3 Resepi Daging Masak Kicap (Cukup Simple dan Confirm Sedap)

Kalau tak tahu dah nak masak apa dengan daging yang ada, apa kata anda cuba resepi daging yang cukup mudah ini iaitu daging masak kicap manis. Resepi ini bukan sahaja kita suka, malahan anak-anak pasti suka dengan menu ini. Jom kami kongsikan beberapa resepi daging masak kicap.

1. Resepi Daging Masak Kicap Pedas

Bahan-bahan

  • 1 kg daging (direbus sampai empuk, kemudian tabur sedikit garam dan sedikit serbuk kunyit, goreng seketika)
  • 1 biji bwg besar*
  • 5 biji bwg kecil *
  • 4 biji ulas bwg putih *
  • 1 inci halia *
  • Cili kering-*(buang biji & rendam air panas)
  • Semua yang bertanda * kisar halus
  • 1 batang serai-dititik
  • 3 sudu Besar sos cili
  • 2 sudu Besar sos tomato
  • 2 sudu Besar sos tiram
  • Kicap manis
  • Kicap pekat
  • Sedikit gula & perasa ikut citarasa
  • Bawang holand potong wedges-hiasan
  • Cili merah potong serong-hiasan

Cara buat Daging Masak Kicap Pedas

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dan serai hingga pecah minyak.
  2. Tambahkan sedikit air dan masukkan semua jenis sos serta kicap. Masukkan daging, biar mereneh seketika dan masuk bahan perasa secukupnya.
  3. Terakhir, masukkan bawang holand dan cili merah.
  4. Siap.

Sumber: Rahmah Rosmin dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Daging Masak Kicap Simple

Bahan-bahan

  • 1kg daging (potong lawan urat)
  • 6 sudu besar kicap manis
  • 6 sb kicap masin
  • 3 sb kicap pekat (kicap mee)
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 sudu kecil serbuk lada putih
  • **Gaul semua bahan diatas bersama daging biar sebati..perap sekejap sementara siapkan bahan untuk tumis.
  • ••Bahan untuk menumis••
  • 2 biji bawang besar**
  • 7 ulas bawang putih**
  • 2 inci halia**
  • –kisar bahan bertanda**
  • 1 btg kulit kayu manis
  • 3 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 5 biji cengkih
  • 1 sb cili kisar (tambah jika nak pedas)
  • 2 sb air asam jawa pekat
  • Secubit bahan perasa

Bahan hiasan

  • Kentang, karot, cabai
  • Cili melaka,bawang potong bulat

Cara buat Daging Masak Kicap Simple

  1. Panaskan minyak satu senduk, Masuk bahan 4 sekawan dan tumis bahan berkisar sampai naik bau, masukkan cili kisar.
  2. Agak-agak garing sedikit masukkan daging yangg diperap dan kacau sebati.
  3. Agak-agak air daging dah kering, jika masih liat boleh tambah air panas dua cawan. Masukkan kentang dan karot, masak smpai semua empuk dan lembut.
  4. Masuk air asam jawa dan sedikit perasa.
  5. Akhir sekali masuk cabai merah, cabai melaka, dan bawang hiasan.

Sumber: Ema Nurida dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Daging Masak Kicap Berempah

Bahan-bahan

  • Bawang merah+besar
  • Halia
  • Bawang putih
  • Serai
  • 4 sekawan
  • Cili kering kisar 7 tangkai (ikut kepedasan masing)

Bahan perapan daging

  • Daging 1/2 kg
  • Lada hitam sesudu (tumbuk)
  • Rempah daging 2 sudu
  • Kicap pekat
  • Sos tiram

Cara buat Daging Masak Kicap Berempah

  1. Masukkan 4 sekawan dengan serai dan tumis sampai naik bau.
  2. Masukkan bahan yang telah dikisar.
  3. Setelah itu masukkan juga cili mesin, tunggu sampai pecah minyak sekali.
  4. Apabila dah pecah minyak, masukkan daging yang dah diperap tadi.
  5. Kacau dan tengok warnanya, kalau macam tak cukup gelap tambahkan kicap.
  6. Bila daging dah kecut sikit, tambahkan air untuk lembutkan daging.
  7. Sementara tunggu daging lembut, boleh potong bawang sebagai hiasan.
  8. Daging dah lembut, perasakan dengan garam dan gula dan kuah pun dah pekat macam mana yg kita nak, masukkan bawang.

Sumber: Nurain Sulaiman dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Nak cuba resepi daging yang lebih kurang sama dengan resepi daging masak kicap?  Jom baca resepi daging masak hitam ala kenduri ini.

Semoga perkongsian resepi kali ini memberi sedikit idea kepada anda.

Selamat mencuba!


Lagi Resepi Simple, Mudah, Ringkas dan Sedap ↓

Leave a Comment