3 Resepi Kari Daging (Daging Yang Lembut dan Pasti Menyelerakan)

Kari daging boleh dimakan dengan pelbagai juadah seperti roti canai, roti jala, roti puri dan lain-lain. Masakan kari daging juga ada mempunyai pelbagai versi yang telah diolah. Izinkan kami berkongsi beberapa resepi kari daging untuk anda cuba.

1. Resepi Kari Daging Kesukaan Suami

Bahan-bahan

  • Daging potong kecil
  • Kerisik
  • Santan 1 kotak
  • 2 batang serai (di ketuk)
  • Serbuk Kari (jenama Babas)
  • Halia (di kisar)
  • Bawang besar 1 biji (di kisar)
  • 3 ulas bawang kecil(di kisar)
  • 3 ulas bawang putih(di kisar)
  • Rempah 3 sekawan (bunga lawang, bunga cengkih, kayu manis)
  • Sedikit air asam jawa
  • Perasa, garam dan sedikit gula
  • Kentang( ikut berapa byk nak ye)
  • Minyak
  • Daun kari

Cara buat Kari Daging Kesukaan Suami

  1. Tumiskan 3 sekawan, bahan kisar, serai yang di ketuk tadi, daun kari sehingga naik wangi dan garing.
  2. Bancuhkan serbuk kari dengan sedikit air jadikan sebagai pes kari.
  3. Tumis Pes Kari sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan daging dan kacau dan masuk pulak sedikit air.
  5. Bila daging empuk, masukkan santan, kerisik, garam, gula dan asam jawa sedikit.
  6. Biar mendidih sehingga daging empuk, sesekali kacau kuah.
  7. Masukkan kentang, bila kuah dah sedikit pekat, kentang pun lembut baru tutup api.
  8. Siap.

Sumber: Ida Akmal Idameor dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Kari Daging Kedah

Bahan-bahan

  • 1 Kilo Daging
  • 2 peket Rempah Kari Daging Babas
  • Santan
  • 3 sudu Kerisik.
  • 2 Tangkai Daun Kari.
  • Bawang Putih, Bawang Merah, sedikit Halia dimayang.
  • Sedikit Bunga lawang dan Kulit Kayu Manis
  • Kentang dan lobak jika suka.

Cara buat Kari Daging Kedah

  1. Daging dibasuh bersih dan digaul bersama rempah kari daging dan kerisik.
  2. Tumis bawang putih, bawang merah, halia, daun kari, kulit kayu manis dan bunga lawang.
  3. Apabila kekuningan masukkan daging yang digaul dengan rempah kari dan kerisik tadi.
  4. Tambah 2 cawan air.
  5. Masak daging tu sehingga kering dan pecah minyak.
  6. Apabila dah pecah minyak masukkan santan.
  7. Kalau suka pekat tambah sedikit air.
  8. Dah mendidih masukkan kentang.
  9. Kentang dah empuk masukkn cili hijau/cili merah.
  10. Ok dah boleh tutup api.

Sumber: Roskaryati Abu Bakar dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Kari Daging Simple Tanpa Santan

Bahan-bahan

  • Daging yang telah direbus
  • 1 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • Bunga lawang
  • Kayu manis
  • 4 sudu besar serbuk kari
  • Daun kari (jika ada)
  • Air secukupnya
  • Asam keping
  • Kangkung

Cara buat Kari Daging Simple Tanpa Santan

  1. Tumis bawang merah, bawang putih, bunga lawang, kayu manis hingga naik bau.
  2. Kemudian masukkan serbuk kari dan kacau sebati.
  3. Masukkan air, kacau hingga pecah minyak.
  4. Masukkan daging dan biarkan seketika.
  5. Masukkan asam keping, garam dan perasa secukupnya.
  6. Masukkan kangkung.

Sumber: Nik Mazihalaura dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

Akhir kata

Sekian perkongsian resepi kari daging untuk anda cuba dirumah.

Jom baca pula resepi rendang daging ini.

Selamat menjamu selera.


Lagi Resepi Simple, Mudah, Ringkas dan Sedap ↓

Leave a Comment