3 Resepi Kek Coklat Moist (Confirm Lembut, Mudah Dibuat)

Kek Coklat Moist sering menjadi pilihan untuk pencuci mulut/kek dek resepinya yang serba ringkas tetapi rasa premium. Kami teruja untuk berkongsi resepi kek popular ni dengan anda. Guna blender pun jadi tau!

1. Resepi Kek Coklat Moist Kukus

Bahan-bahan

  • *1 setengah cawan tepung gandum
  • *1 sk baking powder
  • * 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • *1/2 cawan serbuk koko
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan susu cair
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 7 sudu besar gula
  • 1 sk garam
  • 1 sb ovalette
  • 2 biji telur gred A

Cara buat Kek Coklat Moist Kukus

1. Ayak semua bahan-bahan yang bertanda * dan ketepikan
2. Blender bahan lain sampai sebati dan tuang dalam bekas yang diayak tadi
3. Kacau dengan handwisk sampai sebati. Masukkan sedikit coklat emulco untuk pekatkan warna adunan
4. Masukkan adunan ke dalam loyang yang dah disapu sedikit marjerin
5. Kukus kek selama 1 jam api sederhana. Pastikan panaskan dulu pengukus tu sebelum masukkan kek & balut penutup periuk dengan kain untuk elakkan air wap menitik atas kek

 

Bahan-bahan topping

  • susu cair
  • susu pekat
  • coklat masakan (dark coin Beryls)
  • sedikit shortening

 

Cara buat topping (guna kaedah double boil)

  1. Panaskan susu cair dan susu pekat
  2. Masukkan coklat masakan
  3. Apabila coklat sudah larut bersama susu, masukkan sedikit shortening

 

Cara topping atas kek

  1. Biar kek & topping agak suam baru tuang topping atas kek (guna separuh dulu dari topping)
  2. Masukkan kek dalam peti ais dalam 30 minit
  3. Keluarkan dan tuang lebihan topping tadi supaya nampak lebih shining

Tips: untuk bagi lagi moist kek, masukkan sedikit coklat rice ke dalam adunan sebelum kukus

Sumber: Ana Mariana Ismail dari Masak Apa Hari Ni

 

2. Resepi Kek Coklat Moist Blender

Bahan-bahan

*Bahan untuk di blend: (dalam masa kurang 5 minit)

  • 1 cawan susu cair/air biasa
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan minyak masak/minyak jagung
  • 3 biji telur
  • Secubit garam

*Sementara itu panaskan kukusan hingga mendidih

*Bahan untuk diayak:

  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil bikabonat soda
  • 1 sudu kecil baking powder

 

Cara buat Kek Coklat Moist Kukus Blender

  1. Satukan kesemua bahan di blend bersama bahan yang telah diayak
  2. Kacau rata kesemuanya dan rata tapis adunan untuk elakkan ketulan
  3. Masukkan dalam loyang yang disapu majerin supaya tak melekat
  4. Kukus lebih kurang 45 hingga 50 minit dan balut tudung pengukus untuk elak air jatuh atas kek

 

Bahan topping

  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1/2 cawan sebuk koko
  • 3 sudu susu cair/air biasa
  • 2 sudu butter/majerin/minyak

 

Cara buat topping

  1. Masak bahan-bahan dengan kaedah double boil sampi sebati dan agak pekat.
  2. Boleh siram atas kek selepas kek sejuk

Sumber: Ibu Rabbani dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resepi Kek Coklat Moist Sukatan Mug

Bahan-bahan

  • 1 mug minyak masak
  • 1 mug susu cair
  • 1 mug susu pekat
  • 1 mug serbuk koko
  • 1/2 mug gula pasir (diblend halus dulu)
  • 4 biji telor gred A/B
  • 1 1/2 sk baking powder
  • 1 1/2 sk soda bicarbonate
  • 1 sk esen vanila
  • 1 1/2 mug tepung gandum (diayak)

 

Cara buat Kek Coklat Moist Sukatan Mug

  1. Campur semua bahan ke dalam blender kecuali tepung dalam 5 minit
  2. Jika pakai mixer, mix sampai sebati dalam 3,4 minit
  3. Kemudian tuang dalam bekas, masukkan tepung sedikit demi sdikit sampai habis
  4. Kacau sebati. Sapu acuan atau loyang dengan butter atau minyak
  5. Tutup loyang dengan plastik wrapping untuk elakkan air masuk ke dalam kek
  6. Panaskan air dalam periuk kukus dan kukus selama 1 jam atau sampai masak

 

Bahan topping

  • 4 sb serbuk koko
  • 5 sb susu pekat
  • 3 sb minyak masak
  • 2 sb susu cair (jika pekat tambah lagi)

Cara buat topping

  1. Campur kesemua bahan dalam periuk
  2. Kacau dengan api perlahan hingga sebati
  3. Tuang terus atas kek

 

Tips:

  1. Cara cek kek sudah masak atau belum – cucuk dengn lidi. Kalau lidi bersih bererti sudah masak
  2. Masa tengah blender, boleh panaskn air kukusan kerana prosesnya sekejap sahaja

Sumber: Rashidah Kamaruddin dari Masak Apa Hari Ni

 

Akhir kata

Semudah ABC je kan kek coklat moist ni? Tak perlu beli di kedai dah, buat sendiri pun boleh. Selamat mencuba ya!


Lagi Resepi Simple, Mudah, Ringkas dan Sedap ↓

Leave a Comment