3 Resepi Jemput Pisang (Hasil Yang Rangup di Luar, Lembut di Dalam)

Jemput pisang atau cekodok pisang antara resepi dan menu yang sangat digemari untuk minum petang atau sarapan. Semua golongan dari muda ke tua gemarkannya. Kadang-kadang jika beli di kedai atau warung, rasanya tidak dapat memenuhi citarasa kita. Terlebih tepung, atau terlebih manis, rasa yang tawar juga ada.

Jadi, kami kongsikan beberapa resepi jemput pisang yang sangat mudah untuk anda cuba. Selepas ini, jika nak makan boleh buat sendiri sahaja!

1. Resepi Jemput Pisang Lembut di Dalam, Rangup di Luar

Bahan-bahan

  • 1 sikat pisang emas
  • 2 cawan tepung naik sendiri
  • Garam
  • Gula

Cara buat Jemput Pisang

  1. Campurkan semua bahan, jangan terlalu lembik atau keras.
  2. Semasa menggoreng, gaul-gaulkan selalu untuk berikan bentuk bulat.

Tips: Tepung naik sendiri ini membuatkan jemput pisang lembut di dalam dan rangup di luar.

Sumber: Zura Zahir dari Masak Apa Hari Ni

 

2. Resepi Jemput Pisang Gebu

Bahan-bahan

  • 500g tepung gandum
  • 7 biji pisang (lebih kurang)
  • 1 1/2 cawan gula
  • 2 sk soda
  • 2 sk garam
  • 3 cawan air

Cara buat Jemput Pisang

  1. Masukkan soda ke dalam tepung dan kacau sebati.
  2. Kisar gula, pisang, garam dan air.
  3. Masukkan bahan-bahan kisar ke dalam tepung. Gaul sebati.
  4. Panaskan minyak, pastikan minyak betul-betul panas boleh jemputkan pisang menggunakan tangan dan goreng.

Sumber: Norlela Abdul Lahak dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resepi Jemput Pisang Rangup dan Gebu

Bahan-bahan

  • 1kg pisang berangan
  • 1kg tepung gandum
  • 1 cawan tepung beras
  • 1/2 sudu makan baking soda
  • 1 sudu makan baking powder
  • 1 cawan gula
  • 1/3 sudu makan garam
  • Air
  • Minyak untuk menggoreng

Cara buat Jemput Pisang

  1. Lecek pisang, tak perlu kisar.
  2. Masukkan pisang ke dalam tepung gandum dan tepung beras. Masukkan sekali baking soda, baking powder, gula, garam dan air.
  3. Gaulkan kesemua bahan hingga sebati.
  4. Panaskan minyak ke dalam kuali.
  5. Basahkan kelima-lima hujung jari dan jemputkan sedikit adunan.
  6. Goreng hingga adunan berwarna perang.

Sumber: Jejaka Brownie dari Masak Apa Hari Ni

 

Akhir kata

Mudah sahaja kan resepi jemput pisang ini? Jika ahli keluarga anda penggemar pisang, boleh cuba juga resepi goreng pisang rangup dan resepi kek pisang ini.


Lagi Resepi Simple, Mudah, Ringkas dan Sedap ↓

Leave a Comment