3 Resepi Goreng Pisang (Rangup dan Sangat Mudah Untuk Dibuat)

Goreng pisang atau pisang goreng? Mana-mana pun, yang pasti sangat enak dinikmati semasa minum petang. Di sini kami kongsikan beberapa resepi goreng pisang untuk anda.

Anda boleh pilih mengikut citarasa yang diingini.

1. Resepi Goreng Pisang Tak Berminyak

Resepi adalah untuk 2 sikat pisang.

Bahan-bahan

  • 1 cawan tepung jagung
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung beras
  • 1 biji telur
  • 2 sb marjerin
  • 1 sk garam halus
  • 1 sk yis (tidak perlu dibancuh)
  • 1 sb minyak masak
  • 1/2 sk pewarna kuning
  • 1 1/2 cawan air sejuk (peti sejuk)

Cara buat goreng pisang

  1. Campurkan semua bahan sekaligus dan kacau hingga sebati.
  2. Biarkan adunan seketika.
  3. Potong pisang, belah kepada 3 bahagian.
  4. Panaskan minyak, celup pisang dan goreng sehingga masak.

Sumber: Wisya Wani dari Masak Apa Hari Ni

 

2. Resepi Goreng Pisang Rangup

Bahan-bahan

  • Pisang
  • 10 sudu tepung beras
  • 10 sudu tepung jagung
  • 10 sudu tepung ubi
  • 1 sudu gula
  • 1/2 sudu garam
  • 1/2 sudu kapur makan
  • 1/2 sudu serbuk kunyit / pewarna kuning
  • 1 biji telur
  • Air secukupnya

Cara buat goreng pisang

  1. Masukkan tepung, gula, garam, kapur, telur dan serbuk kunyit. Kacau rata.
  2. Masukkan air dan kacau sebati. Pastikan adunan tak pekat dan tak cair.
  3. Perasakan dengan garam dan gula ikut citarasa anda.
  4. Panaskan minyak yang banyak, pastikan minyak betul-betul panas.
  5. Celup pisang ke dalam adunan dan goreng sehingga masak.

Sumber: Fara Dhilla dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resepi Goreng Pisang Rangup Sedap

Bahan-bahan

  • 400ml air (200ml air panas mendidih, 200ml air sejuk)
  • 220g tepung gandum
  • 50g tepung beras / jagung
  • 100g marjerin
  • 1 sk serbuk kunyit
  • 1 1/4 sk garam

Cara buat goreng pisang

  1. Cairkan marjerin menggunakan air panas.
  2. Masukkan tepung dan semua bahan lain. Kacau rata.
  3. Panaskan minyak, celup pisang ke dalam adunan dan goreng sehingga masak.

Tips: Untuk rangupkan lagi goreng pisang, sejukkan bancuhan terlebih dahulu baru digoreng.

Sumber: Idayu Zainudin dari Masak Apa Hari Ni

 

Akhir kata

Sekian perkongsian resepi goreng pisang dari kami berserta tips untuk goreng pisang yang rangup.

Jika anda ingin mencari idea untuk minum petang, boleh cuba resepi lain yang kami sediakan ini. Ada pelbagai kuih dan dessert yang anda boleh cuba dan hidangkan.


Lagi Resepi Simple, Mudah, Ringkas dan Sedap ↓

Leave a Comment