3 Resepi Gulai Ikan Tongkol (Mudah Sahaja, Simple dan Sedap)

Gulai ikan tongkol ini kebiasaannya dimakan bersama nasi dagang atau pun nasi putih. Dihidangkan bersama sambal belacan dan ulaman, pasti mengangkat lagi selera. Kali ini kami kongsikan beberapa resepi gulai ikan tongkol yang mudah untuk anda.

1. Resepi Gulai Ikan Tongkol Kelantan

Bahan-bahan

  • 1 ekor ikan tongkol sederhana besar
  • 1/2 kilo santan pekat
  • Asam keping
  • Garam
  • Gula
  • Cili merah hijau dan cili padi

Bahan kisar

  • 10 biji cili kering
  • 2 biji bawang merah besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 2cm lengkuas
  • 3cm kunyit hidup

Cara buat Gulai Ikan Tongkol Kelantan

  1. Potong ikan mengikut saiz yang diingini dan rebus dengan asam keping, garam dan gula.
  2. Campurkan 1/2 gelas santan dengan bahan kisar dan kisar.
  3. Campur santan pekat dengan 5 gelas air. Rebus hingga mendidih.
  4. Masukkan bahan kisar dan kacau rata. Masukkan garam dan gula dan biarkan mereneh.
  5. Masukkan ikan yang dah direbus tadi bersama kuahnya sekali.
  6. Apabila kuah sudah naik minyak dan berkilat, masukkan cili besar dan cili padi. Sedia untuk dihidang.

Sumber: Azizah Daud dari Masak Apa Hari Ni

 

2. Resepi Gulai Kuning Ikan Tongkol

Bahan-bahan

  • Ikan tongkol (direbus dahulu)
  • Asam keping
  • Garam & serbuk perasa
  • Cuka

Bahan untuk kuah

  • Cili merah
  • Bawang merah
  • Lengkuas
  • Kunyit hidup
  • Biji ketumbar kisar
  • Asam keping
  • Garam & perasa
  • Gula
  • Santan

Cara buat Gulai Kuning Ikan Tongkol

  1. Rebus ikan bersama asam keping, garam dan perasa. Rebus sehingga air hampir kering. Untuk lebih sedap, biarkan semalaman.
  2. Kisar bahan untuk kuah kecuali santan.
  3. Masukkan bahan ke dalam santan, masak dengan api kecil hingga menggelegak. Kacau selalu.
  4. Masukkan ikan yang sudah direbus, asam keping, garam, perasa dan gula.
  5. Masak sehingga pecah minyak.
  6. Jika suka, boleh masukkan timun yang dihiris, cili hijau atau kacang panjang yang dipotong. Siap untuk dihidang.

Sumber: Khairun Nisa Ismail dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Gulai Ikan Tongkol Nasi Berlauk

Bahan-bahan

  • Ikan tongkol
  • 1/2 keping asam keping
  • Garam dan gula
  • Santan
  • Timun, kacang panjang atau cili hijau (jika suka)

Bahan kisar

  • 5-6 tangkai cili kering
  • 4 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1/2 inci lengkuas
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 sk rempah biji ketumbar

Cara buat Gulai Ikan Tongkol Nasi Berlauk

  1. Rebus ikan dengan air, asam keping dan garam.
  2. Kisar semua bahan dan masukkan ke dalam santan.
  3. Masak dengan api kecil hingga mendidih. Kacau sentiasa supaya kuah santan tidak berketul.
  4. Masukkan ikan rebus, asam keping dan sedikit gula. Masak hingga pecah minyak.
  5. Masukkan timun, cili hijau dan kacang panjang.

Sumber: Azlinda Lin dari Masak Apa Hari Ni

 

Akhir kata

Tak susah rupanya resepi gulai ikan tongkol ini. Selepas ini boleh cuba di rumah. Jika suka makan ikan bakar, kami kongsikan resepi ikan bakar di sini.


Lagi Resepi Simple, Mudah, Ringkas dan Sedap ↓

Leave a Comment