesemua bahan dan gaul hingga sebati. Sedia untuk dihidang.

Sumber: Azira Mamat dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resepi Kerabu Mangga Budu

Bahan-bahan

  • 12 biji mangga epal muda (sedang-sedang masak)
  • 5 batang bunga kantan
  • 5 biji bawang besar
  • 20 batang cili padi merah dan hijau
  • 12 biji limau kasturi
  • Budu
  • 2 senduk gula

Cara buat Kerabu Mangga Budu

  1. Sagat mangga halus-halus. Potong bawang melintang bagi panjang.
  2. Gunting atau potong nipis bunga kantan dan cili padi.
  3. Masukkan air limau yang diperah dan dibuang bijinya. Gunting halus kulit limau dan masukkan sekali.
  4. Goncangkan botol budu dan masukkan semua terus.
  5. Gaul kesemua bahan sehingga sebati. Boleh adjust mengikut citarasa anda.

Sumber: Aqida Hassan dari Masak Apa Hari Ni

 

4. Resepi Kerabu Mangga Ala Thai

Bahan-bahan

  • Mangga
  • Udang kering
  • Kacang goreng
  • Bawang merah
  • Serai
  • Cili padi
  • Air limau nipis
  • Daun kesum
  • Bunga kantan
  • Sos sotong @ ikan
  • Garam dan gula

Cara buat Kerabu Mangga Ala Thai

  1. Racik halus mangga. Sangai dan kisar kasar udang kering.
  2. Tumbuk kacang dan hiris bawang merah, serai, cili padi, daun kesum dan bunga kantan.
  3. Campurkan semua bahan dan gaul sebati.
  4. Sesuaikan mengikut citarasa sendiri. Siap.

Sumber: Asma Nordin dari Masak Apa Hari Ni

 

Akhir kata

Mudah sahaja kan resepi kerabu mangga ini? Hanya gaul sahaja dan siap. Kerabu mangga enak dimakan bersama nasi panas, atau makan begitu sahaja pun sedap.

Jemput baca resepi jeruk mangga jika ada lebihan mangga di rumah anda.


Lagi Resepi Simple, Mudah, Ringkas dan Sedap ↓

Leave a Comment