3 Resepi Famous Amos Cookies (Gaul Sahaja, Tak Perlu Guna Mixer)

Bila duduk di rumah, mesti kena ada kudapan untuk menghilangkan bosan. Antara kudapan yang sedap dikunyah ialah cookies atau pun biskut ala Famous Amos ini. Jom cuba resepi Famous Amos Cookies yang terkenal ini.

Tak susah nak buat sebenarnya biskut ini, ikut sahaja langkah-langkah yang kami akan kongsikan ini.

1. Resepi Famous Amos Cookies Crunchy

Bahan-bahan A (diayak)

  • 2 cawan tepung naik sendiri
  • 1 sb tepung jagung
  • 1 sb tepung beras
  • 3 scoop susu tepung

Bahan-bahan B

  • 125g butter
  • 3/4 cawan gula perang
  • 1/4 cawan minyak
  • 1 biji telur gred B
  • 1 esen vanila

Bahan-bahan C

  • 3 sb chocholate chips
  • 5 sb almond nips
  • 10 keping Beryl’s coins

Cara buat Famous Amos Cookies Crunchy

  1. Pukul Bahan B hingga sebati menggunakan sudip.
  2. Masukkan bahan A dan kacau lagi.
  3. Kemudian, masukkan pula bahan C dan kacau sebati.
  4. Sudukan adunan ke dalam loyang dan bakar pada suhu 16oc api atas bawah selama 20 minit. Siap.

Sumber: Noor Azizah dari Masak Apa Hari Ni

 

2. Resepi Famous Amos Cookies Confirm Jadi

Bahan-bahan A

  • 250g butter
  • 1 1/4 cawan gula perang
  • 1 sk esen vanila
  • 1 biji telur

Bahan-bahan B

  • 2 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 1 sk baking powder
  • 1 sk soda bikarbonat
  • 6 sb minyak
  • 2 cawan cip coklat

Cara buat Famous Amos Cookies Confirm Jadi

  1. Kacau rata bahan A hingga sebati.
  2. Masukkan semua bahan B kecuali cip coklat. Gaul lagi dan kacau rata semua bahan.
  3. Bila adunan dah sebati, masukkan cip coklat dan gaul lagi.
  4. Sejukkan adunan di dalam peti sejuk selama setengah jam.
  5. Keluarkan adunan dan susun biskut di dalam loyang.
  6. Bakar pada suhu 150c menggunakan api atas bawah selama 20 minit bergantung pada oven masing-masing.

Sumber: Myra Chaqkey dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resepi Famous Amos Cookies Mudah

Bahan-bahan A

  • 250g marjerin
  • 1 1/2 cawan gula perang
  • 1 sk esen vanila
  • 1 biji telur

Bahan-bahan B

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan tepung jagung
  • 1 sk serbuk penaik
  • 1 sk soda bikarbonat
  • 5 sudu minyak masak
  • 1 biji telur

Bahan lain

  • Cip coklat
  • Kacang badam cincang

Cara buat Famous Amos Cookies Mudah

  1. Gaul bahan A hingga sebati. Tak perlu pukul sehingga kembang.
  2. Ayak bahan B kecuali minyak masak dan telur. Gaul bersama bahan A hingga sebati. Setelah adunan sebati, masukkan minyak masak dan telur. Gaul lagi.
  3. Masukkan cip coklat dan kacang badam cincang ke dalam adunan.
  4. Panaskan oven dan oleskan loyang dengan marjerin.
  5. Cedok adunan menggunakan sudu kecil. Jarakkan kerana biskut akan mengembang.
  6. Bakar pada suhu 160c api atas bawah selama 25 minit.
  7. Tunggu sejuk dahulu, baru masukkan ke dalam balang.

Sumber: Eida Ilham dari Masak Apa Hari Ni

 

Akhir kata

Sebenarnya mudah sahaja kan jika dah lihat resepi Famous Amos cookies ini. Selepas ini, anda boleh cuba buat sendiri di rumah. Boleh buat banyak, jimat pun jimat!

Untuk biskut yang lebih berkhasiat, kami cadangkan anda untuk buat biskut nestum. Lihat resepi biskut nestum yang mudah ini.


Lagi Resepi Simple, Mudah, Ringkas dan Sedap ↓

Leave a Comment