3 Resepi Kek Pisang (Hasil Yang Lembap, Moist dan Sedap)

Antara hidangan waktu petang yang enak dimakan ialah kek pisang. Hidangan ini sangat sedap digandingkan bersama teh o panas atau kopi panas. Kanak-kanak juga gemarkan kek pisang. Kami kongsikan 3 resepi kek pisang untuk anda yang pasti akan memikat selera sesiapa pun.

Selamat mencuba!

1. Resepi Kek Pisang Moist dan Tak Muak

Bahan-bahan

Bahan A:

  • 1 cawan minyak jagung
  • 4 biji telur gred A @ 5 biji gred B
  • 3/4 cawan gula perang
  • 1/2 tsp garam halus
  • 1 tsp jus lemon
  • 1 cawan pisang berangan / pisang raja

Bahan B:

  • 1 1/2 cawan tepung naik sendiri @ tepung gandum
  • 1 tsp serbuk penaik
  • 1/2 tsp soda bikarbonat

 

Cara buat kek pisang

  1. Masukkan semua bahan kecuali pisang ke dalam blender, blend sehingga gebu dan sebati.
  2. Kemudian, masukkan pisang dan blend 3 saat sahaja tak perlu lama.
  3. Sediakan 1 bekas besar, masukkan tepung naik sendiri atau tepung gandum. Jika pakai tepung gandum, kena campur dengan serbuk penaik dan baking soda.
  4. Tuang bahan yang sudah dikisar ke dalam bekas mengandungi tepung, kacau sebati. Kemudian boleh masukkan ke dalam acuan yang telah disapukan dengan marjerin.
  5. Tabur coklat coin, hirisan badam atau choc chip.
  6. Sebelum tu panaskan oven lebih awal, supaya lepas siap adunan boleh terus bakar. Bakar pada suhu 180 celcius, selama 50-60 minit (bergantung pada oven).

Sumber: Suhasnida Ismail dari Masak Apa Hari Ni

 

2. Resepi Kek Pisang Sangat Mudah

Bahan-bahan

  • 2 cawan tepung gandum (diayak)
  • 1 sdk baking powder (diayak)
  • 1 sdk soda bikarbonat (diayak)
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan gula perang
  • 1 sdk esen vanila
  • 3 biji telur gred A
  • 4 biji pisang berangan (dilenyek)

Cara buat kek pisang

  1. Kisar minyak masak, gula perang, esen vanila dan telur.
  2. Masukkan bahan kisar tadi bersama tepung gandum, baking powder dan soda bikarbonat.
  3. Kaup bahan kisar dan tepung bersama pisang sehingga sebati.
  4. Masukkan adunan ke dalam loyang dan hias dengan topping kegemaran.
  5. Bakar dengan suhu 180 selama 1 jam.
  6. Jika mahu kukus boleh kukus selama 45 minit.
  7. Sesudah masak, keluarkan kek dari loyang dan sapu marjerin pada permukaan kek sewaktu panas. Siap.

Sumber: Fauziah Ardell Daniyal dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resepi Kek Pisang Moist

Bahan-bahan

  • 3 biji pisang berangan @ 1 cawan pisang yang sudah dilenyek @ 7-8 biji pisang mas
  • 3/4 cawan gula kastor
  • 4 biji telur gred A
  • 1 cawan minyak jagung / minyak masak
  • 1 sdb perahan lemon/ limau kasturi / limau nipis
  • Secubit garam
  • 1 1/2 cawan tepung (diayak)
  • 1 sdt baking soda (diayak)
  • 1 sdt baking powder (diayak)
  • Hirisan nipis pisang (hiasan)

Cara buat kek pisang

  1. Satukan minyak, telur, gula dan garam. Kisar selama 5-6 minit. Masukkan pisang dan kisar sebentar dalam beberapa saat.
  2. Masukkan bahan kisar bersama bahan ayak dan kacau sebati.
  3. Panaskan oven selama 10 minit dengan suhu 170 api atas bawah.
  4. Leser mentega pada loyang, lapikkan dengan baking paper dan tuang adunan ke dalam loyang. Letakkan hirisan pisang dan bakar selama 50 minit.
  5. Jika mahu kukus, kukuskan selama 1 jam.

Sumber: Mariana Zainal dari Masak Apa Hari Ni

 

Akhir kata

Selepas perkongsian kami ini, diharap anda akan menjadi pakar pembuat kek pisang.

Selain daripada kek pisang, kami juga ada kongsikan resepi kek marble dan resepi kek batik yang mudah untuk anda.


Lagi Resepi Simple, Mudah, Ringkas dan Sedap ↓

Leave a Comment